[ENGLISH VERSION BELOW] Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menyuarakan kebimbangan kerana Kementerian Pertanian meneruskan agenda agar Malaysia menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (Upov), walaupun terdapat bantahan meluas daripada para petani dan pertubuhan masyarakat sivil.
Akta Upov 1991 merupakan satu perjanjian antarabangsa yang zalim dan mengancam untuk menyerahkan kawalan sektor benih Malaysia kepada kepentingan komersial asing.
Perjanjian ini akan menyebabkan harga benih menjadi lebih tinggi, meningkatkan risiko biopirasi (pencurian sumber genetik) tempatan, dan menghakis hak-hak petani secara sistematik, termasuk hak orang asal dan komuniti tempatan.
Setiap persidangan parlimen yang akan datang kini menjadi titik penentu yang kritikal – satu detik penting bagi komuniti yang hak-hak mereka diamanahkan kepada Parlimen untuk dijunjung dan dilindungi di bawah Perlembagaan.
Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (Akta PNPV) sedia ada telah mewujudkan keseimbangan yang teliti – ia melindungi hak pembiak baka sambil menjaga kepentingan para petani, orang asal dan komuniti tempatan, kepelbagaian biologi, serta hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Melaksanakan Akta Upov akan menyebabkan undang-undang ini terpaksa dimansuhkan, seterusnya melenyapkan perlindungan penting dan menjejaskan kedaulatan Malaysia.
Langkah ini akan menjejaskan dan bercanggah secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta undang-undang negara yang lain seperti Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Akta Biokeselamatan 2007, Enakmen Biodiversiti Sabah, Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 yang baru dipinda, dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertama, Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup – satu hak yang telah ditafsirkan sebagai merangkumi hak untuk mencari rezeki. Sekatan Upov ke atas amalan tradisi petani untuk menyimpan, menggunakan, bertukar-tukar, dan menjual benih dari hasil tuaian mereka secara langsung mengancam sumber pendapatan komuniti tempatan dan orang asal yang bergantung pada amalan ini untuk mendapatkan benih dan menghasilkan makanan.
Perkara 76(2) Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa sebarang undang-undang yang mengatasi undang-undang dan adat anak negeri di Sabah dan Sarawak memerlukan rundingan dengan kerajaan negeri. Sebagai contoh, di Honduras dan Colombia, mahkamah perlembagaan telah campur tangan dan mengisytiharkan penerimaan Upov 1991 sebagai tidak berperlembagaan.
Kedua, Seksyen 15 Akta PNPV memberi kerajaan budi bicara untuk menolak pemberian hak pembiak baka bagi varieti yang boleh mengancam ketenteraman awam, moral atau alam sekitar. Perlindungan ini adalah selaras dengan undang-undang negara yang lain, seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, yang menyekat penanaman tumbuhan tertentu.
Walau bagaimanapun, penerimaan Upov 1991 akan memerlukan pemansuhan Seksyen 15 kerana ia tidak selari dengan kerangka Upov yang ketat. Memansuhkan Seksyen 15 akan membuka ruang kepada pembiak baka untuk menuntut hak monopoli ke atas varieti tumbuhan yang telah dilarang penanamannya di Malaysia – satu pelanggaran yang keterlaluan terhadap kedaulatan negara dan kepentingan awam.
Ketiga, Seksyen 12 Akta PNPV mengandungi perlindungan penting terhadap biopirasi sumber genetik tempatan, termasuk yang dimiliki oleh orang asal dan komuniti tempatan. Ia menghendaki pembiak baka mendedahkan sumber bahan genetik yang digunakan untuk membangunkan varieti baharu, serta mendapatkan persetujuan termaklum (prior informed consent) daripada orang asal dan komuniti tempatan jika varieti tumbuhan itu dibangunkan daripada varieti tradisional.
Pembiak baka juga perlu menunjukkan pematuhan kepada Akta Access to Biological Resources and Benefit Sharing 2017 (Akta ABS). Pemansuhan peruntukan ini akan membenarkan hak monopoli diberikan walaupun sumber genetik tumbuhan tempatan telah disalahgunakan – ini secara tidak langsung mengesahkan biopirasi dan menjejaskan hak orang asal dan komuniti tempatan.
Perlindungan undang-undang yang serupa juga wujud di bawah Enakmen Biodiversiti Sabah dan Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak, yang turut boleh terjejas.
