Home Civil Society Voices Najib disabit kesalahan: Laungan keadilan bagi negara – C4

Najib disabit kesalahan: Laungan keadilan bagi negara – C4

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman bekas Perdana Menteri Najib Razak atas salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram mencatatkan kemenangan besar bagi Rakyat Malaysia dan merupakan satu laungan keadilan yang hebat bagi bangsa dan negara.

Penghakiman tegas ini menegakkan kembali prinsip “No one is above the law”. Tiada siapa boleh atasi undang-undang di negara ini, termasuklah seorang bekas perdana menteri.

Pusat C4 meraikan kekuatan dan kebebasan institusi kehakiman Malaysia dan semangat kolektif rakyat Malaysia yang gigih dalam usaha untuk memastikan individu yang pada suatu ketika dahulu merupakan individu yang paling berkuasa di negara ini, tersujud di muka keadilan.

Najib telah pun disabit dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Tinggi, dan keputusan ini dikekalkan oleh semua hakim yang bersidang di kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Tidak diragukan lagi bahawa bekas perdana menteri ini benar-benar bersalah atas tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Pusat C4 ingin menyuarakan kekesalan mereka kerana perjuangan yang dibawa kepada kemuncaknya semalam dipenuhi dengan pelbagai percubaan bagi melanjutkan prosiding, termasuklah permintaan penangguhan kes dan pertukaran peguam yang berterusan daripada pihak Najib Razak.

Sepanjang kes ini, rakyat jelata dapat melihat aksi mengejutkan yang jelas bertujuan untuk menyerang integriti badan kehakiman kebangsaan, melalui pelbagai dakwaan yang dilemparkan ke atas hakim-hakim yang bersidang bahawa keputusan yang diberikan adalah berat sebelah, sehingga pasukan peguam sendiri membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri pada sesi prosiding yang terakhir.

Cubaan mereka untuk menjejaskan sistem perundangan negara terbukti hanyalah sekadar wayang bagi menangguh hukuman yang tidak dapat dielakkan.

READ MORE:  Worrying times for Umno

Perlu diingatkan bahawa walaupun prosiding undang-undang dalam kes ini telah berlangsung selama bertahun-tahun, kemungkinan besar ini hanyalah permulaan bagi penyelesaian pelbagai skandal yang melibatkan Najib semasa tempoh pentadbirannya.

Masih ada banyak lagi persoalan yang belum terjawab seperti penglibatan Najib dalam skandal pembelian Scorpene, pembunuhan Shaarribuugiin Altantuyaa dan juga skandal LCS [littoral combat ships] baru-baru ini yang melibatkan penggelapan wang berbilion-bilion ringgit.

Biarpun demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam membuktikan bahawa beban yang digalas oleh mereka yang memberi maklumat, menyiasat, menjalankan proses pengadilan dan menentang ketidakadilan akhirnya telah membuahkan hasil.

Selama bertahun-tahun, Pusat C4, bersama dengan rakan kongsi organisasi serta orang awam, telah menghadapi pelbagai cabaran bagi menegakkan kebenaran dalam kes ini.

Hukuman terhadap Najib telah mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman dan telah meniup semangat baharu untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik.

Sambil kita meneruskan usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa, wajarlah untuk kita sebagai rakyat mengambil iktibar bahawa kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha bersama.

Keputusan bersalah bekas perdana menteri [kelmarin] merupakan hasil keringat pemberi maklumat, pekerja media, penyiasat, organisasi masyarakat sivil, pegawai kerajaan dan orang awam yang tampil untuk mendedahkan jenayah yang dijalankan kepada orang ramai.

Perjuangan menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan berterusan, tetapi ia akan diperjuangkan dengan kepercayaan bahawa keadilan masih mampu ditegakkan.

Keputusan semalam juga merupakan satu peringatan kepada mereka yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri, yang memanipulasi institusi-institusi awam untuk menyembunyikan kesalahan, dan yang memiskinkan Rakyat dengan kerakusan mereka bahawa mereka tidak sesekali akan dapat mengatasi keadilan.

Peringatan Martin Luther King Jr masih jelas kedengaran: “The arc of the moral universe is long, but it bends toward justice.” (Erti: Busur alam semesta moral itu panjang, tetapi mengarah ke keadilan.) – Pusat C4

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x