Home Civil Society Voices Menyatukan rakyat Malaysia dengan memberikan pencerahan (Malay/English)

Menyatukan rakyat Malaysia dengan memberikan pencerahan (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pemberi maklumat secara uniknya menyatukan rakyat Malaysia ke arah menjalankan kewajipan negara yang berani. Kami, pemberi maklumat boleh menggerakkan gerakan reformasi di setiap daerah, bandar atau luar bandar. Tetapi perkara ini hanya boleh berlaku jika Kabinet Perpaduan meluluskan undang-undang untuk melindungi pemberi maklumat–atau Kabinet ini akan menerima padah dengan setiap skandal kerajaan yang berlaku dalam tempoh pemerintahannya.

Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya … negara ini memerlukan perubahan untuk ke tahap yang pernah kita capai dulu malangnya merosot balik ekonominya, baik kestabilannya ataupun disiplinnya … Tentunya Tan Sri Peguam Negara (Idrus Harun) tahu mengenai pelanggaran hukum termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah  – — Anwar Ibrahim, Perdana Menteri (29 Nov 2022) 

Portfolio saya dalam Jabatan Perdana Menteri berurusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi melibatkan usaha yang merentasi kerajaan. Fokus utama portfolio ini adalah untuk menyemak semula undang-undang yang lapuk dan membuat pindaan yang diperlukan agar undang-undang tersebut relevan pada masa kini …  jika perlu, undang-undang yang sedia ada dipinda untuk mengembalikan hak kesaksamaan kepada rakyat yang terpinggir mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia, dan yang tidak diberi layanan sama rata di negara kita – Azalina Othman Said, Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri (3 Dis 2022)

Setelah berdekad-dekad lamanya rayuan, laporan dan skandal didiamkan: kami, pemberi maklumat perkhidmatan awam telah menunggu janji-janji yang serupa, namun dimungkiri. Tiada lagi alasan: pencerahan harus dilimpahkan ke segenap sudut negara Malaysia yang tercinta ini.

Kabinet perpaduan yang bersejarah hari ini boleh dan mesti menetapkan semula hala tuju yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia dengan cara menguatkuasakan perlindungan undang-undang terhadap wira-wira negara, iaitu pemberi maklumatnya dengan segera.

Pemberi maklumat menanggung akibat buruk apabila kabinet tahun 2013 (Najib Razak), 2018 (Dr Mahathir Mohamad), 2020 (Mahiaddin Yasin) dan 2021 (Ismail Sabri Yaakob) secara tidak bertanggungjawab mengabaikan rintihan dan rayuan perkhidmatan awam. Malah, mereka meninggalkan bebanan bernilai jutaan ringgit kepada generasi masa hadapan, institusi awam yang berisiko tinggi boleh korup, dan kualiti hidup yang rendah – ditakdirkan untuk kaku tidak bergerak – untuk rakyat Malaysia yang marhaen.

Pemberi maklumat boleh menyatukan negara dengan cepat, jelas, dan mampan: kami wujudkan lingkaran pengukuhan positif yang secara langsung menyelesaikan kegagalan yang berlaku di setiap daerah. Pemberi maklumat memberi inspirasi kepada pemberi maklumat yang lain. Kami berada di lapangan di mana Ahli Parlimen tidak berada: di sekolah, hospital, balai polis, jabatan pentadbiran dan setiap peringkat kementerian.

Kekurangan perlindungan untuk pemberi maklumat di Malaysia sendiri adalah skandalnya: siapakah yang mendapat manfaat apabila beribu-ribu pemberi maklumat diserang, manakala ahli politik dan pegawai kanan perkhidmatan awam menolak perlindungan undang-undang penuh dan bebas?

Status quo Malaysia untuk pemberi maklumat adalah memalukan di peringkat antarabangsa dan suatu penghinaan awam: sekumpulan pegawai yang korup di peringkat atasan telah menukar berjuta-juta kemajuan rakyat Malaysia untuk kekayaan peribadi kuasa, dan imuniti mereka sendiri.