Tambahan pula, di bawah Seksyen 12 Akta PNPV, pemohon hak pembiak baka tumbuhan mesti menyerahkan dokumen yang menunjukkan pematuhan kepada undang-undang berkaitan organisma terubah suai secara genetik (GMO). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Seksyen 15 memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menolak pemberian hak pembiak baka jika perlu bagi melindungi kesihatan dan alam sekitar.
Walau bagaimanapun, kedua-dua peruntukan ini dianggap tidak selari dengan Upov 1991. Pemansuhan kedua-dua seksyen ini akan mewujudkan percanggahan yang jelas dengan Akta Biokeselamatan, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan buruk GMO terhadap kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
Akta tersebut memerlukan penilaian risiko yang teliti dan kelulusan terlebih dahulu sebelum sebarang GMO boleh dilepaskan ke persekitaran. Tanpa perlindungan dalam Seksyen 12 dan 15, seorang pembiak baka mungkin diberikan hak eksklusif ke atas varieti terubah suai secara genetic – walaupun varieti tersebut mendatangkan risiko serius kepada kesihatan atau alam sekitar.
Cadangan pindaan kepada Akta PNPV untuk menyelaraskannya dengan Upov 1991 akan mewujudkan konflik yang serius dan tidak boleh diterima dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara yang lain.
Namun, kerajaan nampaknya tergesa-gesa untuk meneruskan perubahan ini tanpa rundingan atau justifikasi yang mencukupi. Adalah menjadi prinsip asas bahawa harta intelek tidak sepatutnya diberikan untuk perkara yang eksploitasinya akan melanggar undang-undang atau ketenteraman awam.
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) secara konsisten menekankan bahawa Akta PNPV yang sedia ada sudah menyediakan sistem perlindungan varieti tumbuhan yang seimbang dan berfungsi dengan baik – system yang mengiktiraf hak pembiak baka dan pada masa yang sama hak para petani serta komuniti tempatan, di samping mempunyai perlindungan untuk menjaga kepentingan awam. Oleh itu, tiada keperluan untuk menerima kerangka Upov 1991 yang tegar dan bersifat menyekat.
Semakin ramai pakar kepelbagaian biologi dan sekuriti makanan telah memberi amaran bahawa Upov 1991 tidak sesuai untuk keperluan negara-negara membangun.
Sebaliknya, mereka menyarankan agar sistem alternatif bukan Upov diguna pakai, yang boleh disesuaikan dengan keutamaan dan realiti pertanian negara masing-masing.
Oleh itu, kami menggesa kerajaan dan Parlimen Malaysia agar tidak tunduk kepada tekanan untuk menyertai Upov 1991 dan sebaliknya:
- Mempertahankan Akta PNPV sedia ada di Malaysia dan menghentikan serta-merta semua usaha untuk meminda atau memansuhkannya bagi tujuan penyelarasan dengan UPOV 1991
- Mengadakan rundingan yang bermakna dengan para petani, komuniti orang asal, komuniti tempatan, serta rakyat dan organisasi prihatin, dan semua pihak berkepentingan terutamanya di Sabah dan Sarawak
- Menjunjung norma-norma Perlembagaan Persekutuan, perlindungan sedia ada untuk para petani, dan memenuhi tanggungjawab perjanjian antarabangsa Malaysia di bawah ITPGRFA [International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture] dan instrumen hak asasi manusia yang lain
Kerajaan dan Parlimen mesti bertindak tegas untuk melindungi hak dan sumber pendapatan rakyat, menegakkan hak perlembagaan dan hak asasi manusia, serta mempertahankan warisan pertanian kita untuk generasi kini dan akan datang.
English version
Implementing Upov 1991 violates Constitution
Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) urgently raises the alarm that, despite widespread objections from farmers and civil society organisations, the Ministry of Agriculture continues to push for Malaysia to accede to the 1991 Act of the International Convention for the Protection of New Varieties of Plants (Upov 1991).
Upov 1991 is a draconian international agreement that threatens to hand over control of Malaysia’s seed sector to foreign commercial interests. It will result in higher seed prices, increased risk of biopiracy of local genetic resources, and the systematic erosion of the rights of farmers, including indigenous peoples and local communities.
Every upcoming sitting of Parliament now represents a critical turning point – a moment of reckoning for the very communities whose rights Parliament is constitutionally mandated to uphold and protect.
The existing Protection of New Plant Varieties Act 2004 (PNPV Act) strikes a careful balance – protecting breeders’ rights while also safeguarding farmers, indigenous peoples and local communities, biodiversity, as well as constitutional rights. Implementing Upov 1991 would require dismantling this law, stripping away critical protections and undermining Malaysia’s sovereignty.
