Home Civil Society Voices NGO menggesa pakej peralihan yang jelas untuk kestabilan, reformasi

NGO menggesa pakej peralihan yang jelas untuk kestabilan, reformasi

Anwar faces a daunting challenge

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah yang jelas dan tetap untuk membawa kestabilan politik dalam negara ini dengan meletakkan pakej peralihan yang jelas berdasarkan perjanjian PH sebelum pilihan raya umum 2018.

Pergolakan PKR, salah satu parti komponen yang utama dalam gabungan PH, sedang

merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

Kebimbangan kami sebagai pertubuhan masyarakat sivil yang telah dan sedang mendesak reformasi institusi dan politik di negara ini adalah agenda pembaikan kerajaan PH akan terhenti, atau lebih parah, apa yang sedang dicapai kini akan terundur kepada sistem yang lama sekiranya kestabilan politik tidak dipulihkan.

Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang tidak partisan, kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan kebertanggungjawaban dalam penggal ke-14 Parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk pilihan raya umum akan datang.

Maka, kami ingin mencadangkan langkah-langkah konkrit berikut yang perlu diambil bagi mengembalikan kestabilan politik.

Pelan peralihan kuasa untuk perdana menteri

Kami menggesa agar Mahathir menetapkan satu tarikh antara setahun dari sekarang sehingga paling lewatnya 9 Mei 2021, untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, selari dengan perjanjian sebelum pilihan raya umum 2018 antara gabungan parti komponen PH.

Walaupun tidak ada rangka masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Mahathir dalam pelbagai majlis sering mengatakan tempoh peralihan akan mengambil masa due ke tiga tahun selepas PH membentuk kerajaan.

Bagi memastikan kelancaran peralihan, Anwar perlu dilantik sebagai timbalan perdana menteri enam bulan sebelum tarikh yang ditetapkan. Dengan pelan peralihan yang jelas, ianya akan memadamkan desas-desus dan teori-teori konspirasi yang dibuat oleh mereka yang ingin mendapat laba daripada ketidakstabilan dan terpecahnya gabungan PH.

Hadkan tempoh PM kepada dua penggal

Ini adalah janji manifesto yang masih belum dipenuhi dan kami menggesa Mahathir untuk mengerakkan pindaan undang-undang yang berkaitan bagi memenuhi janji ini sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM.

Rasional untuk menetapkan had penggal adalah supaya perdana menteri akan datang tidak akan memegang kuasa terlalu lama, yang bukan sahaja akan membawa risiko salah guna kuasa dan rasuah, malah akan menyebabkan kekecewaan serta timbul perasaan antagonis oleh pihak yang berminat untuk memegang jawatan perdana tersebut.

Penggal PM perlu dimulakan daripada masa perlantikan dan bukannya pada permulaan penggal Parlimen yang baru, melainkan penggal pertama yang tidak bermula dengan Parlimen yang baru adalah kurang daripada dua tahun, bagi memastikan penggal maksimum yang dibenarkan dikekalkan kepada dua penggal.

Pengurangan pemusatan kuasa merdana menteri

Manifesto PH telah menjanjikan pengurangan pemusatan kuasa eksekutif pada tangan perdana menteri.

Penyalahgunaan kuasa oleh mantan perdana Menteri sebelum ini menjadi fakta bahawa kuasa yang terlalu banyak tertumpu pada pejabat perdana menteri.

Melainkan undang-undang dipinda dan Parlimen diperkasakan semula, terutamanya proses pelantikan jawatan utama kerajaan, tidak ada jaminan PM selepas ini tidak akan menggunakan kuasa yang ada sekarang untuk berpaut kepada jawatannya dengan menaungi kesetiaan pemimpin dan pengundi, mengakibatkan wajah buruk kleptokrasi terjelma kembali.

Struktur kuasa yang lebih serata dengan menghadkan penggal perdana menteri akan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang lebih mudah diantara ahli politik yang bercita-cita tinggi dengan mewujudkan peluang untuk kemajuan dalam kerjaya politik.

Segerakan reformasi institusi

Sejumlah janji manifesto yang perlu disegerakan pelaksanaannya tanpa bertangguh lagi adalah manifesto untuk mengukuhkan institusi awam utama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Jabatan Peguam Negara.

Pindaan perlembagaan diperlukan untuk penginstitusian institusi-institusi ini dengan bebas dan perkasa agar mereka dapat menjadi badan semak dan imbang yang berkesan kepada sistem kerajaan kita.

Akta drakonian yang melanggar hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan wajib dimansuhkan segera. Undang-undang melawan perkauman dan bias gender juga perlu disemak semula untuk dipinda atau digubal di mana perlu.

Ubah sistem pilihan raya yang lebih inklusif

Sistem pilihan raya kita secara first-past-the-post digandingkan dengan masyarakat majmuk menggalakkan mentaliti “menang dapat semua, kalah dapat arang” dalam kalangan ahli politik kita telah menghasilkan perbahasan politik yang ekstrim dan memecahbelahkan.

Kami menggesa kerajaan dan semua pihak untuk memulakan dialog nasional bagi membincangkan untuk kita bergerak keluar daripada sistem first-past-the-post dan menuju ke sistem kerusi perwakilan berkadaran berdasarkan senarai-parti (List-PR).

Ini akan memastikan perwakilan parti politik yang lebih luas di dalam Parlimen dan menghapuskan keperluan mereka untuk memainkan isu perkauman untuk menggerakkan pengundi.

Kerusi senarai perwakilan berkadaran juga dapat mengatasi perbalahan intra-gabungan untuk peruntukan kawasan pilihan raya yang biasa terjadi dengan sistem first-past-the-post dengan membenarkan parti-parti gabungan bertanding secara terbuka dan secara sihat antara satu sama lain melalui undi parti, berbanding sebelum ini dengan cara sabotaj dan perancangan sulit.

Senarai perwakilan berkadaran juga bukan sahaja dapat memberikan kuota kepada wanita dan kumpulan terpinggir, mandat kepada parti secara langsung juga dapat mengukuhkan parti politik dan menyukarkan tindakan lompat parti.

Ini adalah selari dengan aspirasi PH untuk membina negara yang lebih inklusif, progresif dan makmur.

Kami menggesa pimpinan kerajaan PH – Mahathir, majlis presiden PH dan Warisan – untuk mengambil tindakan tanpa lengah lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan ini. Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti.

PH sekarang hanya mempunyai kurang daripada empat tahun dari tempoh sepenggal untuk mengotakan janji reformasi dan kemakmuran kepada pertiwi ini. Pulihkan kestabilan politik dan pentadbiran sekarang untuk tempoh penggal yang berbaki.

  • Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
  • Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

GBM terdiri daripada NGO-NGO berikut:

  1. Tindak Malaysia
  2. Tamil Foundation
  3. Merdeka U Bhd
  4. KLSCAH
  5. LLG
  6. MyPJ
  7. Engage
  8. Pusat Komas
  9. Monsoons Malaysia
  10. Umany
  11. Pacos
  12. Kami
  13. Suaram
  14. UCSAAM
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x