Home Civil Society Voices Mengupas perkembangan terkini Lynas/Digging deep into latest developments on Lynas

Mengupas perkembangan terkini Lynas/Digging deep into latest developments on Lynas

The anti-Lynas movement

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Greenpeace Malaysia dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan sidang media untuk membentangkan perkembangan terkini berkaitan operasi Lynas serta keadaan industri nadir bumi di Malaysia.

Kedua-dua organisasi turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap sikap kerajaan Malaysia yang terus berlembut terhadap Lynas dan mempertikaikan asas saintifik serta peraturan bagi kemungkinan pembaharuan lesen peringkat operasi penuh (full operating stage licence) pada Mac 2026.

Mereka menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi hab pencemaran bagi aktiviti pemprosesan nadir bumi, memandangkan pihak industri dan kerajaan terus mempromosikan sektor ini tanpa menangani sepenuhnya kesan jangka panjang sisa radioaktif, kemerosotan alam sekitar, dan kebertanggungjawaban awam.

Loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, merupakan salah satu fasiliti pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia di luar China.

Proses “cracking and leaching” di loji tersebut menghasilkan sisa utama dikenali sebagai water leach purification (WLP) – satu bahan buangan radioaktif yang mengandungi torium dengan separuh hayat 14 bilion tahun.

Justifikasi kerajaan untuk membenarkan Lynas meneruskan operasi sehingga 2026 masih tidak berasas. “Dakwaan bahawa Lynas boleh mengasingkan torium daripada sisanya dan menjadikannya tidak radioaktif adalah tidak kukuh dari segi saintifik dan teknikal,” kata pengerusi SMSL Tan Bun Teet.

“Tiada bukti yang diterbitkan atau data telus yang menyokong dakwaan tersebut. Malah Nuklear Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada projek pengekstrakan torium sebegitu pernah dilaksanakan walaupun geran telah diperuntukkan.”

Greenpeace Malaysia dan SMSL turut berpendapat bahawa usaha mengasingkan torium daripada WLP – yang mengandungi purata 1,758 bahagian per juta torium – adalah tidak praktikal dari segi ekonomi dan teknikal.

Percubaan untuk mengekstrak torium daripada bahan suapan konsentrat lantanida pula boleh menjejaskan keberkesanan keseluruhan proses pengekstrakan nadir bumi, menjadikan alasan pembaharuan lesen yang diberikan kerajaan sebagai mengelirukan dan tidak disokong oleh sains yang sahih.

Gerakan masyarakat sivil tersebut turut menjelaskan bahawa krisis semasa berpunca daripada bertahun-tahun kelemahan peraturan, dasar yang berubah-ubah, dan naratif bercanggah.

READ MORE:  How US trade deals lock smaller nations like Malaysia into resource dependency

Lesen Lynas pada tahun 2012 mewajibkan syarikat itu mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia sekiranya perlu, namun komitmen tersebut semakin diketepikan melalui beberapa pembaharuan lesen dan perubahan dasar.

Pada 2014, Lynas mencadangkan untuk mengitar semula sisa radioaktifnya sebagai produk sampingan industri, namun cadangan itu ditolak oleh kerajaan pada 2018 atas faktor keselamatan.

Pada 2019, kerajaan mengarahkan operasi cracking and leaching yang menghasilkan sisa radioaktif dipindahkan ke Australia menjelang 2023. Namun keputusan itu dibatalkan secara tiba-tiba pada Oktober 2023, membenarkan Lynas meneruskan operasi sehingga 2026.

Dalam tempoh tersebut, Lynas beberapa kali mengubah naratifnya daripada mendakwa sisanya boleh dikitar semula dengan selamat, kepada mendakwa ia cukup selamat untuk dilupuskan seperti sisa pepejal biasa yang ditolak oleh pakar dan tidak pernah disahkan melalui penilaian saintifik bebas.

“Walaupun bertahun-tahun penentangan awam dan syarat dasar yang jelas, Lynas terus beroperasi tanpa akauntabiliti yang mencukupi dan tanpa penyelesaian sisa yang terbukti,” kata ketua kempen Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun.

“Malaysia berhak mendapat hala tuju ekonomi yang bersih, selamat dan adil – bukan yang dibina atas sisa radioaktif dan janji yang tidak ditepati.”

