[ENGLISH VERSION BELOW] Adakah Bajet 2024 akan digunakan dengan berkesan untuk menangani kebimbangan keselamatan awam berhubung dengan perubahan iklim?
Komunikasi yang lebih baik mengenai butiran-butiran dalam rancangan Bajet 2024 adalah penting untuk wacana awam yang kukuh mengenai apa yang Malaysia memerlukan untuk bergerak ke hadapan.
Untuk mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia memerlukan akses kepada maklumat dan ketelusan data untuk meningkatkan akauntabiliti kerajaan terhadap kemajuan dan kesan inisiatif mereka.
Persoalannya menjadi perhatian Greenpeace Malaysia apabila kerajaan mengumumkan bahawa hampir 4.3% daripada peruntukan belanjawan menjurus kepada tindakan alam sekitar dan iklim, manakala perbelanjaan sebahagian besarnya tertumpu kepada pembaikan dan insentif, bukannya untuk penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam mitigasi iklim.
Beberapa perkara yang memerlukan penelitian awam termasuk:
- Persediaan untuk pembanjiran
Walaupun peruntukan bantuan untuk komuniti terdedah, termasuk petani dan nelayan, serta pembaikan cerun dan penyelenggaraan saliran dipuji, kerajaan gagal menekankan pembiayaan alternatif seperti mekanisme pemindahan risiko bencana atau penyelesaian berasaskan alam semula jadi seperti pemulihan ekologi dalam kawasan-kawasan yang mempunyai risiko perubahan iklim yang tinggi.
- Penangkapan dan penyimpanan karbon dalam pelan hala tuju peralihan tenaga negara (NETR)
Di dalam Bajet 2024, kerajaan telah menekankan penggunaan penangkapan dan penyimpanan karbon, seperti yang dinyatakan di dalam pelan hala tuju peralihan tenaga negara. Walaubagaimanapun, teknologi sedemikian mesti dipertimbangkan sebagai langkah untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil secara berperingkat, dan hanya diiktiraf sebagai mempunyai peranan yang minimum dalam penyahkarbonan sektor tenaga. Pergantungan yang berlebihan pada penangkapan dan penyimpanan karbon akan mengakibatkan persepsi bahawa sumber bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, gas asli, petroleum dan gas harus kekal dalam campuran tenaga negara kita pada tahun-tahun hadapan, bahkan melampaui sasaran bersih sifar 2050. Di sebalik bergantung kepada teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada industri minyak dan gas sedia ada, kerajaan harus meneroka pendekatan alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga bagi penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju dalam peralihan tenaga yang bertanggungjawab, demokratik dan mampan. Sebagai ahli Climate Action Network, Greenpeace Malaysia tidak menganggap penangkapan dan penyimpanan karbon sebagai penyelesaian yang lestari dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan purata suhu global.
- Inisiatif minyak sawit mampan
RM70 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif minyak sawit mampan, termasuk untuk kempen memerangi persepsi negatif di peringkat antarabangsa. Kami bimbang dana ini akan digunakan untuk ‘greenwashing’ dan bukannya meningkatkan prestasi minyak sawit lestari Malaysia dalam hal penebangan hutan, pemuliharaan tanah gambut atau pemulihan tanah gambut. Meningkatkan teras kemampanan minyak sawit Malaysia dengan membantu pekebun kecil dan memegang syarikat yang berkemampuan dari segi kewangan kepada piawaian kemampanan yang lebih ketat mengikut dasar “tanpa penebangan hutan, tanpa tanah gambut dan tanpa eksploitasi” akan mencapai keputusan yang sama dalam memerangi persepsi negatif di peringkat antarabangsa. Ia juga akan memenuhi keperluan ketekunan wajar peraturan Kesatuan Eropah mengenai produk bebas penebangan hutan sambil menyediakan hujah berasaskan data kepada syarikat dan kerajaan Malaysia untuk menentang pengkategorian sebagai negara berisiko tinggi (perkara 29).
