Home Civil Society Voices Nelayan berpendirian teguh tidak akan menerima projek ‘Penang South Islands’

Nelayan berpendirian teguh tidak akan menerima projek ‘Penang South Islands’

Golden fisheries area: Fisherfolk bringing back a large catch at Teluk Kumbar, Penang - ZAKARIA ISMAIL

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Surat pihak nelayan Pulau Pinang kepada setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria:

Tawaran bayaran ex-gratia/saguhati dan bantuan bot berserta enjin kepada nelayan di Tahap 1 dan Tahap 2 bagi pelaksanaan Penang South Island (PSI)

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan bertarikh 16 Disember 2022.

Kami berperdapat bahawa surat tuan tersebut adalah tidak berniat baik dan bertujuan untuk mengelirukan nelayan-nelayan, dan memecah-belah ahli-ahli kami dalam Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan (PNK-PPS), yang sejak awal lagi, telah menolak dan tidak bersetuju dengan projek PSI tersebut.

Kami merujuk kepada perenggan empat surat tuan dan menyatakan bahawa Pen Mutiara tidak pernah bersetuju untuk menerima apa-apa bayaran ex-gratia dan kami telahpun memberitahu pihak taskforce nelayan berkenaan ini, dan kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami tidak bersetuju dengan projek PSI tersebut.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai pengetahuan penuh berkenaan dengan perkara-perkara berikut, bahawa:

  • Satu rayuan terhadap keputusan ketua pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang difailkan oleh Zakaria Ismail bagi pihak 185 nelayan-nelayan Sungai Batu bagi mencabar kelulusan keputusan laporan EIA [penilaian impak alam sekitar] bagi projek PSI tersebut telah dibenarkan oleh Lembaga Rayuan pada 8 September 2021
  • Permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap Lembaga Rayuan dan Zakaria Ismail telah ditolak dengan kos sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 August 2022
  • Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan rayuan tersebut masih belum didengar dan diputuskan dan
  • Terdapat nelayan-nelayan yang telah memasukkan bantahan mereka terhadap laporan EIA yang ketiga yang masih dalam proses pengkajian dan belum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)
READ MORE:  Nelayan dan NGO kecewa dengan keputusan kes 'Penang South Reclamation'

Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai pengetahuan penuh berkenaan perkara-perkara di atas, surat tuan ini cuba menjejaskan hak-hak nelayan untuk membantah dan menimbulkan perpecahan, ketegangan, kekeliruan dan penghasutan di kalangan nelayan-nelayan di Pulau Pinang Selatan.

Kami merujuk kepada perenggan lapan surat tuan dan menyatakan bahawa kenyataan kerajaan negeri Pulau Pinang nampaknya berniat jahat  dan licik bagi tujuan mengelirukan nelayan-nelayan di Pulau Pinang. Bagaimana dapat dinyatakan bahawa pendaftaran untuk penerimaan tawaran ex-gratia ini tidak merupakan persetujuan kepada projek PSI sedangkan penerimaan tawaran tersebut adalah untuk menunjukkan sokongan nelayan bagi projek tersebut? Perenggan ini amat tidak masuk akal!

Usaha kerajaan negeri Pulau Pinang sebegini nampaknya bertujuan mempengaruhi proses penilaian laporan EIA yang sedang dilakukan oleh JAS, untuk membuktikan bahawa masalah nelayan sudah pun diambil kira dan diselesaikan.

Selain daripada itu, tawaran tersebut tidak mengambil kira kerosakan sumber perikanan di kawasan tambak laut yang merupakan ekosistem yang sensitif dan yang tidak boleh digantikan buat selama-lamanya. Apa gunanya bot-bot besar diberikan kepada nelayan sekiranya sumber perikanan berkurangan akibat projek PSI ini?

Para nelayan berhak untuk membela nasib mereka dan berhak untuk tolak projek tambakan ini yang akan menjejaskan mata pencarian mereka.

Kami mengutuk percubaan kerajaan negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn Bhd untuk memecahbelahkan nelayan-nelayan di Pulau Pinang dengan mengelirukan mereka dengan tawaran-tawaran sebegini.

Kami sekali lagi memberitahu dengan jelas bahawa kami menolak segala tawaran daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn Bhd dan berpendirian teguh bahawa kami tidak boleh dan tidak akan menerima projek PSI ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang harus menghormati hak-hak nelayan dalam perkara ini dan kami bertegas agar pihak tuan berhenti menghantar surat-surat sebegini, serta mengambil lain-lain langkah untuk mengelirukan dan memecahbelah ahli-ahli kami.

READ MORE:  Fishermen and NGOs dismayed over outcome of 'Penang South Reclamation' case

Tindakan sebegini adalah kurang bertanggungjawab dan projek PSI ini tidak setimpal dengan seruan perdana menteri untuk memupuk masyarakat madani baru-baru ini.

Surat ini ditandatangani oleh pengerusi PEN-Mutiara dan pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Selatan Pulau Pinang dan ditujukan kepada setiausaha kerajaan negeri Mohd Zakuan Zakaria di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sekeping kepada:

  • Pengarah Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
  • Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
  • Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang
  • Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pulau Pinang
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ravinder Singh
28 Jan 2023 3.29pm

PSR IS IN A TSUNAMI HIT AREA
Would it be recklessness on the part of the Department of Environment if it approves the 3-islands Penang South Reclamation project in an area that was swept across by the Tsunami on 26-12-2004 and lives and property on the reclaimed islands are lost?
Did the first and the second EIAs state the fact that the PSR project area (the Bay of Teluk Kumbar) was swept across by the Tsunami on 26-12-2004 causing deaths and damage to property in the South of Penang Island?
Can any EIA consultant /expert predict the possibility or otherwise of another Tsunami hitting this area and sweeping across the 3 reclaimed islands?
Or, can any EIA consultant/expert guarantee that no Tsunami will hit this area again anytime

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x