
[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 1 Mac, seorang wanita telah ditembak oleh suaminya di Johor Bahru.
Seminggu kemudian di Tawau, seorang lelaki menetak leher isterinya yang sedang hamil, sekaligus menyebabkan kematian.
Pembunuhan sebegini bukanlah insiden terpencil, tetapi ini telah menunjukkan satu trend yang lebih luas; seringkali pembunuhan yang dilakukan ke atas wanita adalah hasil daripada keganasan rumahtangga.
Kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2018 mendapati 58% kes pembunuhan wanita yang direkodkan di seluruh dunia adalah dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga, ini juga menyimpulkan bahawa rumah merupakan tempat paling berbahaya bagi wanita.
Di Malaysia, Akta Keganasan Rumahtangga merangkumi kecederaan fizikal atau emos, dipaksa melakukan hubungan seksual dan sebaliknya, menahan, dan tindakan lain yang berbentuk keganasan rumahtangga.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Namun, bunuh tidak dinyatakan sebagai salah satu bentuk keganasan rumahtangga, dan dengan demikian, hanya sedikit laporan rasmi atau statistik kematian akibat dari keganasan rumahtangga yang dapat diakses secara terbuka.
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) memohon agar polis segera untuk mendokumentasikan dan mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga, serta mempraktikkan protokol yang lebih ketat dan jelas dalam mengendalikan kes seperti ini.
Sebagai langkah segera, kami mendesak agar Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan analisis terhadap semua kes pembunuhan dalam lima tahun kebelakangan ini, bagi melihat berapa banyak pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan intim atau ahli keluarga.
Tanpa mengesan pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga secara tepat, kita berisiko meremehkan kelaziman dan meminimumkan betapa seriusnya keganasan rumahtangga secara keseluruhan – yang pada akhirnya mempengaruhi pemahaman kita mengenai keganasan rumahtangga di Malaysia.
Keganasan rumahtangga merupakan kejadian berulang yang semakin meningkat dari masa ke semasa; pembunuhan selalunya adalah hasil daripada penderaan yang berpanjangan dan dirancang dan bukannya “jenayah keghairahan” yang sering dipopularkan.
Mengkelaskan pembunuhan sebagai keganasan rumahtangga adalah suatu bentuk pengiktirafan secara formal bahawa perkara ini adalah merupakan peringkat akhir dalam siri penderaan yang semakin meningkat.
Ini sangat penting bagi responden pertama seperti polis, untuk mengesan dan bertindak secara tepat terhadap kes-kes keganasan rumahtangga yang berulang – kerana keganasan akan terus meningkat seiring dengan waktu, ini juga membolehkan polis untuk mengenalpasti kes yang berisiko tinggi dan bertindak dengan sewajarnya untuk menyelamatkan nyawa.
English version
Track domestic violence murders
On 1 March, a woman was fatally shot by her husband in Johor Bahru.
A week later in Tawau, a man slit the throat of his heavily pregnant wife, resulting in her death.
These murders are not isolated incidents, but point towards a broader trend: murders of women are often the result of long periods of domestic violence.
A 2018 UN study found that 58% of female homicide cases recorded globally were committed by intimate partners or family members, concluding that home is the most dangerous place for women.
In Malaysia, the Domestic Violence Act covers physical or emotional injury, forced acts sexual or otherwise, detainment, and other acts as forms of domestic violence.
However, murder is not specified as a form of domestic violence, and as such, there are few official reports or publicly accessible statistics on death as a result of domestic violence.
The Women’s Aid Organisation (WAO) urgently calls on the police to document and track domestic violence murders, as well as practise stricter, clearer protocols in managing such cases.
As an immediate step, we urge the Ministry of Home Affairs to conduct an analysis of all murder cases in the past five years, to determine how many murders were committed by intimate partners or family members.
Without accurately tracking domestic violence murders, we risk underestimating its prevalence and minimising the seriousness of domestic violence – all of which ultimately affect our understanding of domestic violence in Malaysia as a whole.
Domestic violence is often made up of recurring events that intensify over time; murders are often the result of long periods of abuse and are planned, instead of highly popularised “crimes of passion”.
Classifying murder as domestic violence formally recognises that it is one final, premeditated step in a series of escalating abuse.
It is essential that first responders like the police, know how to accurately track and respond to repeated cases of domestic violence. As abuse intensifies with time, this will enable the police to identify high-risk cases and respond adequately to save lives. – WAO
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme