Home Civil Society Voices Melindungi hak Orang Asli dalam pindaan perlembagaan (Malay/English)

Melindungi hak Orang Asli dalam pindaan perlembagaan (Malay/English)

Photograph: Bernama pic/Malay Mail

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Badan Peguam Malaysia mengambil maklum pemerhatian yang dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dr Ramli Mohd Nor di Dewan Rakyat baru-baru ini, berhubung dengan cadangan pindaan perlembagaan untuk memindahkan perkara mengenai Orang Asli daripada senarai persekutuan ke dalam senarai bersama.

Badan Peguam percaya bahawa pemerhatian ini tidak tepat dari segi undang-undang dan terdapat perkara-perkara yang tidak dinyatakan.

Pertama sekali, untuk menjawab kepada apa yang dikatakan oleh Ramli mengenai penggunaan tersendiri istilah “Orang Asli” dan “Orang Asal”, sememangnya versi Bahasa Malaysia Perlembagaan Persekutuan menggunakan istilah Orang Asli untuk merujuk kepada orang asli di semenanjung, dan “anak negeri” untuk merujuk kepada anak negeri di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, Badan Peguam Malaysia berpendapat bahawa Orang Asal adalah istilah generik yang diterima secara meluas di peringkat antarabangsa untuk merujuk kepada orang asli, termasuklah kumpulan orang asli di Malaysia, di semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Badan Peguam Malaysia berpendirian bahawa pengaturan perlembagaan negeri dan persekutuan tidak seharusnya menyebabkan kebuntuan undang-undang untuk melindungi dan mengiktiraf tanah dan sumber Orang Asli di semenanjung.

Berkenaan dengan hal tanah, di bawah Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk mengambil tanah daripada negeri bagi maksud persekutuan, yang jelas merangkumi hal-hal Orang Asli.

Di samping itu, di bawah Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa perlembagaan untuk meluluskan dasar tanah di seluruh semenanjung melalui sepersetujuan dengan kerajaan negeri di Majlis Tanah Negara.

Badan Peguam Malaysia berpandangan bahawa, pada masa ini, terdapat kuasa persekutuan yang mencukupi untuk menyelesaikan isu-isu tanah Orang Asli. Contoh undang-undang dan dasar yang telah diluluskan melalui Majlis Tanah Negara yang disebut di atas termasuklah Kanun Tanah Negara, dan yang lebih berkaitan lagi, dasar mengenai hak milik tanah Orang Asli pada tahun 2009.

READ MORE:  Orang Asli land rights - #SavePosLanai

Kami percaya bahawa cadangan untuk memasukkan perkara berkaitan dengan Orang Asli ke dalam senarai bersama tidak akan menambah nilai kepada undang-undang – kerana setiap negeri masih boleh bertindak sendiri berkenaan dengan perkara tersebut.

Tambahan pula, dengan adanya perkara-perkara berkaitan dengan Orang Asli di dalam senarai bersama ia boleh menyebabkan kekeliruan, pertikaian dan kelewatan dalam pentadbiran perkara-perkara ini.

Pun begitu, kami memuji Ramli atas inisiatif beliau untuk berunding dan melibatkan semua pihak yang berkenaan, khususnya Orang Asli sendiri. Kami juga telah memohon untuk mengadakan mesyuarat dengan Ramli melalui surat bertarikh 29 Julai, untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Badan Peguam Malaysia tegas dalam pandangan kami bahawa dalam rundingan dengan Orang Asli — selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen dan amalan terbaik sejagat mengenai persetujuan yang bebas, awal dan termaklum daripada orang asli dalam perkara yang melibatkan mereka – niat dan perkataan yang ingin digunakan dalam pindaan yang dicadangkan hendaklah didedahkan sepenuhnya dan diterangkan kepada Orang Asli seawal mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan termaklum tentang masa depan mereka.

Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk memenuhi kewajipannya di bawah Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang Asal 2007 (UN Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007 atau UNDRIP).

Selaras dengan Perkara 19 UNDRIP, kerajaan mempunyai kewajipan untuk “berunding dan bekerjasama dengan jujur” dengan Orang Asli, dan mendapatkan “persetujuan yang bebas, awal dan termaklum” dalam perkara yang melibatkan mereka.

Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah yang dipertua Badan Peguam Malaysia

English version

Protecting Orang Asli rights in constitutional amendments

The Malaysian Bar notes the recent observations made in the House of Representatives by Deputy Speaker Ramli Mohd Nor regarding a proposed constitutional amendment to move Orang Asli matters from the federal list to the concurrent list.

READ MORE:  Orang Asli land rights - #SavePosLanai

The Bar believes that these observations contain legal inaccuracies and omissions.

Firstly, in response to what Ramli said about the distinctive use of “Orang Asli” and “Orang Asal”, indeed the Malay version of the Federal Constitution uses the terms “Orang Asli” for the aborigines (indigenous peoples) from the peninsula, and “anak negeri” for the natives of Sabah and Sarawak.

Nonetheless, the Malaysian Bar opines that “Orang Asal” is a widely accepted generic term to describe indigenous peoples internationally, including our very own indigenous groups in Malaysia, from both the peninsula, and Sabah and Sarawak.

It is the Bar’s position that state and federal constitutional arrangements do not cause a legal impasse for the protection and recognition of Orang Asli land and resources in the peninsula.

With regard to land matters, under Article 83 of the Federal Constitution, the federal government has the power to acquire land from the state for federal purposes, which clearly includes Orang Asli matters.

Additionally, under Article 91 of the Federal Constitution, the federal government has the constitutional powers to pass land policies across the peninsula through consensus with state governments at the National Land Council.

The Bar’s point of view is that, currently, there are sufficient federal powers to resolve Orang Asli land issues. Examples of laws and policies that have been passed through the aforementioned National Land Council include the National Land Code, and more pertinently, the policy on Orang Asli land titles in 2009.

We believe that shifting Orang Asli matters to the concurrent list as proposed would not add much value to the law, since each state can still act independently in respect of such matters.

READ MORE:  Orang Asli land rights - #SavePosLanai

Furthermore, having Orang Asli matters under the concurrent list can result in potential confusion, disputes and delays in the efficient administration of these matters.

Even so, we applaud Ramli for the initiative to consult and engage all parties concerned, especially the Orang Asli themselves. We have also requested a meeting with Ramli via a letter dated 29 July, to discuss the matter further.

The Malaysian Bar is firm with our view that during engagements with the Orang Asli in line with the principles of parliamentary democracy and universal best practices of free, prior and informed consent of indigenous peoples in matters affecting them – the intent and wording of the proposed amendment should be fully disclosed and explained to the Orang Asli as early as possible to enable them to make an informed choice about their destiny.

Thus, we reiterate our call on the Malaysian government to fulfil its obligations under the UN Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007 (UNDRIP).

In accordance with Article 19 of UNDRIP, the government has a duty to “consult and cooperate in good faith” with the Orang Asli, and obtain their “free, prior and informed consent” in matters affecting them.

Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x