Home Civil Society Voices PBAPP perlu bertindak bersama (Malay/English)

PBAPP perlu bertindak bersama (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) supaya bertindak bersama kerana penduduk Pulau Pinang sedang bersiap sedia bagi menghadapi ketiadaan air yang tidak dijangka kerana saluran paip pecah.

Ia bukan sahaja bagi beberapa kejadian yang berlaku di Sungai Perai tetapi juga bagi paip pecah di kawasan perumahan.

Kami menggesa PBAPP untuk terlibat secara aktif dalam penyelenggaraan pencegahan dan bukannya bertindak terhadap paip pecah secara berperingkat-peringkat.

Kebanyakan paip dan injap berusia lebih daripada 50 tahun dan adalah perlu untuk menukarnya tetapi dilakukan secara sistematik kerana air sebagai komoditi berharga, tidak boleh dibiarkan bocor.

Selain pembaziran air yang boleh diminum, ia juga boleh mengakibatkan hakisan tanah yang membawa kepada kemunculan lubang benam.

Purata jangka hayat sesalur dan paip agihan dianggarkan selama 40 tahun dan injap juga kira-kira jangka hayat yang sama. Oleh itu, jika sesalur dan paip agihan terpaksa ditukar, injap juga perlu ditukar pada masa yang sama atas sebab logistik seperti yang dilakukan PBAPP baru-baru ini.

Tidak ada gunanya pada ketika ini untuk menuding jari kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan untuk meletakkan saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai, tetapi ternyata ia adalah idea yang tidak baik dan ia harus dielakkan pada masa hadapan.

Bagaimanapun, PBAPP telah mengumumkan bahawa paip baharu akan dibina di atas permukaan sungai.

Mempunyai saluran paip di bawah air mempunyai banyak keburukan (melainkan terdapat sebab yang lebih baik yang tidak diketahui oleh kita):

  • Sukar untuk memantau keadaan saluran paip
  • Jika paip pecah (seperti kejadian baru-baru ini), pembaikan amat sukar dilakukan, kerana ia memerlukan peralatan khas dan kemahiran yang berbeza untuk mengendalikan kerja
  • Membalutnya dalam konkrit tidak melindunginya daripada kakisan air jika konkrit itu gagal
READ MORE:  Time to create sponge cities

Kami ingin mengulangi bahawa PBAPP, selain menukar saluran paip utama, perlu juga  mempertimbangkan saluran paip pembahagian yang sudah tua. Ada kalanya penduduk taman perumahan mengadu tekanan air rendah ke rumah mereka disebabkan paip pecah di kawasan mereka.

Usia dan keadaan sedia ada injap dan saluran paip mempunyai banyak perkara untuk diberitahu mengenai keperluan yang amat penting bagi PBAPP untuk terlibat secara aktif dalam penyelenggaraan pencegahan.

Saluran paip sedia ada perlu dipetakan dan diperiksa secara berkala bagi memastikan tiada kebocoran air. Paip yang bocor hendaklah diganti mengikut pelan.

Tarif air Pulau Pinang adalah yang paling rendah di seluruh negara tetapi pengguna tidak seharusnya membazir air hanya kerana ia berpatutan.

Pada 2021, setiap orang di Pulau Pinang menggunakan 305 liter air domestik setiap hari dan ia adalah kali pertama ia mencecah paras 300 liter per kapita sehari sejak 1999. Ini hampir dua kali ganda daripada 158 liter air domestik yang digunakan setiap orang di Singapura setiap hari pada tahun yang sama.

Kami mencadangkan kepada PBAPP untuk memperkenalkan sistem penuaian air hujan kepada bangunan. Ketersediaan sistem seperti itu akan membantu mengurangkan penggunaan air isi rumah bagi tujuan umum serta mengurangkan bil air. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

English version

PBAPP needs to get its act together

Consumers Association of Penang (CAP) urges the Penang Water Supply Corporation (PBAPP) to get its act together because Penangites are bracing themselves for unexpected water cuts because of burst pipelines.

It is not only meant for a series of Sungai Perai incidents but also burst pipes in residential areas.

READ MORE:  Pusat data menelan sumber tenaga dan air yang besar

We urge PBAPP to be actively involved in preventive maintenance rather than responding to burst pipes in a piecemeal fashion.

Many of the pipes and valves are more than 50 years old, and it is necessary to change them – but systematically – because water is a precious commodity and should not be allowed to leak. Besides a wastage of potable water, it can also result in soil erosion leading to the appearance of sinkholes.

The average lifespan of mains and distribution pipes is estimated to be 40 years and the valves are also about the same lifespan. Therefore, if the mains and distribution pipes have to be changed, the valves should also be changed at the same time for logistics reasons, as PBAPP had recently done.

It is pointless at this juncture to point fingers at whoever is responsible for deciding to place the 1,350mm pipeline in Sungai Perai but evidently, it was a bad idea and it should be avoided in the future. Anyway, PBAPP has announced that a new pipe will be built above the river surface.

Having a pipeline underwater has many disadvantages (unless there are better reasons unknown to us):

  • It is difficult to monitor the condition of the pipeline
  • If the pipe bursts (such as in recent incidents), repairs are extremely difficult to carry out, requiring special equipment and a different skill set to handle the job
  • Encasing it in concrete does not protect it from water corrosion if the concrete fails

We wish to reiterate that PBAPP, besides changing the main pipeline, has to consider the ageing distribution pipelines as well. There were occasions when residents of housing estates complained of low water pressure to their houses because of burst pipes in their area. The existing age and condition of the valves and pipelines have much to say about the dire need for PBAPP to actively engage in preventive maintenance.

READ MORE:  LRT project set to worsen Penang Island’s road congestion

The existing pipelines should be mapped and checked periodically to ensure that there are no water leakages. The leaking pipes should be replaced according to a plan.

Penang water tariffs are the lowest in the whole country, but consumers should not waste water just because it is affordable.

In 2021, each person in Penang used an atrocious 305 litres of domestic water per day, and it was the first time it breached the 300 litres per capita per day mark since 1999. This was almost double the 158 litres of domestic water that each person in Singapore used per day in the same year.

We propose to PBAPP to introduce rainwater harvesting systems to buildings. The availability of such systems will help reduce a household’s water consumption for general purposes and reduce water bills. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers Association of Penang

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x