Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) teguh bersolidariti dalam menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tuntutan terhadap penjelasan itu dibuat berikutan desas-desus bahawa syarat dan penalti bagi media akan diperluas dan diperketatkan di bawah pindaan berkenaan.
Berdasarkan maklumat yang diterima, pindaan oleh pihak KDN termasuk mengembalikan keperluan pembaharuan lesen (setiap tiga tahun) dan meluaskan takrifan penerbitan, termasuk kandungan digital dan elektronik.
Ini menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana platform dalam talian dan kandungan yang dihasilkan pengguna akan dipantau dan dikawal. Pindaan terhadap akta ini juga dikatakan akan memperluas hukuman jenayah dan memperkenalkan penalti yang lebih berat.
NUJM, CIJ dan Geramm memandang serius perkhabaran ini kerana ia dikhuatiri adalah benar dan akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta terus menggugat kebebasan media di Malaysia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sehubungan itu, kami menggesa pihak KDN untuk tampil memberi penjelasan dan memaklumkan kepada kami situasi sebenar, membabitkan cadangan pindaan berkenaan, bagi membolehkan kami memberi penjelasan kepada rakan-rakan media yang lain serta memenuhi kepentingan awam.
Ini adalah saat kritikal bagi kerajaan “Madani” untuk menunjukkan komitmennya terhadap reformasi.
Seharusnya tidak ada usaha untuk menjejaskan kebebasan media, terutamanya bila kerajaan merancang untuk membentangkan rang undang-undang majlis media Malaysia.
Akhirnya, kami menyeru semua pihak untuk sentiasa mengadakan perbincangan bermakna dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum mengambil sesuatu keputusan. – NUJM/Geramm/CIJ
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme