Home Civil Society Voices Nelayan dan NGO kecewa dengan keputusan kes ‘Penang South Reclamation’

Nelayan dan NGO kecewa dengan keputusan kes ‘Penang South Reclamation’

One island instead of three: The 'scaled-down' Penang mega-reclamation plan - ZHAFARAN NASIB/THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sembilan pemohon yang diketuai oleh Zakaria Ismail dan enam lagi nelayan, bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi), kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk mencabar kebenaran merancang yang diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri.

Permohonan semakan kehakiman ditolak tanpa perintah mengenai kos.

Dalam penghujahan mereka ke mahkamah, pemohon membangkitkan perkara berikut:

  • bahawa responden gagal untuk mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (APBD) termasuk,
    • kegagalan untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara sebelum kelulusan draf rancangan struktur negeri Pulau Pinang 2030 oleh jawatankuasa perancang negeri Pulau Pinang dan
    • kegagalan untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara semasa permohonan bagi kebenaran merancang yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang
  • bahawa responden melakukan kesilapan undang-undang yang serius apabila pelan induk “Penang South Reclamation” dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan di bawah APBD apabila draf rancangan struktur negeri Pulau Pinang 2030 masih belum berkuat kuasa, dan rancangan struktur yang berkuat kuasa pada masa itu ialah rancangan struktur negeri Pulau Pinang 2020 yang tidak menyediakan bagi projek Penang South Reclamation di kawasan berkenaan
  • bahawa responden gagal menjalankan proses bagi pengubahsuaian dan/atau pindaan pancangan struktur negeri Pulau Pinang 2030 untuk menggambarkan pengecilan skala projek Penang South Reclamation daripada tiga pulau kepada satu pulau dan ini menyebabkan pemohon tidak mendapat peluang untuk menyediakan maklum balas dan bantahan seperti yang diperuntukkan di bawah APBD
  • bahawa tiada laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling yang lengkap bagi projek Penang South Reclamation pada masa kebenaran merancang telah diberikan oleh PlanMalaysia Pulau Pinang kerana proses laporan penilaian kesan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akas) termasuk hak rayuan berkanun. Ini masih belum habis kerana kelewatan dan tiada tindakan oleh Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akas
  • bahawa banyak kesan buruk terhadap alam sekitar dan sosial projek itu, dan kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan kepada mata pencarian nelayan di kawasan itu (yang direkodkan dalam laporan penilaian kesan) tidak diambil kira dengan secukupnya, atau sama sekali, oleh PlanMalaysia Pulau Pinang dalam memberikan kebenaran merancang
  • bahawa responden pertama hingga ketiga melakukan pelanggaran kewajipan fidusiari dan kepercayaan awam dalam memberikan kebenaran merancang bagi projek Penang South Reclamation
READ MORE:  Waves stopped, Penang beach dies: The Pantai Esen ecological crisis

Walaupun penghujahan yang panjang oleh pemohon mengenai ketidakpatuhan responden terhadap APBD pada pelbagai peringkat proses perancangan, Mahkamah Tinggi mendapati ia memihak kepada responden.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman, dengan menyatakan antara lain bahawa permohonan itu difailkan di luar masa dan responden telah mematuhi APBD, dan oleh itu tidak wujud kepenyalahan undang-undang, ketidakrasionalan atau tidak munasabah dalam proses membuat keputusan dalam memberikan kebenaran merancang.

Mahkamah Tinggi juga bersetuju dengan hujahan responden bahawa tidak ada keperluan untuk menyemak dan mengubah rancangan struktur negeri Pulau Pinang 2030 mengenai pengecilan saiz projek Penang South Reclamation memandangkan pulau B dan C hanya ditangguhkan dan tidak dibatalkan.

Di sebalik representasi awam yang jelas dan terang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa pulau B dan C tidak akan dilaksanakan lagi, ia didedahkan semasa bertukar-tukar afidavit dalam prosiding ini bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya hanya ‘menangguhkan’ pulau B dan C sementara dan tidak menghadkan projek Penang South Reclamation hanya di pulau A.

Sementara menyatakan rasa hormat mereka terhadap keputusan mahkamah hari ini, pemohon yang kebanyakannya adalah golongan nelayan yang terjejas oleh projek Penang South Reclamation berasa kecewa kerana rayuan dan aduan mereka tidak diendahkan, dan hak mereka diabaikan.

Menurut laporan penilaian kesan, projek Penang South Reclamation akan menyebabkan kehilangan kekal yang tidak dapat dipulihkan kepada ekosistem. Selain itu, kehidupan dan mata pencarian nelayan pantai di bahagian selatan Pulau Pinang juga akan turut terjejas.

Pemohon akan memfailkan rayuan terhadap keputusan ini dalam masa terdekat. – SAM/Jedi

Mageswari Sangaralingam ialah setiausaha kehormat Sahabat Alam Malaysia (SAM). Khoo Salma Nasution ialah presiden Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi).   

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x