Home Civil Society Voices Pembaharuan dalam GLC demi pentadbir urusan yang lebih baik (BM/Eng)

Pembaharuan dalam GLC demi pentadbir urusan yang lebih baik (BM/Eng)

Pushing for reforms: The GLC Reform Cluster is formed

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami ingin mengumumkan pembentukan satu Jawatankuasa Kerja Gabungan Pembaharuan GLC di bawah Gabungan Kumpulan Masyarakat Sivil Untuk Reformasi (CSO Platform for Reform Coalition) yang terdiri daripada 50 organisasi.

Gabungan ini akan bertindak sebagai pengawas (watchdog) untuk memastikan kerajaan bertanggungjawab memegang janji mereka memperbaharui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Latar belakang

Pada April 2018 Dr Mahathir Mohamad, dengan jelas mengatakan bahawa struktur GLC yang sedia ada merupakan satu “raksasa”, dan telah tersimpang dari prinsip penubuhan syarikat sebegini yang sepatutnya meredakan jurang ketaksamaan antara golongan berpendapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah.

GLC juga sepatutnya mempromosikan pembangunan luar bandar dan memupuk keusahawanan dalam sektor sektor baharu.

Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan pentadbir urusan GLC bertaraf dunia. Ia mengenalpasti bahawa ada GLC yang ditadbir urus dengan baik, namun masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Manifesto tersebut juga menyatakan bahawa hakikat di mana rakyat tidak mengetahui jumlah GLC sedia ada dalam negara adalah sesuatu yang “memalukan”.

Terdapat ratusan GLC yang dimiliki kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Terma GLC digunapakai oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), entiti kewangan bertujuan khas (special purpose vehicles atau SPVs), badan badan berkanun, yayasan dan dana pelaburan strategik untuk negara (sovereign wealth funds).

Namun tiada satu pun penguatkuasa, dari kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri yang mempunyai senarai penuh GLCs dan fungsi setiap anak syarikat mereka dalam ekonomi Malaysia. Ini adalah kerana kebanyakan syarikat sebegini tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia; sebaliknya syarikat-syarikat ini ditubuhkan sebagai badan berkanun atau Yayasan.

Kekhuatiran kami

Penyalahgunaan GLC

Kebanyakan GLC beroperasi dalam keadaan yang kurang telus, dimana mereka tidak mendedahkan aktiviti-aktiviti serta prestasi mereka; dan meningkatkan risiko penyalahgunaan syarikat untuk tujuan politik ataupun peribadi. Ini mengakibatkan skandal kewangan berskala besar sepertimana yang dilaporkan baru-baru ini.

GLC yang sepatutnya memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, serta menambahbaik pelaburan untuk negara, telah disalahgunakan sebagai mekanisma untuk menyalur kontrak kepada ahli-ahli politik dan para perniaga yang mempunyai ‘hubungan baik’ dengan kerajaan, manakala pengarah-pengarah mereka pula dibayar dengan gaji yang sangat tinggi.

Kesan daripada penyalahgunaan sebegini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, GLC terlibat dalam pelbagai kontroversi, seperti isu korupsi yang berkait dengan 1MDB, Tabung Haji, Felda-FGV dan Mara.

READ MORE:  MAHB deal: Merging control through public-private partnerships

Penyalahgunaan yang berterusan dan sistemik terhadap GLC

Kami khuatir tentang adanya kekangan terhadap janji kerajaan Pakatan Harapan untuk mereformasikan pentadbir urusan GLC.

Tambahan pula, semasa perhimpunan tahunan Bersatu baru-baru ini, timbalan presiden parti, Abdul Rashid Abdul Rahman, menekankan bahawa parti tersebut harus menggunakan kedudukannya sebagai kerajaan pada hari ini untuk menyalurkan sumber kewangan serta projek-projek kepada ketua-ketua bahagian parti supaya mereka boleh memenangi pilihan raya yang akan datang.

Maka, kami khuatir jika kerajaan kini berterusan mengikuti jejak langkah kerajaan terdahulu yang menyalahgunakan GLC demi kepentingan dan pembiayaan politik.

Seruan kami

Oleh itu, kami menyeru kerajaan Pakatan Harapan supaya bertindak terhadap isu kompleks berkenaan GLC ini secepat yang mungkin dengan membentuk satu jawatankuasa bebas mengikut terma-terma yang berikut:

