Home Civil Society Voices NGO Orang Asli bantah kenyataan salah, desak tanggungjawab dan dialog konstruktif

NGO Orang Asli bantah kenyataan salah, desak tanggungjawab dan dialog konstruktif

File photo - KOMAS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami NGO-NGO Orang Asli amat kesal dan terkilan dengan kenyataan ketua pengarah Sapiah Mohd Nor yang disiarkankan melalui Utusan pada 1 November 2023 yang lepas.

Ini adalah kerana:

Kebanyakan NGO Orang Asli dalam negara amat mengharapkan dari dulu lagi ada kerjasama yang baik diantara kerajaan dan agensi-agensinya termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kami NGO-NGO Orang Asli dalam menyelesaikan isu-isu Orang Asli dalam negara ini.

Jemputan JAKOA pada 5 Oktober ke ibu pejabatnya untuk kami NGO-NGO Orang Asli memberi pandangan terhadap kertas projek dasar pembangunan Orang Asli yang JAKOA telah siapkan adalah sesuatu yang sangat kami NGO-NGO tunggu-tunggu dan alu-alukan

Ketua pengarah JAKOA sepatutnya faham perwakilan Orang Asli atau NGO yang dipanggil ke mesyuarat tersebut. Mereka tidak dibekalkan dengan kertas kerja pembangunan Orang Asli yang mahu dibincang. Jadi, bila kami tidak tahu isi kandungan kertas kerja tersebut, tentu perwakilan yang hadir bertindak mendiamkan diri dan mendengar sahaja dengan apa yang diperjelaskan oleh ketua pengarah.

Dari mesyuarat tersebut, kami semua sebulat suara meminta supaya mesyuarat perbincangan tersebut ditunda dan JAKOA perlu menghantar kertas kerja dasar tersebut kepada NGO-NGO Orang Asli.

Kami sudah menerima kertas kerja dasar tersebut dan sekarang sedang menunggu jemputan JAKOA kali kedua untuk sesi perbincangan tersebut.

Kami amat terkejut apabila membaca kenyataan ketua pengarah di Utusan pada 1 November itu yang mengatakan ada antara NGO yang mengaku kepada beliau bahawa mereka diupah untuk sengaja membuat kacau dengan membangkitkan isu tanah Orang Asli. Ini adalah suatu perbuatan yang amat pelik.

Sebagaimana diketahui umum, dan kami percaya ketua pengarah juga, tanah adalah sesuatu yang asas dan penting dalam kelangsungan kehidupan, adat dan budaya, dan sejarah Orang Asli. Perjuangan tanah NGO-NGO Orang Asli selama ini adalah bagi tujuan untuk memelihara dan melindungi kepentingan tersebut. Perjuangan ini telah kami lakukan atas kesedaran dan kehendak sendiri, bukan diupah oleh mana-mana organisasi atau individu.

READ MORE:  Melindungi hak Orang Asli dalam pindaan perlembagaan (Malay/English)

Dalam hal ini, pengakuan yang dibuat oleh tokoh yang ketua pengarah katakan itu, bukan sahaja tidak betul tetapi telah memperlekehkan perjuangan NGO-NGO Orang Asli selama ini dan juga memberi maksud bahawa NGO-NGO Orang Asli adalah bodoh dan boleh dipergunakan oleh pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri dengan mudah.

Kami berharap ketua pengarah boleh mendedahkan kepada umum siapa dia tokoh NGO ini kerana tindakan beliau tersebut amatlah memalukan NGO-NGO Orang Asli yang ikhlas berjuang selama ini untuk hak asasi dan kepentingan Orang Asli.

Orang Asli adalah manusia yang mempunyai hak kebebasan bersuara lagi-lagi jika ia berkenaan dengan tanah adat. Hak ini termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara, hak asasi manusia sejagat dan UNDRIP [United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People].

Untuk mengelakkan perkara ini menjadi bertambah buruk dan mencetuskan sangkaan serta spekulasi negatif, prejudis dan tidak adil terhadap kami NGO-NGO Orang Asli, kami berharap ketua pengarah bersedia untuk bertanggungjawab atas semua kenyataan tersebut dan ikhlas menjernihkan keadaan.

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) bersama NGO-NGO Orang Asli dan penyokong Orang Asli menyeru agar JAKOA menjunjung seruan kerajaan Madani untuk menjadi kerajaan bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia dan bersama-sama bekerjasama ke arah menegakkan hak-,hak Orang Asli yang telah lama diabaikan. Kami di sini bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan hari ini untuk manfaat Orang Asli dan Malaysia secara keseluruhan.

Tijah Yok Chopil ialah pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)

Dengan sokongan NGO-NGO Orang Asli:

  1. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
  2. Persatuan Suku Jakun Pahang
  3. Apa Kata Wanita Orang Asli
  4. Jaringan Persatuan Orang Asli Johor
  5. Sinui Pai Nanek Sengit
  6. Jaringan Persatuan Kampung Orang Asli Perak
  7. Jaringan Kampung Orang Asli Ulu Perak
  8. Jaringan Orang Asal SeMalaysia
  9. Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan dengan sokongan NGO-NGO lain
  10. Pusat Komas
  11. Pacos
  12. Tonibung
  13. Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  14. Advancing Knowledge in Democracy and Law initiative
  15. Borneo Komrad
  16. Sabah Human Rights Centre
  17. Aliran
  18. Cahaya Society
  19. Biodiversity. Environment. Agroecology.Climate Change.Habitats (B.E.A.CC.H.)
  20. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Susden Malaysia)
  21. Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Pahang (Era Pahang)
  22. Alliance of River Three (Art!)
  23. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam
  24. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  25. Greenpeace Malaysia Action Malaysia (Kamy)
  26. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  27. Centre For Independent Journalism (CIJ)
  28. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  29. Center for Orang Asli Concerns
  30. Environmental Protection Society Malaysia (EPSM)
  31. Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat
  32. Family Frontiers
  33. Malaysia Action for Justice and Unity Foundation (Maju)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x