Selagi negara di bawah pemerintahan BN-Umno, subsidi yang dimansuhkan tidak akan memanfaatkan rakyat, ulas Koh Swe Yong. Wang itu hanya akan menggemukkan BN-Umno.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak bersetuju bahawa pemansuhan subsidi barangan kawalan seperti gula, tepung, minyak masak, perkhidmatan perubatan awam, pendidikan dan sebagainya tidak akan membebankan rakyat. Rakyat khususnya mereka yang tinggal di bandar mengalami pengalaman pahit dan kesan buruk akibat minyak petrol dinaikkan sebanyak 30 sen seliter dulu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, jika subsidi yang ada sekarang tidak dimansuhkan, dan dengan kadar pertambahan purata hutang negara sebanyak 12 peratus, hutang negara terkumpul semenjak 1997 makin tahun makin naik, dan negara ini akhirnya akan menjadi bankrap seperti Greece pada 2019. Oleh itu, beliau bercadang supaya subsidi dimansuhkan untuk mengelakkan Malaysia daripada menjadi bankrap.
Benarkah negara ini tidak akan bankrap jika subsidi barangan kawalan dan sebagainya dimansuhkan?
Pada pendapat PRM, sama ada subsidi dimansuhkan atau tidak, Malaysia pasti akan menjadi bankrap sekiranya dasar dan pemikiran parti pemerintah BN-Umno tidak berubah.
PRM hendak tanya, harga minyak mentah iaitu petroleum, getah dan minyak kelapa sawit naik sejak tahun 1997, pada masa yang sama nilai hasil sektor pembuatan Malaysia juga bertambah, dalam keadaan pendapatan negara bertambah ini, kenapa hutang negara masih bertambah setiap tahun? Ke manakah wang cukai yang banyak itu pergi? Bukannya semua diguna untuk subsidi barangan kawalan!
Rakyat Malaysia sekarang makin hari makin ramai telah sedar dan faham, punca segala masalah ekonomi dan sosial negara hari ini ialah amalan rasuah, kronisme, pembaziran, rent-seeking, dan penyalahgunaan kuasa yang sudah menjadi budaya dan sebati dengan falsafah hidup BN-Umno, contoh-contohnya sudah diketahui umum, tidak perlu disebut lagi. Punca masalah kita bukan subsidi yang diperuntukkan untuk barangan kawalan dan perkhidmatan asas awam seperti perubatan dan pendidikan. Kesemua amalan buruk inilah merupakan punca pokok yang akan membankrapkan Malaysia.
Jika punca pokok tersebut tidak dibetulkan, pemansuhan subsidi tidak akan menyelamatkan Malaysia daripada bankrap, bahkan Malaysia akan lebih cepat dan awal menjadi negara bankrap, tidak perlulah sampai 2019. BN—Umno telah macam Raja Bersiung, seorang raja yang ketagih akan darah manusia dalam makanannya.
PRM pasti bahawa selagi negara di bawah pemerintahan BN-Umno, subsidi yang dimansuhkan tidak akan memanfaatkan rakyat. Wang itu hanya akan menggemukkan BN-Umno.
Rakyat Malaysia hendak berwaspada supaya tidak terperdaya oleh apa-apa tindakan BN-Umno kononya hendak mendapatkan maklum balas rakyat tentang pemansuhan subsidi.
Koh Swe Yong memegang jawatan setiausaha agong Parti Rakyat Malaysia
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.