[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan masyarakat sivil yang disenaraikan berikut, mengecam kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri, berkenaan janji beliau untuk memerangi sekularisme dan liberalisme melalui kerajaan Perikatan Nasional dengan gabungan bersama Umno dan Pas.
Menyedari ketidakstabilan kerajaan PN yang dipimpin, beliau telah memilih taktik lapuk untuk menyerang prinsip-prinsip sekularisme dan liberalisme demi mengekalkan sokongan dari kelompok fundamentalis agama dan kaum.
Kami ingin mengingatkan perdana menteri berkenaan konteks perlembagaan dan sejarah mengenai kemerdekaan Malaya dan seterusnya pembentukan Malaysia melalui Pernjanjian Malaysia 1963 dengan persetujuan bersama Malaya, Sabah, Sarawak dan – untuk tempoh yang singkat – Singapura. Negeri-negeri ini bersepakat untuk pembentukan negara Malaysia yang sekular, bukan sebuah negara Islam.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengiktiraf “Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi ianya tidak seharusnya mengenakan halangan kepada warganegara bukan-Muslim untuk mengamalkan agama mereka dan tidak bermaksud bahawa negara itu bukan negara sekular”.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pendirian ini telah dipegang secara berterusan oleh Tunku Abdul Rahman – yang mana ulangtahun ke-30 pemergian beliau jatuh pada tanggal 6 Disember – dan Parti Perikatan yang dipimpin beliau.
Oleh kerana perdana menteri kelihatan terpisah daripada hakikat yang penting ini, kami berharap penjelasan ini dapat menghalang beliau daripada terus memutarbelitkan fakta untuk mencapai cita-cita politik beliau yang hanya mementingkan diri sendiri.
Kami juga berharap kenyataan ini dapat memberikan pencerahan kepada perdana menteri mengenai sekularisme dan liberalisme. Kedua-dua sekolah pemikiran tersebut membudayakan kerjasama, menggalakkan keharmonian dan membentuk penerimaan berdasarkan pengakuan dan menghormati perbezaan di dalam masyarakat. Menerima kepelbagaian dan meraikan kekuatannya adalah asas di dalam motto kebangsaan kita iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu”.
Dalam konteks Malaysia, sekularisme menjuarai kerjasama antara etnik yang positif dimana ianya akan mengekang penindasan terhadap mana-mana individu atau kelompok berdasarkan pegangan agama atau etnik.
Perdana menteri perlu memahami bahawa pemisahan agama dari politik, melindungi kebebasan beragama serta menghormati kepercayaan semua pegangan agama adalah prinsip-prinsip utama sekularisme yang mendasari pembinaan negara kita ini dan bukanlah dengan memomok serta memberikan gambaran yang tidak benar mengenai sekularisme.
Mengenai liberalisme, kami terpanggil untuk menekankan semula mengenai nilai-nilai liberal yang terkandung di dalam bahagian pengenalan Rukun Negara yang berperanan sebagai ideologi kebangsaan seperti berikut:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
- Memelihara satu cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
- Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
- Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Bantahan yang dibuat oleh beliau terhadap liberalisme membangkitkan persoalan mengenai keikhlasan beliau dalam memimpin masyarakat yang demokratik dan majmuk kerana liberalisme mengandungi konsep kebebasan dan kesamarataan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan perdana menteri yang berkempen bagi Rukun Negara tetapi pada masa yang sama mengecam liberalisme adalah tindakan yang bersifat ironi serta hipokrasi.
Ianya membangkitkan suatu persoalan sekiranya perdana menteri kita yang “prihatin” ini akan menindas sebahagian warganegara untuk melindungi “hak-hak” yang berdasarkan Perlembagaannya bersifat meragukan?
Perdana menteri perlu memahami bahawa tiada tawar-menawar dalam prinsip-prinsip liberalisme dan sekularisme kerana kedua-duanya elemen yang diperlukan untuk membangunkan negara kita.
Disediakan oleh CSO (pertubuhan masyarakat madani) Platform for Reform (kluster harmoni).
English version
The irony of attacking liberalism and secularism in a democratic country
We, the undersigned civil society organisations, condemn the startling declaration made by Prime Minister Muhyiddin Yassin, who has vowed to fight against secularism and liberalism through the Perikatan Nasional government and the alliance with Umno and Pas.
The prime minister, knowing the instability of the PN government which he leads, has mischievously opted for the age-old regressive tactic of trying to retain the support of religious and racial fundamentalists by attacking the principles of secularism and liberalism in Malaysia.
The prime minister must be reminded of the constitutional and historical context to Malayan independence and later the formation of Malaysia through the Malaysia Agreement 1963 by Malaya, Sabah, Sarawak and, briefly, Singapore. These respective states consented to the formation of a secular Malaysia, not an Islamic state.
The Reid Commission, which drafted the Federal Constitution, clearly acknowledged “Islam as the official religion of the federation, but it shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing their own religions and shall not imply that the state is not a secular state”.
This position was preserved time and again by our founding father Tunku Abdul Rahman, whose 30th death anniversary fell on 6 December, and the Alliance Party under his leadership.
As the current prime minister seems ignorant of this crucial reality, we hope this clarification may prevent him from further manipulating facts to fit his selfish political ambitions.
We hope this statement will help to enlighten the prime minister about secularism and liberalism as well. Both schools of thought promote cooperation, encourage harmony and develop acceptance by acknowledging and respecting differences within society. Recognising diversity and celebrating its strength is the very basis of our national motto, “Bersekutu Bertambah Mutu”.
In the Malaysian context, secularism champions the positive virtues of multi-ethnic cooperation that disallows discrimination against an individual or community due to their religious belief or ethnicity.
Instead of harping and vilifying secularism, the prime minister needs to understand that the separation of religion from politics, the protection of freedom of religion and equal respect for all religious beliefs are the primary principles embedded in secularism, which are foundational ideas upon which our country was built.
On liberalism, we are obliged to reiterate the existence of liberal values in the preamble to our Rukun Negara. Serving as our national ideology, it says:
- Achieving and fostering better unity amongst the society
- Preserving a democratic way of life
- Creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner
- Ensuring a liberal approach towards the rich and varied cultural traditions
- Building a progressive society that will make use of science and modern technology.
His rebuttal of liberalism questions his sincerity in leading a democratic and multi-ethnic society because liberalism espouses the concept of freedom and equality as much as our Federal Constitution itself. It is ironic, hypocritical even, that the prime minister campaigns for the Rukun Negara yet at the same time condemns liberalism.
It certainly begs the question if our so-called “prihatin prime minister” will discriminate against some citizens over others in the name of protecting constitutionally doubtful “privileges”? The prime minister must comprehend that these principles of liberalism and secularism are non-negotiable qualities needed for the progress of our nation.
Issued by the CSO Platform for Reform (Harmony Cluster)
Disokong oleh/Endorsed by:
- Aliran
- Bersih 2.0
- Beyond Borders Malaysia
- Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BopiMaFo)
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Dayak National Congress
- Dayak Think-Tank Association Sarawak (DTTAS)
- Engage
- G25
- Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK)
- Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
- Justice for Sisters
- KitaBantuKita.Org
- Maju
- OHMSI
- Our Journey
- Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
- Persatuan Sahabat Wanita Selangor
- Persatuan Warisan Sabah Sarawak Kuala Lumpur
- Pusat Komas
- Sabah Reform Initiative (Sari)
- Sarawak Association for Peoples’ Aspirations (Sapa)
- Sisters in Islam (SIS)
- The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Former Lord President of the Malaysian Supreme Court, Tun Salleh Abas had stated in 2002 that “… we live in a secular country. The Federal Constitution and the laws state clearly that we are living in a secular state.”
In Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55, the Supreme Court decided that “Needless to say that this submission, in our view, will be contrary to the constitutional and legal history of the Federation and also to the Civil Law Act which provides for the reception of English common law in this country.”
Fighting or waging war against secularism is NOT ONLY contrary to the Constitution and also to the Civil Law Act.
Nothing Further to Add.
“…has mischievously opted for the age-old regressive tactic of trying to retain the support of religious and racial fundamentalists by attacking the principles of secularism and liberalism in Malaysia” – that it is the backdoor PM who is doing so goes to show the quality of his leadership.
So it is good these 25 civil society elements are calling out the evil in Muhyiddin’s call.
Whither Anwar and PH minus in this issue?
In a highly respected conference paper in the Harvard archive, it has been clearly stated that “The al Qaeda network associated with Osama bin Laden takes the challenge to secularism to yet another level.”
In Malaysia, [a] high-level network is clearly waging war against secularism.
https://wcfia.harvard.edu/files/wcfia/files/614_juergensmeyer.pdf
From Stanford’s highly respected view, jihadist Salafism advocates violence to defend against the dangers of secularism.
Thus, we have Jihadist Salafism entrenched in Malaysia that is waging war against secularism(?).
https://cisac.fsi.stanford.edu/mappingmilitants/profiles/islamic-state
CFR, Georgetown University, Harvard, Stanford etc. have published papers that the Islamic State & Baghdadi and Osama Laden & al-Qaeda were/are waging war against secularism & secularists.