[ENGLISH VERSION BELOW] Satu laporan baharu oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM), dengan kerjasama Forests and Finance Coalition, mendedahkan bahawa pengawalseliaan bagi sektor kewangan di Malaysia masih belum sejajar sepenuhnya dengan sasaran Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) dan memberikan cadangan-cadangan untuk mengukuhkan pengawalseliaan bagi sektor kewangan dengan tujuan melindungi hutan dan komuniti Malaysia.
Laporan ini menilai dasar dan garis panduan utama yang diterbitkan setakat ini oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti, termasuk yang berkaitan dengan risiko iklim, pembiayaan mampan dan rangka kerja pelaporan kemampanan.
Berdasarkan skala berkod warna daripada merah (tiada rujukan kepada sasaran GBF) kepada hijau (penjajaran penuh dengan sasaran GBF), analisis mendedahkan bahawa kebanyakan dokumen kawal selia mendapat skor kuning, menunjukkan bahawa institusi kewangan hanya dijangka mengambil langkah yang berkaitan ke arah sasaran GBF, atau oren, bermakna rujukan kepada sasaran GBF ada tetapi terhad kepada cadangan sukarela.
Persimpangan antara hutan dan kewangan
Menurut penilaian terbaharu oleh Platform Antara Kerajaan mengenai Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem (Intergovernmental Platform on Biodiversity and Ecosystem Services – IPBES) mengenai Perniagaan dan Biodiversiti (diterbitkan pada 9 Februari 2026), kehilangan biodiversiti yang berterusan tidak dapat dihentikan jika amalan semasa dan pendekatan lazim perniagaan seperti biasa berterusan.
Oleh itu, melindungi hutan Malaysia adalah penting bukan sahaja untuk biodiversiti tetapi juga untuk mitigasi perubahan iklim. Hutan bertindak sebagai penyerap karbon dengan menyerap dan menyimpan sejumlah besar karbon dioksida daripada atmosfera.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Apabila hutan terdegradasi atau diterbang, karbon yang tersimpan akan dibebaskan, membawa kepada peningkatan pelepasan gas rumah hijau dan memburukkan lagi pemanasan global.
Dalam konteks ini, hak orang asli adalah penting, memandangkan peranan mereka sebagai penjaga hutan yang telah lama wujud. Pengetahuan dan amalan tradisional mereka membantu mengekalkan ekosistem hutan dan pemuliharaan biodiversiti.
Data Forests & Finance mendedahkan bahawa Malaysia adalah negara yang pegangan pelaburan kedua terbesar (berjumlah $6.9bn atau 64%) dalam syarikat yang beroperasi dalam sektor komoditi berisiko tinggi dalam mendorong penebangan hutan tropika.
Dari segi kredit, bank Malaysia menduduki tempat ketujuh di seluruh dunia, menyumbang sebanyak $16.4bn dalam pinjaman dan perkhidmatan pengunderaitan dalam tempoh 2016 dan Jun 2024. (Sektor komoditi tersebut termasuk minyak sawit, pembalakan, pulpa dan kertas, dan ladang kayu.)
Pelaburan ini memberikan institusi kewangan pengaruh yang penting terhadap aktiviti yang mendorong penebangan hutan dan degradasi hutan. Melalui amalan pinjaman, pelaburan dan pengurusan risiko mereka, institusi kewangan boleh memainkan peranan penting sama ada membolehkan atau mencegah kemerosotan alam sekitar dan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Justeru, peranan pengawal selia sektor kewangan adalah amat penting dalam membentuk piawaian yang mengawal selia keputusan-keputusan ini.
Laporan ini, walaupun mengiktiraf usaha pengawal selia untuk mengimbangi pendekatan berasaskan prinsip dan pendekatan berasaskan peraturan, mempersoalkan sejauh mana industri kewangan boleh bergantung pada pendekatan lembut berasaskan prinsip terhadap isu penebangan hutan, terutamanya memandangkan pemanasan global yang semakin mendesak, kehilangan biodiversiti dan hak komuniti.
Dasar pelaburan yang bertanggungjawab secara sukarela telah mengakibatkan piawaian kemampanan yang tidak sekata dalam kalangan institusi kewangan Malaysia, sekali gus membolehkan pelanggan tertarik kepada bank yang mempunyai keperluan ataupun piawaian mampan yang lebih lemah.
Oleh itu, laporan itu menggesa pengawal selia untuk menetapkan garis masa yang jelas bagi beralih kepada peraturan mandatori bagi melindungi hutan dan hak masyarakat, sejajar dengan skala dan tahap mendesak cabaran iklim, alam sekitar dan sosial.
Secara khusus, langkah-langkah berikut adalah penting.