Sementara itu, wira pemberi maklumat Malaysia sedang menuju ke arah kepupusan, tidak dapat mendedahkan skandal sivil dan jenayah yang sangat besar, ketidaksamaan yang luar biasa, dan ketirisan yang mengejutkan. Kabinet perpaduan ini perlu segera melakukan reformasi preskriptif dan undang-undang bagi melindungi pemberi maklumat yang memilih kebenaran dan kemakmuran negara berbanding keselamatan diri.

Kebanyakan pemberi maklumat yang terancam di Malaysia tidak boleh mempercayai cabang eksekutif untuk menawarkan perlindungan yang serius, wajar dan adil kepada pemberi maklumat. Justeru, kabinet perpaduan juga perlu menubuhkan ombudsman awam iaitu ‘pembela rakyat’ yang menyiasat salah laku teruk dalam kalangan penjawat awam dan menawarkan sumber sehenti kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan, siasatan dan hinggalah tindakan tatatertib atau undang-undang.

READ MORE:  Segera: Beri perlindungan kepada pemberi maklumat dalam kes rasuah ahli dewan undangan negeri

Kes-kes yang paling serius harus mempunyai siasatan bebas dan hanya ombudsman awam yang dapat memberikan jaminan keselamatan itu.

  • Setiap kementerian mesti mengeluarkan dan melaksanakan pekeliling yang berkuatkuasa serta-merta, yang:
    • Menyatakan bahawa sebarang tindakan balas tidak rasmi atau rasmi terhadap pemberi maklumat adalah salah satu kesalahan tatatertib tertinggi dan tidak lagi diterima
    • Menyatakan bahawa melindungi pesalah tatatertib, sivil atau jenayah yang didakwa adalah satu bentuk suapan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan akan didakwa
    • Memberi perlindungan automatik tindakan tatatertib jika pemberi maklumat memberi keterangan dalam prosiding mahkamah sivil atau jenayah
  • Parlimen mesti segera merangka, membincangkan dan meluluskan pindaan utama kepada undang-undang negara yang mempunyai kesan retroaktif:
  • Pindaan untuk menghapuskan peruntukan anti-pemberi maklumat yang bercanggah dan samar-samar secara sengaja yang mendiamkan pendedahan: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam & Tatatertib 1993 – Seksyen 19; Kanun Keseksaan – 203A; Akta Hasutan 1948 – hampir keseluruhannya; Akta Rahsia Rasmi 1972 – hampir keseluruhannya
    • Memperluaskan perlindungan sivil dan jenayah kepada mangsa, keluarga, dan saksi
    • Meminda sebahagian besar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010:
      • Benarkan pemberi maklumat dapatkan nasihat undang-undang tanpa kehilangan perlindungan
      • Benarkan pemberi maklumat melaporkan kepada entiti di luar cabang eksekutif tanpa kehilangan perlindungan. Contoh: prosiding mahkamah, Suhakam, permohonan kendiri, pihak media
  • Parlimen mesti menubuhkan ombudsman awam di luar cabang eksekutif:
    • Ombudsman ini akan menerima, menyiasat, menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat, dan mengambil tindakan undang-undang atau tatatertib dalam kes salah laku perkhidmatan awam yang teruk
    • Menetapkan peratusan khas bagi ombudsman awam daripada jumlah belanjawan persekutuan; pesuruhjaya utamanya harus diambil dari warga undang-undang, tadbir urus pertubuhan masyarakat sivil dan institusi penyelidikan yang baik, dan pakar bidang (contohnya, bidang kesihatan, kanak-kanak, alam sekitar). Ahli politik, penjawat awam serta bekas penjawat awam mesti dikecualikan kerana persepsi atau konflik kepentingan sebenar dengan penyiasatan ke atas perkhidmatan awam
    • Ia mempunyai jabatan khusus yang memberi tumpuan kepada penduduk terpinggir: komuniti luar bandar atau miskin, Orang Asli, Malaysia Timur, orang kurang upaya, warga tua, kanak-kanak, wanita

Kabinet perpaduan ini mesti menyampaikan hasil yang nyata dan jelas yang melangkaui tempoh perkhidmatan mereka dan terpakai secara meluas kepada semua rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Untuk menghapuskan rasuah dengan berkesan dan mewujudkan pembaharuan yang kukuh untuk berdekad-dekad lamanya di kementerian, agensi, institusi dan semua perkhidmatan awam Malaysia, kita hanya boleh bermula dengan pembaharuan institusi yang berpusatkan rakyat.