It will result in undermining and direct conflict with Malaysia’s Federal Constitution, as well as other national laws such as the Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017, the Biosafety Act 2007, the Sabah Biodiversity Enactment, the newly amended Sarawak Biodiversity Centre Ordinance 1997 and the Dangerous Drugs Act 1952.
First, Article 5 of the Federal Constitution guarantees the right to life – a right that has been interpreted to include the right to livelihood.
Upov’s restrictions on farmers’ customary freedoms to save, use, exchange and sell farm-saved seeds directly threaten the livelihoods of local communities and indigenous peoples who rely on such practices for seed access and food production.
Article 76(2) of the Constitution is also clear that the overriding of native laws and customs in Sabah and Sarawak requires consultation with the state.
Notably, in both Honduras and Colombia, the constitutional court intervened to declare acceptance of Upov 1991 to be unconstitutional.
Second, Section 15 of the PNPV Act gives the government discretion to deny granting breeder’s rights for varieties that may threaten public order, morality or the environment. This safeguard aligns with other national laws, such as the Dangerous Drugs Act, which restricts the cultivation of certain plants.
However, accession to Upov 1991 would require the removal of Section 15, as it is incompatible with Upov’s rigid framework. Removing Section 15 would open the door for breeders to claim monopoly rights over plant varieties that Malaysia has explicitly banned from cultivation – an outrageous violation of national sovereignty and public interest.
Third, Section 12 of the PNPV Act includes critical safeguards against the biopiracy of local genetic resources, including those belonging to indigenous peoples and local communities. It requires breeders to disclose the source of the genetic material used in developing a new variety, obtain the prior informed consent of indigenous people and local communities in cases where the plant variety is developed from traditional varieties, and demonstrate compliance with the Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017.
Removing this provision would allow monopoly rights to be granted even where local plant genetic resources have been misappropriated – effectively legitimising biopiracy and undermining the rights of indigenous peoples and local communities. Similar legal protections also exist under the Sabah Biodiversity Enactment and the Sarawak Biodiversity Centre Ordinance, which could likewise be undermined.
Further under Section 12 of the PNPV Act, applicants for plant breeders’ rights must submit documents demonstrating compliance with laws governing genetically modified organisms (GMOs). As highlighted above, Section 15 gives the authority discretion to refuse the grant of breeders’ rights where necessary to protect health and the environment. However, both provisions are considered inconsistent with Upov 1991.
Their removal will create a clear conflict with the Biosafety Act, which aims to minimise potential adverse effects of GMOs on human, animal and plant health, the environment and biological diversity.
The act requires rigorous risk assessments and prior approval before any GMO can be released into the environment. Without the safeguards in Sections 12 and 15, a breeder may be granted exclusive rights over genetically modified varieties – even if those varieties pose serious risks to health or the environment.
The proposed amendments to the PNPV Act to align it with Upov 1991 would create serious and unacceptable conflicts with the Federal Constitution and other national laws.
Yet, the government appears to be rushing ahead with these changes without adequate consultation or justification. It is also a fundamental principle that intellectual property should not be granted for subject matters whose exploitation would violate the law or contravene public order.
The Malaysian Food Sovereignty Forum (FKMM) has consistently highlighted that the existing PNPV Act already provides a well-balanced and functional plant variety protection system – one that recognises both breeders’ rights and the rights of farmers and local communities and provides safeguards to protect the public interest. There is simply no need to adopt the rigid and restrictive Upov 1991 framework.
A growing number of biodiversity and food security experts have cautioned that Upov 1991 is ill-suited to the needs of developing countries and instead recommend adopting alternative, non-Upov systems that can be tailored to national agricultural priorities and realities.
We thus urge the Malaysian government and Parliament not to bow to pressure to join Upov 1991 and instead to:
- Defend Malaysia’s existing PNPV Act and immediately cease all efforts to amend or repeal the act to bring it in line with Upov 1991
- Engage and consult meaningfully with farmers, indigenous communities, local communities and concerned people and organisations, all stakeholders, especially those in Sabah and Sarawak
- Uphold the Federal Constitution’s constitutional norms and existing protections for farmers, and fulfil Malaysia’s international treaty obligations under the International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture (ITPGRFA) and other human rights instruments
The government and Parliament must act decisively to protect the rights and livelihoods of the people, uphold constitutional and human rights, and defend our agricultural heritage for present and future generations. – FKMM
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