Selain berikirar untuk mematuhi piawaian No Deforestation, No Peat, No Exploitation dan penghormatan terhadap prinsip PBB mengenai persetujuan bebas awal dan termaklum orang asli, terdapat juga keperluan bagi bank untuk mewujudkan mekanisme aduan yang boleh dipercayai dan meningkatkan ketelusan pelanggan. Selain itu, bank juga mesti menggesa pengawal selia untuk memperkenalkan peraturan mandatori seluruh industri untuk memastikan kestabilan dan padang yang sama rata (a level playing field).
Pengawal selia kewangan pula mesti bertindak tegas beralih kepada peraturan yang mengikat dan mandatori, dengan garis masa yang jelas, penguatkuasaan yang ketat, penyertaan masyarakat sivil yang bermakna dalam pembangunan dasar, serta menetapkan penalti bagi ketidakpatuhan. Semua ini adalah langkah-langkah yang akan melindungi hutan dan komuniti dengan lebih baik, di samping meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam kewangan mampan.
[Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Biodiversiti pada 24 Jun 1994. Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal telah diterima pakai di bawah konvensyen ini pada 19 Disember 2022, dengan komitmen untuk menghentikan dan membalikkan kehilangan biodiversiti menjelang 2030 melalui empat matlamat dan 23 sasaran. Malaysia kemudiannya melancarkan sebuah dasar kebangsaan kepelbagaian biologi untuk 2022–30 pada 24 Oktober 2023.] – SAM
English version
Regulate finance to safeguard forests and communities
A new report by Sahabat Alam Malaysia (SAM), in partnership with the Forests & Finance Coalition, reveals that Malaysia’s financial regulatory sector is not yet fully aligned with the Global Biodiversity Framework’s (GBF’s) 2030 targets and highlights areas where further alignment could be considered.
This report reviews key policies and guidelines published to date by the central bank, Bank Negara, and the Securities Commission, including those on climate risk, sustainable finance and sustainability reporting frameworks.
On a colour-coded scale from red (no reference to GBF targets) to green (full alignment with GBF targets), analysis reveals that most regulatory documents score yellow, indicating that financial institutions are only expected to take relevant steps towards the GBF targets, or orange, meaning references to the GBF targets are present but limited to voluntary recommendations.
Intersection between forests and finance
According to the most recent assessment by the Intergovernmental Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES) on Business and Biodiversity (released on 9 February 2026), the ongoing loss of biodiversity cannot be halted if current practices and the prevailing business-as-usual approach persists.
Hence, protecting Malaysian forests is essential not only for biodiversity but also for climate change mitigation. Forests act as carbon sinks by absorbing and storing significant amounts of carbon dioxide from the atmosphere.
When forests are degraded or cleared, stored carbon is released, leading to increased greenhouse gas emissions and exacerbating global warming.
In this context, the rights of indigenous peoples are crucial, given their role as long-standing stewards of the land. Their traditional knowledge and practices sustain forest ecosystems and biodiversity conservation.
Forests & Finance data show that Malaysia is a forest-rich country with the second largest investment holdings of bonds and shares (amounting to $6.9bn or 64%) in companies operating in the tropical forest-risk commodity sectors.
In terms of credit, Malaysian banks rank seventh globally, having provided $16.4bn in loans and underwriting services to companies operating in forest-risk sectors between 2016 and June 2024. (Forest-risk sectors include palm oil, logging, pulp and paper, and timber plantations.)
These investments give financial institutions significant influence over activities that drive deforestation and forest degradation. Through their lending, investment and risk management practices, financial institutions can therefore play a decisive role in either enabling or preventing environmental and social harm, making the role of financial regulators critical in shaping the standards that govern these decisions.
While acknowledging regulators’ efforts to balance principles-based and rules-based approaches, this report questions how long the financial industry can rely on a gentle, principles-based stance on deforestation, especially given the urgency of global warming, biodiversity loss and community rights.
Voluntary responsible investment policies have resulted in uneven sustainability standards among Malaysian financial institutions, creating an uneven playing field and allowing clients to gravitate toward banks with weaker requirements.
The report therefore calls on regulators to set a clear timeline for transitioning to mandatory, binding rules to safeguard forests and community rights in response to the scale and urgency of climate, environmental and social challenges.
Specifically, the following measures are key.
Beyond pledging to No Deforestation, No Peat, No Exploitation standards and respect for the UN principle of free prior and informed consent of indigenous peoples, there is also a need to establish credible grievance mechanisms and improve client transparency. Further, banks must also urge regulators to introduce mandatory, industry-wide rules to ensure stability and a level playing field.
Financial regulators, in turn, must move decisively from recommendations to binding requirements – with clear timelines, robust enforcement and meaningful civil society participation in policy development – and establish penalties for non-compliance. These measures would better protect forests and communities while positioning Malaysia as a leader in sustainable finance.
[Malaysia ratified the Convention on Biological Diversity on 24 June 1994. The Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework was adopted under the convention on 19 December 2022, with commitments to halt and reverse biodiversity loss by 2030 through four goals and 23 targets. Malaysia subsequently launched a national policy on biological diversity for 2022–30 on 24 October 2023.] – SAM
Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