Perkhidmatan awam boleh membina atau menghancurkan kerajaan. Skandal kerajaan yang disembunyikan boleh meruntuhkan sesebuah negara. Perlindungan yang serius, bebas dan cepat untuk pemberi maklumat adalah pembaharuan yang diharapkan oleh semua dengan manfaat yang penting, meluas dan pantas. Tiada alasan untuk menangguhkannya.

Tanpa pemberi maklumat, semua pembaharuan mungkin sekadar di atas kertas sahaja; jika tidak, pembaharuan akan tertangguh dan tidak berkesan. Ringkasnya, tiada dasar, kementerian, mahupun institusi kerajaan di Malaysia selamat sehingga pemberi maklumat Malaysia selamat. Setiap kabinet menerima tanggungjawab perundangan terhadap skandal masa lalu, skandal semasa dan skandal masa depan kerajaan persekutuan.

Oleh itu, kabinet perpaduan hari ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk menghapuskan rasuah, penyelewengan, salah laku, ketirisan, dan sifat-sifat lain yang dibenci sedunia dalam kehidupan rakyat Malaysia.

READ MORE:  Julian Assange walks free, will return to Australia

English version

Unite Malaysians by turning on the lights

Whistleblowers uniquely unite Malaysians towards a heroic national duty. We whistleblowers can seed reform movements in every district, rural or urban. But only if the “unity cabinet” passes legislation to shield whistleblowers – or this cabinet will pay the price of each government scandal under its tenure.

It is impossible for me to succeed if this pillar of public service is not completely with me. … This country needs change, a level we once reached, unfortunately declined. Economy, stability and discipline. … Even Attorney General Tan Sri Idris Harun is also aware of violations of the law, including embezzlement, and corruption – Anwar Ibrahim, Prime Minister (29 Nov 2022)

The portfolio which I am helming on Law and Institutional Reform in the Prime Minister’s Department involves endeavors which stretch across government. The foremost focus of this portfolio is to address laws that are outdated and make the necessary amendments for laws to be relevant to our times. … laws will be reformed to reinstate rights to the vulnerable, marginalised, and those who are not treated equally in our nation. – Azalina Othman Said, Minister of Law and Institutional Reform in the Prime Minister’s Department (3 Dec 2022)

Decades of silenced pleas, reports, scandals: we public service whistleblowers have waited on similar, yet discarded promises. No more excuses: the lights must be turned on in every corner of Malaysia. Today’s historic unity cabinet can and must reset Malaysians’ shared destiny by immediate legal protection of our country’s heroes, its whistleblowers.

Whistleblowers paid the price when the cabinets of 2013 (Najib Razak), 2018 (Dr Mahathir Mohamad), 2020 (Mahiaddin Yasin) and 2021 (Ismail Sabri Yaakob) irresponsibly ignored the public service’s pleas. Instead, they left our future generations with trillion-ringgit blindspots, high-risk corruptible public institutions, and a poor quality of life – destined to stagnate – for the ordinary people of Malaysia.

Whistleblowers can unite the nation rapidly, visibly and sustainably: we create positive reinforcement loops that directly solve entrenched failures in every district. Whistleblowers inspire other whistleblowers. We are on the ground where MPs are not: in schools, hospitals, police offices, administrative departments, and each and every level of ministries.

Malaysia’s lack of whistleblower protection is its own scandal: who benefits when thousands of whistleblowers are attacked, while politicians and senior public service officers [deny them] full and independent legal protection?

Malaysia’ status quo for whistleblowers is an international disgrace and a public humiliation: a class of rotten apples at the top have traded the progress for millions of ordinary people for their own personal wealth, power and immunity.

Meanwhile, Malaysia’s whistleblower heroes are heading towards extinction, unable to expose massive civil and criminal scandals, stunning inequality and eye watering leakages.

This unity cabinet must immediately take prescriptive and legal reforms to protect whistleblowers that chose the nation’s truth and prosperity over their personal safety.

Most of Malaysia’s endangered whistleblowers cannot trust the executive branch to offer serious, expedient and fair whistleblower protection.

Thus, the unity cabinet must also establish a public ombudsman, a ‘people’s defender’, who investigates severe misconduct among civil servants and offers a one-stop resource for whistleblowers: protection, investigation up to disciplinary or legal action. The most serious cases must have an independent investigation, and only a public ombudsman can provide that safety guarantee.

  1. Each ministry must issue and execute a circular, with immediate effect, that:
    • States any informal or formal retaliation against a whistleblower is one of the highest disciplinary offences and will no longer be tolerated
    • States that protection of alleged disciplinary, civil or criminal offenders is a type of criminal gratification under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 and will be prosecuted
    • Provide automatic protection against disciplinary retaliation if whistleblowers testify in a civil or criminal court proceeding.
  2. Parliament must immediately draft, collaborate on and pass key amendments to the nation’s laws with retroactive effect:
    • Amend to remove contradictory, intentionally ambiguous anti-whistleblower provisions that silence disclosures: Public Officers Regulations & Discipline 1993 – Section 19; Penal Code – 203A; Sedition Act 1948 – almost in its entirety; Official Secrets Act 1972 – almost in its entirety
    • Extend civil and criminal protection to victims, families, and witnesses
    • Amend in significant portions the Whistleblower Protection Act 2010:
      • Allow whistleblowers to obtain legal advice without losing protection
      • Allow whistleblowers to report to entities beyond the executive branch without losing protection. Examples: court proceedings, Suhakam, self-application, the media
  3. Parliament must establish a public ombudsman outside the executive branch:
    • It receives, investigates, offers whistleblower protection and takes legal or disciplinary action in severe public service misconduct cases
    • Its budget is to be a percentage of the federal budget; its key commissioners should be drawn from legal societies, good governance civil society organisations and research institutions, and subject-matter experts (eg health, children and the environment). Former and current public servants and politicians must be excluded due to a perceived or real conflict of interest with investigations into the public service
    • It has specific departments focused on marginalised populations: rural or poor communities, Orang Asli, East Malaysia, people with disabilities, elderly, children, women
READ MORE:  Urgent: Give protection to whistleblower in state assembly bribery case

This unity cabinet must deliver tangible, clear results that outlast their tenure and apply broadly to all people in the peninsula, Sabah, and Sarawak. To effectively dismantle corruption and establish decades-strong reform at Malaysia’s ministries, agencies, institutions, and all public services, we can only start with people-centred institutional reforms.

A civil service can make or break a government. A covered-up government scandal can fracture a nation. The serious, independent and rapid protection of whistleblowers is a universally loved reform with prominent, widespread and prompt benefits. Nothing can justify a delay.

Without whistleblowers, all reform is likely to be on paper only, otherwise delayed and made ineffectual. Simply put, no policy, ministry nor government institution in Malaysia is safe until Malaysia’s whistleblowers are safe. Each cabinet accepts the legal responsibilities of the federal government’s past scandals, current scandals and future scandals.

Thus, today’s unity cabinet is a once-in-a-lifetime opportunity to dismantle corruption, abuse, misconduct, leakages and other universally hated traits of Malaysian life.

Signatories

  1. Kasthuri Patto
  2. G25
  3. Parents Action Group for Education (Page)
  4. Aliran
  5. Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls)
  6. Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (Serata)
  7. Klima Action Malaysia (Kamy)
  8. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  9. Undi Sabah
  10. KauOKTak
  11. Hive Educators
  12. Pacos Trust
  13. Justice for Sisters
  14. Save The Schools MY
  15. Freedom Film Network
  16. Agora Society Malaysia
  17. Saiful Nizam
  18. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  19. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  20. Engage Network
  21. Rangkaian Solidariti Demokratik Pesakit Mental (Siuman)
  22. Tiada.Guru Campaign
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x