Home Civil Society Voices Pastikan undang-undang anti-lompat berfungsi: Kosongkan lima kerusi (Malay/English)

Pastikan undang-undang anti-lompat berfungsi: Kosongkan lima kerusi (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional (SCPP) menggesa Speaker-speaker Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri serta semua pihak yang terlibat untuk menjunjung Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, dan peruntukan yang serupa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri-negeri, yang lebih dikenali sebagai undang-undang anti-lompat.

Apabila ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri meninggalkan atau tidak lagi menjadi ahli parti mereka, kerusi yang disandang perlu dikosongkan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang anti-lompat.

Pendirian SCPP terhadap kes yang melibatkan tujuh wakil rakyat Bersatu, yang menyandang enam kerusi parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri, di mana keanggotaan parti mereka telah dilepaskan, adalah seperti berikut:

Selepas kegagalan untuk mematuhi arahan Bersatu pada 17 Mei bagi menyatakan kesetiaan kepada parti dalam masa 14 hari, kuasa telah diperuntukkan oleh fasal 10.4 perlembagaan parti itu, bahawa kesemua tujuh wakil rakyat tersebut telah terhenti keahlian daripada Bersatu selepas 31 Mei. Ini adalah akibat automatik daripada tindakan mereka, seperti yang terjadi di dalam hampir semua parti jika gagal membayar yuran keahlian.

Pelepasan keahlian oleh tujuh wakil rakyat Bersatu tidak boleh disalahungkap sebagai pemecatan, yang mempunyai implikasi perlembagaan yang berbeza. Malah, keberkesanan kaedah yang digunakan oleh Bersatu telah digambarkan melalui infografik yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada 2022. Menariknya, “Slaid 7B, Situasi 3” seolah jadi satu ramalan apabila menggunakan Bersatu sebagai contoh dalam ilustrasi tersebut.

Perkara ini juga tidak boleh ditafsirkan secara tidak munasabah sebagai tindakan yang menyebabkan aplikasi ‘retrospektif’ undang-undang anti-lompat. Pindaan kepada perlembagaan parti Bersatu yang telah memasukkan fasal 10.4 telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 1 April, lama sebelum arahan Bersatu yang dikeluarkan pada 17 Mei.

Bersatu perlu segera memaklumkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkenaan pelepasan keahlian empat ahli parlimen berikut:

  • Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
  • Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar)
  • Suhaili Abdul Rahman (Labuan); dan,
  • Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang)

Bersatu tidak perlu dan tidak harus menunggu sehingga Dewan Rakyat bersidang pada 24 Jun untuk melakukan perkara ini. Pemakluman ini perlu dilakukan secara profesional dan tidak dijadikan aksi politik. Penangguhan maklum kepada Speaker Dewan Rakyat akan mengganggu proses sewajarnya dan persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk pilihan raya kecil yang perlu berlaku.

Bersatu juga perlu segera memaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San berkenaan pelepasan keahlian Abdul Rashid Asari, ahli dewan untuk Selat Klang.

Disebabkan keempat ahli parlimen dan ahli dewan negeri Selangor telah “dipilih sebagai ahli Perikatan Nasional (PN)” melalui keahlian Bersatu, pemberhentian tersebut menyebabkan kerusi mereka dikosongkan dengan penguatkuasaan Perkara 49A(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan yang serupa di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Pelepasan keahlian untuk Mohd Azizi Abu Naim (ahli parlimen untuk Gua Musang dan ahli dewan negeri Kelantan untuk Nenggiri) dan Zahari Kechik (ahli parliament untuk Jeli) walau bagaimanapun tidak menyebabkan kerusi tersebut dikosongkan kerana mereka telah “dipilih sebagai calon Pas” dan bukan sebagai ahli PN.

Namun demikian, kedua-duanya perlu sukarela meletakkan jawatan untuk memboleh pilihan raya kecil diadakan agar pengundi boleh menentukan sama ada mereka akan menyokong wakil rakyat tersebut yang telah berubah haluan. Dengan pemansuhan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan yang serupa di Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan yang sebelum ini melarang wakil rakyat bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan, kedua-dua wakil rakyat tersebut berpeluang untuk mendapatkan mandat baharu di bawah kesetiaan terbaharu mereka.

