Home Civil Society Voices NGO cabar dakwaan nelayan sokong penambakan ‘Pulau Silikon’ sedangkan kadar tangkapan turun...

NGO cabar dakwaan nelayan sokong penambakan ‘Pulau Silikon’ sedangkan kadar tangkapan turun (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi) telah mengambil perhatian terhadap kenyataan terbaru yang dibuat oleh Penang Infrastructure Corporation (PIC) berhubung pelan pengurusan impak sosial (social impact management plan) “Pulau Silikon”.

PIC telah menegaskan bahawa kadar pendaftaran yang tinggi untuk pelan ini oleh nelayan pantai yang terjejas menunjukkan sokongan untuk pemilik projek penambakan Pulau Silikon.

Bagaimanapun, perbualan dan interaksi Jedi dengan nelayan pantai yang terjejas oleh projek itu memberi gambaran berbeza.

Sejak penambakan dimulakan pada September 2023, penurunan ketara dalam kadar tangkapan, terutamanya untuk udang besar yang tinggi nilainya, telah dilaporkan oleh nelayan.

Ramai nelayan, sebelum ini menentang penambakan, kini menghadapi dilema:

  • teruskan bantahan mereka terhadap projek penambakan yang sedang dijalankan dan mengalami kadar tangkapan yang rendah
  • atau dengan berat hati mendaftar untuk pembayaran ex-gratia di bawah pelan pengurusan ini sebelum permohonan ditutup secara kekal

Dengan hasil tangkapan yang semakin berkurangan membayangi Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, ramai yang memilih pilihan yang kedua.

Peningkatan dalam pendaftaran di bawah pelan ini bukanlah penyokongan projek tetapi mencerminkan kesan buruk penambakan terhadap mata pencarian nelayan.

Tambahan pula, dakwaan PIC bahawa tinjauan komprehensif mereka tidak menunjukkan apa-apa kesan ke atas tangkapan nelayan juga tidak meyakinkan, memandangkan kegagalan mereka memberikan sebarang data sokongan.

Kekurangan ketelusan ini amat berbeza dengan data yang dikeluarkan oleh unit nelayan Sungai Batu. Data mereka menunjukkan penurunan ketara dalam tangkapan udang bagi Januari tahun ini berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, serentak dengan permulaan projek penambakan.

Berdasarkan penemuan ini, Jedi menggesa Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar menjalankan siasatan segera ke atas impak projek penambakan Pulau Silikon terhadap tangkapan udang rendah yang dilaporkan oleh unit nelayan Sungai Batu dan nelayan lain yang terjejas.

READ MORE:  Nelayan dan NGO kecewa dengan keputusan kes 'Penang South Reclamation'

Jedi bersolidariti dengan nelayan-nelayan pantai yang menentang kerja-kerja penambakan yang sedang dijalankan untuk Pulau Silikon.

Kami komited untuk kekal berwaspada dan kritikal sepanjang keseluruhan proses, memantau dan memerhati sebarang perubahan dan impak alam sekitar di Pulau Pinang. – Jedi

English version

Jedi challenges PIC’s claims of fishermen’s support for ‘Silicon Island’ reclamation project amid declining catch rates

The Climate and Ecological Network (Jedi) is deeply concerned about recent claims made by the Penang Infrastructure Corporation (PIC) regarding the social impact management plan for “Silicon Island”.

The PIC has asserted that the high registration rate under the management plan by affected coastal fisherfolk indicates support for the project proponent of the Silicon Island reclamation.

However, Jedi’s conversations and interactions with the coastal fishermen affected by the project paint a different picture.

Since the commencement of the reclamation in September 2023, a significant decline in catch rates, especially for high-value shrimp, has been reported by the fisherfolk.

Many fishermen, previously against the reclamation, now face a dilemma:

  • continue protesting the ongoing reclamation and suffer from low catch rates
  • or reluctantly register for ex-gratia payments under the social impact management plan before the application window closes permanently.

With the dwindling catches overshadowing the approaching Aidilfitri celebrations, many have chosen the latter.

This increase in registrations is not an endorsement of the project but a reflection of the dire impact the reclamation is having on the fisherfolk’s livelihoods.

Furthermore, the PIC’s claim of a comprehensive survey showing no impact on the fisherfolk’s catch is troubling, especially given its failure to provide any supporting data.

READ MORE:  'Penang Transport Master Plan': Why a masterplan?

This lack of transparency starkly contrasts with the data released by the small fishermen’s unit of Sungai Batu. Its data shows a significant decline in shrimp catch for January this year compared to the same month last year – coinciding with the start of the reclamation project.

In light of these findings, Jedi urges the Department of Fisheries and the Department of Environment to conduct an immediate investigation into the reported low shrimp catches by the Sungai Batu fishermen’s unit and other affected fishermen.

Jedi stands in solidarity with the remaining fishermen who oppose the ongoing reclamation works for Silicon Island.

We commit to remaining vigilant and critical throughout the entire process, monitoring and observing any environmental changes and impacts in Penang. – Jedi

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x