Greenpeace Malaysia dan SMSL bersama-sama menggesa kerajaan supaya menolak pembaharuan lesen Lynas pada 2026 dan melaksanakan semula komitmen asal untuk memindahkan operasi cracking and leaching ke Australia Barat.

Mereka turut menyeru agar kajian saintifik yang bebas, telus dan menyeluruh dijalankan terhadap kesan alam sekitar dan kesihatan daripada pengurusan sisa Lynas, serta agar data pemantauan masa nyata didedahkan kepada umum.

Kedua-dua organisasi turut mengulangi tuntutan lama bahawa Lynas mesti dipertanggungjawabkan terhadap komitmen lesen 2012 untuk mengeluarkan sisa radioaktifnya dari Malaysia dan menghantarnya kembali ke tapak asal di Mt Weld, Australia Barat, di mana sisa tersebut boleh disimpan dengan lebih selamat mengikut syarat geologi yang sesuai. – Greenpeace/SMSL

READ MORE:  Insiden Sungai Perak tukar biru/Perak River turns blue

English version

Groups dig deep into latest developments on Lynas and the state of the rare earth industry in Malaysia

Greenpeace Malaysia and Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) has held a joint press conference and media briefing to highlight the latest developments surrounding Lynas’ operations and the rare earth industry in Malaysia.

The groups also expressed deep concern over the Malaysian government’s continued leniency towards Lynas and questioned the scientific and regulatory basis for the possible renewal of its full operating stage licence in March 2026.

Both organisations voiced concern that Malaysia risks becoming a pollution hub for rare earth processing, as industry and government continue to promote the sector without fully addressing the long-term impacts of radioactive waste, environmental degradation and public accountability.

The Lynas Advanced Materials Plant in Gebeng, Kuantan, is one of the world’s largest rare earth processing facilities outside China. Its “cracking and leaching” process generates a primary waste known as water leach purification (WLP) residue – a radioactive by-product containing thorium with a half-life of 14 billion years.

The government’s justification for allowing Lynas to continue operating until 2026 remains unfounded.

“Claims that Lynas can separate thorium from its waste and make it non-radioactive are scientifically and technically unsound,” said SMSL chairperson Tan Bun Teet.

“There is no published evidence or transparent data to support these assertions. Even Nuclear Malaysia has confirmed that no such thorium extraction project ever materialised, despite allocated grants.”

The groups emphasised that isolating thorium from the WLP, which contains an average of 1,758 parts per million thorium, is both economically and technically impractical.

Attempts to remove thorium from the lanthanide concentrate feedstock would disrupt rare earth extraction itself – making the government’s current justification for renewal misleading and unsupported by credible science.

Both organisations stated that the current crisis reflects years of weak regulation, shifting policies and contradictory narratives.

READ MORE:  Pulau Pinang perlu tolak perlombongan nadir bumi/Penang must reject rare earth mining

Lynas’s 2012 licence required the company to remove its waste from Malaysia if necessary. Yet that commitment was steadily eroded through multiple renewals and policy reversals.

In 2014, Lynas proposed reusing its radioactive waste as industrial by-products, but the government rejected the plan in 2018 over safety concerns.

A 2019 directive then required the company to relocate its waste-producing cracking and leaching operations by 2023 – only for the decision to be abruptly overturned in October 2023, extending its licence until 2026.

During this period, Lynas repeatedly shifted its narrative; from claiming its waste could be safely recycled to later asserting it was harmless enough for municipal disposal – both dismissed by experts and never validated by independent science.

“Despite years of public resistance and clear policy conditions, Lynas continues to operate with limited accountability and no proven waste solution,” said Greenpeace Malaysia campaign lead Heng Kiah Chun.

“Malaysia deserves a clean, safe and just pathway for its economy and not one built on radioactive waste and broken promises.”

Together, Greenpeace Malaysia and SMSL urge the government to reject Lynas’s licence renewal in 2026 and instead enforce the original commitment for Lynas to relocate its cracking and leaching operations to Western Australia.

They also call for a full, transparent and independent scientific review of the environmental and health impacts arising from Lynas’s waste management, and for real-time monitoring data to be made publicly accessible.

The organisations reiterated their long-standing demand that Lynas be held accountable for its 2012 undertaking to remove its radioactive waste from Malaysia and return it to its origin site at Mt Weld in Western Australia, where it can be securely contained under proper geological conditions. – Greenpeace/SMSL

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x