Tidak ada ungkapan sebenar di dalam Perkara 49A, nota huraian rang undang-undangnya, laporan jawatankuasa khas parlimen atau perbahasan parlimen untuk rang undang-undang yang direkodkan di dalam Hansard parlimen, yang membolehkan pengosongan kerusi untuk wakil rakyat yang meninggalkan atau berhenti menjadi ahli parti selepas dipilih sebagai calon parti yang lain. Hal ini sama bagi undang-undang anti-lompat di peringkat negeri.

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Selangor, Johari Abdul dan Lau Weng San perlu memaklumkan SPR kekosongan lima kerusi dalam tempoh 21 hari daripada notis oleh Bersatu. Sebarang penangguhan yang disengajakan atau keingkaran kepada peruntukan perlembagaan akan mencemar institusi besar pejabat-pejabat Speaker dan integriti peribadi mereka.

Dalam sebarang pertikaian keputusan Speaker, mahkamah tidak boleh melepaskan fungsinya dan enggan mengadili atas alasan “pemisahan kuasa” yang tidak munasabah. Sekiranya Speaker boleh membuat keputusan dengan wewenang atas isu yang sangat bersifat politik ini, sebagaimana yang dibuktikan dalam pengalaman di dewan-dewan undangan di India, undang-undang anti-lompat akan diperalatkan secara sangat partisan sebagai senjata yang menikam demokrasi dan bukan sebagai perisai yang melindungi demokrasi.

Undang-undang anti-lompat adalah kunci penting bagi reformasi institusi pasca 2018. Sekiranya peruntukan dalam perlembagaan parti Bersatu tidak berkesan untuk menyebabkan kekosongan kerusi apabila lompat parti berlaku secara terselindung, peruntukan yang serupa dalam perlembagaan parti DAP, Amanah dan Umno juga akan ditimpa nasib yang sama. Tindakan khianat untuk menggagalkan undang-undang anti-lompat secara terpilih bukan sahaja akan mengundang kembali ketidakstabilan politik seperti semasa 2018-2021, bahkan akan meranapkan keyakinan dan hormat rakyat kepada parti politik, wakil rakyat dan demokrasi pelbagai parti.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi yang diketuai oleh William Leong perlu mengkaji dengan proaktif Perkara 49A untuk menutup jurang yang disebabkan oleh parti politik menamakan bukan ahli sebagai calon pilihan raya, seperti dalam kes Gua Musang, Jeli dan Nenggiri. Sehingga jurang tersebut ditutup, parti perlu mengelakkan amalan sedemikian bagi tidak menghasilkan wakil rakyat yang bebas daripada undang-undang anti-lompat.

Secara asasnya, apa yang Malaysia perlukan bukan undang-undang anti-lompat untuk sekadar mencegah gejala atau simptom lompat parti, yang sukar untuk mencapai keseimbangan yang bernas antara menyekat wakil rakyat yang khianat dan menghalang kepimpinan parti daripada menjinakkan Parlimen atau dewan undangan negeri sebagai pak turut mereka.

Penyelesaian sebenar adalah untuk membina parti-parti yang kukuh dalam erti program and dasar dan tidak hidup bergantung kepada naungan (patronage), justeru lebih berdaya tahan mengatasi gejala lompat parti. Rundingan antara parti perlu dilakukan segera untuk menyegerakan reformasi seperti undang-undang peruntukan pembangunan kawasan yang samarata, pemisahan badan pendakwa raya dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan mekanisme kepercayaan yang berfungsi.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

English version

Enforcing anti-defections law: Speakers must inform Electoral Commission of vacancy of five seats

The Seed Community for a Professional Parliament (SCPP) calls upon speakers and all involved parties to honour Article 49A of the Federal Constitution and the corresponding provisions in state constitutions, popularly known as the “anti-hopping” laws.

When MPs or state assembly members leave or cease to be members of their parties, their legislative seats should be vacated in line with the respective anti-hopping laws.

On the case involving seven Bersatu elected representatives holding six parliamentary seats and two state legislative assembly seats whose party membership has been relinquished, the SCPP’s position is as below:

After their failure to obey Bersatu’s instruction on 17 May to pledge loyalty to the party within 14 days, a power provided by clause 10.4 of its party constitution, all seven have ceased to be members of Bersatu after 31 May. This is the automatic consequence of their act, like what happens in most parties if one fails to pay membership dues.

The membership relinquishment of the seven Bersatu elected representatives should not be misrepresented as expulsions or sackings, which have different constitutional consequences. In fact, the effectiveness of this method used by Bersatu was illustrated by an infographic prepared by the Legal Affairs Division of the Prime Minister’s Department in 2022. Interestingly, “Slide 7B, Situation 3” prophetically used Bersatu as the hypothetical party in its illustration.

