Home Civil Society Voices Nelayan dan NGO alam sekitar memfailkan tindakan mahkamah terhadap projek PSR

Nelayan dan NGO alam sekitar memfailkan tindakan mahkamah terhadap projek PSR

Zakaria Ismail is the head of the Sungai Batu fishermen's unit - ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Tujuh nelayan yang diketuai oleh Zakaria Ismail bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi) telah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 29 Disember.

Permohonan mereka ialah untuk mencabar kebenaran merancang yang diberi oleh pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang pada 21 Ogos 2023 untuk projek penambakan Pulau Pinang selatan (PSR).

Kesemua sembilan pemohon telah menyaman pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia) (responden pertama), jawatankuasa perancang negeri Pulau Pinang (responden kedua), kerajaan negeri Pulau Pinang (responden ketiga) dan SRS Consortium Sdn Bhd (responden keempat).

Pemohon pertama, Zakaria Ismail, membawa tindakan ini bagi pihak diri sendiri dan bagi pihak nelayan-nelayan lain yang tinggal dan/atau menjalankan aktiviti perikanan di selatan pantai pulau Pulau Pinang yang terjejas teruk akibat projek PSR.

Pada 5 Februari, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah memberi kebenaran kepada pemohon-pemohon untuk meneruskan dengan permohonan untuk semakan kehakiman mereka.

Di dalam permohonan untuk semakan kehakiman, antara lain, pemohon-pemohon telah memohon untuk perintah-perintah seperti berikut:

  • Satu deklarasi bahawa kebenaran merancang yang diberikan oleh PLANMalaysia pada 21 Ogos 2023 adalah batal dan tidak sah kerana ia melanggar peruntukan-peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (APBD)
  • Satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan pemberian kebenaran merancang kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memulakan kerja-kerja penambakan bagi projek PSR di daerah barat daya, Pulau Pinang
  • Satu perintah agar kerajaan negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn Bhd dengan segera memulihkan semua dan/atau sebarang kerosakan kepada kawasan di mana kerja-kerja penambakan telah bermula dan/atau disiapkan untuk pulau A dan/atau projek PSR, kepada keadaan asal dan tidak tercemar seperti sebelum bermulanya kerja-kerja penambakan tersebut
  • Satu perintah agar responden-responden membayar ganti rugi kepada pemohon-pemohon dan semua nelayan yang diwakili oleh pemohon-pemohon berhubung dengan kehilangan pendapatan mereka, yang akan ditaksirkan oleh mahkamah ini
READ MORE:  Waves stopped, Penang beach dies: The Pantai Esen ecological crisis

Selain daripada apa yang dinyatakan di atas, pemohon-pemohon juga memohon untuk satu perintah bahawa kebenaran merancang yang diberi bagi projek PSR, dan semua proses-proses yang lain dan kerja-kerja penambakan yang berkaitan dengannya digantung sementara menunggu pelupusan akhir permohonan semakan kehakiman ini dan kos dibayar kepada pemohon-pemohon. Kesan-kesan projek ini sudah dapat dilihat dan dirasai oleh nelayan-nelayan dalam kes ini.

Permohonan penggantungan kebenaran merancang akan didengar sebaik sahaja selepas mahkamah menetapkan tarikh semasa pengurusan kes yang telah ditetapkan pada 19 Februari 2024.

Berikut adalah ringkasan alasan-alasan bagi permohonan semakan kehakiman:

  • responden-responden telah gagal mematuhi beberapa peruntukan di dalam APBD termasuk,
    • mendapatkan nasihat daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) sebelum draf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 diluluskan oleh jawatankuasa perancang negeri Pulau Pinang; dan
    • mendapatkan nasihat daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara apabila permohonan kebenaran merancang diserahkan oleh kerajaan Pulau Pinang
  • responden-responden telah melakukan kesalahan undang-undang yang serius bila pelan induk PSR dirujuk kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan arahan di bawah APBD, bila deraf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 belum lagi berkuatkuasa, dan rancangan struktur yang berkuatkuasa pada masa itu adalah rancangan struktur 2020. Rancangan struktur 2020 tidak mengandungi peruntukan bagi projek PSR di kawasan tersebut
  • responden-responden gagal untuk menjalankan proses pengubahan dan/atau pindaan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 untuk mencerminkan pengecilan projek PSR dari tiga buah pulau kepada satu pulau, dan dengan itu melucutkan peluang pemohon-pemohon untuk memberi maklum balas dan bantahan kami seperti yang diperuntukkan di bawah APBD
  • tiada laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling yang lengkap bagi projek PSR pada masa kebenaran merancang diberi oleh PLANMalaysia, memandangkan proses penilaian di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) merangkumi hak rayuan berkanun. Hak rayuan ini masih belum dilupuskan kerana kelewatan dan ketiadaan tindakan oleh Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah AKAS*
  • dalam meluluskan laporan penilaian kesan oleh ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar dan dalam pemberian kebenaran merancang oleh responden pertama, responden-responden langsung tidak mengambil kira atau tidak mengambil kira secara memadai kesan-kesan buruk terhadap alam sekitar dan sosial dan kemusnahan kekal kepada mata pencarian nelayan-nelayan di kawasan tersebut akibat projek PSR ini
READ MORE:  Fishermen and NGOs dismayed over outcome of 'Penang South Reclamation' case

* Nelayan-nelayan telah memfailkan satu rayuan dengan Lembaga Rayuan dalam bulan Mei 2023 untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar yang meluluskan Laporan EIA dalam bulan April 2023. Sehingga kini Lembaga Rayuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran bagi rayuan ini.

Mageswari Sangaralingam, setiausaha kehormat, Sahabat Alam Malaysia

Khoo Salma Nasution, presiden, Jaringan Ekologi Dan Iklim (Jedi)

Zakaria Ismail, ketua, unit nelayan Sungai Batu

Ibrahim Che Rose, unit nelayan Teluk Tempoyak

Azhar Najamudin, unit nelayan Sungai Batu

Mohd Ismail Ahmad, unit nelayan Sungai Batu

Mohd Shahril Rosli, unit nelayan Sungai Batu

Omar Hassan, unit nelayan Sungai Batu

Ramdzan Ishak, unit nelayan Sungai Batu

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x