  • Mengenalpasti dan memetakan kesemua GLC yang terlibat dengan kerajaan persekutuan, dalam apa bentuk sekalipun. Ini termasuklah GLC di bawah bidang kuasa kerajaan negeri
  • Meneliti semua laporan audit GLC dan entiti berkaitan; mengenalpasti dan melaporkan transaksi yang mencurigakan
  • Mengenalpasti transaksi yang sepatutnya dirujuk kepada pasukan forensik kewangan untuk siasatan lanjut, termasuk mengembalikan wang yang telah disalurkan melalui aktiviti korupsi dan aktiviti-aktiviti yang salah di sisi undang-undang.
  • Meneliti semula perundangan tentang bagaimana badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat yang terlibat beroperasi serta menambahbaik undang undang ini. Mencadangkan pindaan terhadap Akta Syarikat untuk memastikan semua GLC, jika ditakrifkan sedemikian, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Mencadangkan cara terbaik GLC diselaraskan, juga memastikan penguatkuasaan terhadap akauntabiliti dan pendedahan terhadap operasi mereka.
  • Memastikan polisi-polisi, apabila diimplimentasikan, tidak disalahgunakan sebagai satu alasan untuk menyalurkan sumber negara kepada ahli-ahli parti pemerintah dan perniagaan-perniagaan yang terlibat dengannya.
  • Menyatakan cara terbaik jawatankuasa khas parlimen boleh berfungsi untuk mengawas operasi GLCs.

Siaran dikeluarkan oleh

Jawatankuasa Kerja Gabungan Pembaharuan GLC:

  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • National Human Rights Society (Hakam)
  • G25
  • Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center)
  • Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
  • Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas)
  • Global Bersih
  • Gabungan Pembebasan Akademik
  • Aliran

English version

Reforming GLCs for better governance

We would like to announce the recent formation of the GLC Reform Cluster within the larger CSO Platform for Reform Coalition, consisting of 50 NGOs. This cluster aims to act as a watchdog to keep the government accountable to their pledge of reforming the government-linked companies (GLCs).

READ MORE:  Time to audit government-linked firms

Background

In April 2018 Dr Mahathir Mohamad said that GLCs had grown to become “monsters” and were not serving the purpose for which they were originally intended, including alleviating the disparity between the rich and the poor.

GLCs were also meant to promote rural development and cultivate entrepreneurial companies in new sectors.

The Pakatan Harapan manifesto promised to make the governance of GLCs “world class”. It recognised that some GLCs are governed well; it, however, pointed out that there are still too many weaknesses. The manifesto also stated that it was “embarrassing” that we do not even know how many GLCs exist in this country.

There are hundreds of GLCs, owned by both the federal and state governments. What is broadly termed as GLCs include government-linked investment companies, special purpose vehicles, statutory bodies, foundations and sovereign wealth funds.

Unfortunately, no single authority, including the federal and state governments, has a comprehensive list on how many GLCs function in the Malaysian economy. This is because many of these entities do not need to be registered with the Companies Commission of Malaysia as they are set up as statutory bodies or as foundations.

Our concerns

Abuse of GLCs

As many GLCs operate in an opaque manner, where they do not publicly disclose their activities and their performance metrics, this leaves them open to abuse.

Indeed, large scale financial scandals have recently been discovered in some of these entities. Instead of providing services to the rakyat, and securing our collective future as a nation, GLCs have been exploited as patronage mechanisms to channel contracts to politicians and well-connected businesses. Some directors are also paid unjustifiably high salaries.

As a result of such abuse, under Barisan Nasional, GLCs were enmeshed in numerous controversies, such as those associated with 1MDB, Tabung Haji, Felda-FGV and MARA.

Systemic perpetuation of abuse of GLCs

READ MORE:  Government-linked companies: Transparency and accountability

We are concerned at the slow progress regarding GLC reform since Pakatan Harapan came to power, despite the promises that were made.

Alarmingly, at the recent annual assembly of Bersatu, its vice-president, Abdul Rashid Abdul Rahman, stressed that the party should use its position as the government of the day to channel resources and projects to division chiefs so that they could win elections.

We are very concerned that the current administration will not effectively reform the practice of abusing the GLCs for political gain and financing.

Our call

Therefore, we urge the Pakatan Harapan government to deal with the complex issue of GLCs by immediately forming an independent task force with the following terms of reference:

  • To identify and map out all federal-linked GLCs, in whatever form. This would include GLCs under the control of all state governments.
  • To scrutinise the audited reports of the GLCs and related entities and identify and disclose potentially suspicious transactions.
  • To identify transactions that should be referred to a financial forensic team for further investigation, as well as recover monies obtained through corruption and other illegal measures.
  • To scrutinise all legislation created to determine how statutory bodies and their companies should operate and if thought necessary, to update these laws. To propose amendments to the Companies Act to ensure all GLCs register with the Companies Commission of Malaysia.
  • To propose how these GLCs can be better coordinated, as well as to ensure mechanisms to enforce accountability and disclosure of their activities.
  • To ensure that policies, when implemented, are not utilised as an excuse to channel resources to members of ruling political parties and well-connected businesses.
  • To determine how best the parliamentary standing and select committees should provide oversight functions on the operations of the GLCs.

Statement issued by

The GLC Reform Cluster:

  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  • National Human Rights Society (Hakam)
  • G25
  • Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center)
  • Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
  • Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas)
  • Global Bersih
  • Gabungan Pembebasan Akademik
  • Aliran
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x