Neither should it be implausibly interpreted as an act to cause a ‘retrospective’ application of the anti-hopping laws. The amendment to the Bersatu party constitution that inserted clause 10.4 was approved by the Registrar of Societies on 1 April, way before Bersatu’s instruction on 17 May.

Bersatu should immediately inform House of Representatives Speaker Johari Abdul of the membership relinquishment for these four MPs:

  • Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang)
  • Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar)
  • Suhaili Abdul Rahman (Labuan); and,
  • Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang)

Bersatu does not need to and should not wait until the House of Representatives sits on 24 June to do this. The notification should be done professionally and not be made a political show. Delay in notifying the House Speaker is obstructing due process and the Electoral Commission’s preparation for the necessary by-elections.

Likewise, Bersatu should immediately inform Selangor Legislative Assembly Speaker Lau Weng San of the membership relinquishment for Abdul Rashid Asari, the assembly member for Selat Klang.

As all the four MPs and Selangor assembly members were “elected as members of Perikatan Nasional” by way of their Bersatu membership, the relinquishment of the latter causes their legislative seats to be vacated by the force of Article 49A(1)(a) of the Federal Constitution and the corresponding provisions in the Selangor State Constitution.

The membership relinquishment for Mohd Azizi Abu Naim (the MP for Gua Musang and Kelantan state assembly member for Nenggiri) and Zahari Kechik (the MP for Jeli), however, does not cause their seats to become vacant because they were “elected as candidates of Pas” and not “as members of PN”.

Nevertheless, the duo should voluntarily resign to trigger by-elections so that voters can decide whether they support their change of affiliation. With the repeal of Article 48(6) of the Federal Constitution and the corresponding provision in the Kelantan State Constitution, which previously prohibited elected representatives, from re-contesting within five years of their resignation, the duo have the chance to get a fresh mandate under their new allegiance.

Nothing in the actual wording of Article 49A, the explanatory notes of the bill, the parliamentary special select committee report or the parliamentary debate on the bill as recorded in the parliamentary Hansard can cause the vacancy of the seat of an elected representative for leaving or ceasing to be a member of his or her party after having been elected as a candidate of another party. The same is true for the state-level anti-hopping laws.

As the Speakers of the House of Representatives and the Selangor State Legislative Assembly, Johari Abdul and Lau Weng San should duly inform the Electoral Commission of the five seat vacancies within 21 days from the notice by Bersatu. Any deliberate delay or defiance of the constitutional provision will cause disrepute to their high office and their personal integrity.

On any dispute over the Speakers’ decisions, the judiciary must not abdicate its function and refuse to adjudicate on the implausible grounds of “separation of powers”. If Speakers can arbitrarily make their judgements on such highly political matters, as proven in the Indian legislatures, the anti-hopping laws would be applied very partisanly to be a weapon against rather than a shield of democracy.

Anti-hopping laws are a key component of post-2018 institutional reforms. If the provisions in the Bersatu party constitution are ineffective in causing a seat vacancy in a virtual crossover, similar provisions in the DAP, Amanah and Umno party constitutions would face the same fate. Treacherous acts to selectively disable anti-hopping laws do not just invite a return of the political instability during 2018-2021, but they would also greatly damage citizens’ confidence in and respect for political parties, elected representatives and multi-party democracy.

The Parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Election and Institutional Reform headed by William Leong should proactively study Article 49A to close gaps like the one caused by parties nominating non-members as candidates, as in the case of Gua Musang, Jeli and Nenggiri. Until such gaps are closed, parties should avoid such practices in order not to produce elected representatives who are free from the anti-hopping laws.

Fundamentally, what Malaysia needs is not an anti-hopping law to just curb the symptom of party-hopping (defections), for which it is hard to strike the right balance between curbing rogue parliamentarians and stopping party leaders from turning legislatures into their rubber stamps.

The true solution is building strong programmatic parties that do not rely on patronage and can thus be resilient to party-hopping. Cross-party negotiations are therefore urgently needed to expedite reforms like laws for equal constituency development funds, the separation of the public prosecution function from the Attorney General’s Chambers, and functional confidence mechanisms.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Disokong oleh/Endorsed by:

Civil society groups:
1. The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
2. Bait al-Amanah
3. Engage
4. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
5. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
6. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
7. The Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)

Individuals:
1. Dr Lim Chee Han
2. Maha Balakrishnan

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x