Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk ke satu laporan berita yang disiarkan di akhbar Malay Mail yang bertajuk “OCPD among 31 cops replaced, transferred over suspected involvement in Macau Scam, online gambling” yang bertarikh 3 Mac 2021.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Zamri Yahya menyatakan kesemua pegawai terlibat hanya ditukar tempat bertugas dan keputusan hukuman mereka akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.
Edict ingin mempersoalkan mengapakah kesemua suspek yang juga merupakan anggota polis ini tidak dibawa ke mahkamah untuk dituduh seperti orang awam lain? Apakah terdapat layanan berbeza antara orang awam dan pegawai polis yang melakukan jenayah?
Menurut Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 8(1), setiap orang adalah sama disisi undang-undang. Ini bermakna, setinggi mana pun jawatan pegawai polis tersebut dalam hierarki polis, mereka tetap perlu didakwa di mahkamah dan melalui proses undang-undang sebagaimana masyarakat awam.
Edict juga ingin mengulang pendirian bahawa satu badan bebas bagi menyiasat salahlaku anggota polis hendaklah disegerakan penubuhannya. Rang Undang-Undang IPCMC yang telah dicadangkan oleh suruhanjaya siasatan diraja pada tahun 2005 harus dibentangkan dengan kadar segera.
Edict tidak bersetuju sama sekali dengan pengubahsuaian rang undang-undang berkenaan serta menegaskan rang undang-undang awal yang telah dipersetujui dan dimuktamadkan pada tahun 2005 hendaklah digunapakai dalam melaksanakan IPCMC.
Kami di Edict percaya sekiranya IPCMC dilaksanakan, maka integriti dan maruah polis dapat dipelihara. Sehingga bilakah kita mahu terus menunggu isu anggota polis bersekongkol dengan penjenayah ini? – Edict
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.