- Sukuk biodiversiti dan mengimbangi jejak pelepasan karbon
RM1bn telah dianggarkan untuk sukuk biodiversiti yang melibatkan penanaman semula hutan yang terdegradasi sebagai insentif kepada syarikat untuk menyertai pasaran karbon sukarela untuk menjana kredit karbon atau mengimbangi jejak pelepasan karbon mereka. Kerajaan akan memberi insentif kepada syarikat yang terlibat dalam pengukuran, pelaporan dan pengesahan bagi projek karbon, pastinya sebagai usaha meningkatkan projek dan kredit karbon yang dijual di Bursa Karbon Malaysia. Walau bagaimanapun, inisiatif mengimbangi jejak pelepasan karbon seperti penanaman pokok untuk menjana kredit karbon merupakan seperti ‘greenwashing’, kerana ia memberi insentif kepada komodifikasi alam semula jadi, sambil mengalih perhatian daripada kemusnahan ekosistem serta bertindak sebagai lesen untuk syarikat terus mencemarkan alam melalui pelepasan pemusnahan iklim. Pengimbangan karbon adalah bertentangan dengan tindakan konkrit yang terbukti untuk mengurangkan pelepasan. Di samping itu, maklumat tentang perluasan tanah hutan dan projek penghutanan semula atau penanaman semula tidak diterbitkan secara langsung di beberapa laman web kerajaan negeri untuk kebolehcapaian awam bagi memantau garis masa, kemajuan dan hasil program penanaman pokok pemuliharaan hutan ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami memerlukan ketelusan data dan komunikasi awam untuk melibatkan pemahaman orang ramai mengenai inisiatif yang dicadangkan semasa pengumuman Bajet 2024. Sebagai tambahan kepada dasar konkrit yang benar-benar memberi insentif kepada perniagaan untuk mengusahakan projek pemuliharaan, kerajaan harus terus menyelaraskan dengan peralihan yang adil dan menjauhi daripada pergantungan kita pada industri yang tidak mampan dan merosakkan iklim seperti industri bahan api fosil. Ini termasuk mewujudkan laluan baharu untuk ‘pekerjaan hijau’ seperti cadangan renjer hutan. – Greenpeace Malaysia
English version
Ensure data transparency in Budget, not greenwashing – Greenpeace Malaysia
Will Budget 2024 be used effectively to tackle public safety concerns in relation to climate change?
Better communication on details of the Budget 2024 plans is crucial for strong public discourse on what Malaysia needs. To achieve this, Malaysians need access to information and data transparency to improve governmental accountability on the progress and impacts of initiatives.
The question is top of the mind for Greenpeace Malaysia as the government announces that nearly 4.3% of budget allocations are geared toward environmental and climate action, while expenditure is largely focused on repairs and incentives instead of nature-based solutions for climate mitigation.
Several points requiring greater public scrutiny include:
- Flood preparedness
While provisions for relief for vulnerable communities including farmers and fishermen, as well as for slope repairs and drainage maintenance are commendable, the government fails to emphasise alternative financing such as disaster-risk transfer mechanisms or nature-based solutions such as ecological restoration in high climate-risk areas.
- Application of carbon capture, utilisation and storage in the national energy transition
In Budget 2024 the government has highlighted the application of carbon capture, utilisation and storage in the national energy transition. However, such technologies must be considered in the context of steps to phase out fossil fuel use and should be recognised as having a minimal role to play in decarbonisation of energy. Over-reliance on carbon capture, utilisation and storage may result in making the existing non-renewable fossil fuel sources like coal, natural gas and petroleum seem to be possible to exist in our energy mix beyond the net zero 2050 target. Instead of depending on carbon capture, utilisation and storage technology to reduce emissions from existing oil and gas industries, the government should explore alternative approaches such as renewable energy and energy efficiency for a viable long-term solution for responsible, democratic and sustainable energy transition. As a member of the Climate Action Network, Greenpeace Malaysia does not see carbon capture, utilisation and storage as a sustainable solution in reducing the carbon emission and eventually reducing the average global temperature.
- Sustainable palm oil initiatives
RM70m was allocated for sustainable palm oil initiatives, including for campaigns to combat negative perceptions at the international level. We are worried these funds will be used for greenwashing rather than improving Malaysia’s sustainable palm oil performance with regard to deforestation, peatland conservation or peatland rehabilitation. Improving the core of Malaysia’s palm oil sustainability by assisting smallholders and holding financially capable corporations to stricter sustainability standards that follow “no deforestation, no peatland and no exploitation” policies will achieve the same results as combating negative perceptions internationally. It will also meet the European Union regulation on deforestation-free products due diligence requirements while providing Malaysian companies and government with data-based arguments to counter categorisations as a high-risk country (Article 29).
- Biodiversity sukuk and carbon offsetting
RM1bn has been budgeted for biodiversity sukuk involving the replanting of degraded forests to incentivise corporations to participate in the voluntary carbon market to generate carbon credits or to offset their carbon emissions footprint. The government will provide incentives to companies that engage in measurement, reporting and verification for carbon projects, surely as an effort to increase projects and credit sold at the Bursa Carbon Exchange. However carbon offsetting initiatives like tree planting to generate carbon credits are window dressing and, in part, greenwashing, as it incentivises the commodification of nature, while distracting from ecosystem destruction and acts as a licence for corporations to keep polluting through climate-wrecking emissions. Carbon offsetting is the opposite of proven concrete actions to reduce emissions. Additionally, information about forest land and reforestation or replanting projects is not published directly on some state government websites for public accessibility to monitor the timelines, progress and outcomes of these forest conservation tree-planting programmes.
We need data transparency and public communication to engage public understanding on the many initiatives proposed during the Budget 2024 announcement. In addition to concrete policies that truly incentivise businesses to work on conservation projects, the government should continue to align with a just transition away from our reliance on unsustainable and climate-wrecking industries like fossil fuels. This includes creating new pathways for ‘green jobs’ such as the proposed forest rangers. – Greenpeace Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme