
Susulan kenyataan media oleh Zahid Hamidi, presiden Umno, sudah jelas bahawa Mahiaddin Yasin sudah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri.
Sekaligus, keseluruhan kabinet lantikannya juga hilang kredibiliti dan perlu berundur.
Bagi mengekalkan kestabilan politik, beliau perlu memanggil semula sidang khas Parlimen dan membenarkan usul tidak percaya terhadap beliau atau meletakkan jawatan selaras dengan semangat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di dalam negara ini.
Sikap berdegil Mahiaddin hanya akan menambahkan lagi ketidakstabilan politik negara. Meletakkan jawatan sebagai perdana menteri bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam proses demokrasi kerana beliau masih lagi boleh memberikan pandangan serta saranan beliau kepada kerajaan di dalam Dewan Rakyat atau dilibatkan dalam jawatankuasa pilihan khas parlimen.
Sekretariat Solidariti Rakyat menegaskan bahawa jawatan perdana menteri adalah lebih baik ditentukan di Dewan Rakyat berbanding mengusung akuan bersumpah ke sana-sini seperti ibu ayam mencari anaknya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Negara kita perlu mengukuhkan dan memperbaharui sistem berparlimen agar Parlimen benar-benar menjadi medan yang sah untuk menentukan kepimpinan negara serta menjadikan kepentingan rakyat agenda tertinggi.
Sekiranya perdana menteri baharu dilantik, beliau perlu segera melaksanakan perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan semua parti sekurang-kurangnya untuk tempoh satu tahun bagi membolehkan tenaga semua pihak disalurkan bagi melawan kesan pandemik Covid, sebelum membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum.
Mahiaddin perlu sedar bahawa beliau serta barisan kabinet yang dilantiknya gagal untuk mengemudi negara keluar dari kancah pandemik Covid. Kematian sudah hampir mencecah 10,000 kes dan kes positif sudah melebihi satu juta kes.
Kuncitara berterusan tanpa bantuan secukupnya menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, kadar muflis dan kes bunuh diri secara mendadak.
Parlimen telah dinafikan peranannya selama tujuh bulan menyebabkan banyak isu-isu rakyat tidak dapat dibahaskan untuk ditambahbaik.
Letak jawatan sekarang! – Sekretariat Solidariti Rakyat
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme