Home Civil Society Voices Pelepasan Zahid Hamidi: Rakyat perlukan penjelasan

Pelepasan Zahid Hamidi: Rakyat perlukan penjelasan

Zahid Hamidi - WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan bahawa rakyat berhak diberikan penjelasan yang jelas dan tuntas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan (discharge not amounting to acquittal) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan jenayah melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Ikram telah meneliti 11 alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan dan percaya bahawa penjelasan lanjut adalah penting.

Alasan bahawa siasatan yang menyeluruh dan lengkap perlu dilaksanakan terlebih dahulu dalam keadaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 telah pun memutuskan wujudnya kes prima facie adalah sangat membingungkan dan menimbulkan banyak persoalan.

Hal ini berbeza sekiranya pertuduhan tersebut belum diputuskan sebagai prima facie oleh mahkamah lagi.

Ikram berasa bimbang sekiranya penarikan balik kesemua pertuduhan tersebut adalah bermotifkan politik, sekali gus menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti dan komitmen “kerajaan perpaduan” dalam memerangi rasuah.

Ikram juga mengambil berat peringatan daripada Hakim Collin Sequerah yang menegaskan berkenaan pembaziran masa mahkamah dan wang rakyat lebih-lebih lagi apabila seramai 99 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan dan 15 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pembelaan.

Ikram selanjutnya mendesak agak pihak kerajaan perpaduan meneruskan agenda reformasi untuk memisahkan pejabat pendakwa raya negara daripada Pejabat Peguam Negara, meletakkan pejabat pendakwa raya dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia di bawah Parlimen agar ia bebas daripada pengaruh eksekutif dan menggubal akta pendanaan politik dengan kadar segera demi mengelakkan sebarang konflik berkepentingan pada masa hadapan.

Badlishah Sham Baharin adalah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x