[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia berisiko kehilangan pembiayaan hutan berjumlah berbilion ringgit, amaran daripada Greenpeace Malaysia disertai satu gabungan organisasi-organisasi sivil semasa perarakan aman ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum tuntutan untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Memorandum yang diserahkan menjelang Hari Masyarakat Orang Asal Sedunia (9 Ogos), menggesa komitmen yang berani dalam RMK13, dengan menggariskan lima langkah tindakan untuk menutup jurang dasar dalam tadbir urus hutan, dan menjamin hak masyarakat Orang Asli dan Asal.
Tanpa reformasi ini, Malaysia berisiko menggagalkan peluang untuk mendapatkan pembiayaan iklim jangka panjang antarabangsa di bawah mekanisme Tropical Forest Forever Facility (TFFF), yang dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi semasa sidang kemuncak iklim COP30 pada November ini.
Lima tuntutan utama:
- Peta hutan bersepadu dan daftar hutan dilindungi yang dipersetujui oleh semua negeri
- Hab pemantauan hutan kebangsaan berasaskan satelit yang boleh diakses oleh masyarakat sivil
- Dana akses terus untuk masyarakat Orang Asli dan Asal, dan komuniti tempatan
- Mekanisme pemantauan pembiayaan hutan yang telus di bawah struktur kerajaan sedia ada
- Komitmen awam yang jelas untuk Malaysia menyertai TFFF
Kelima-lima tuntutan ini sejajar dengan tiga tonggak utama RMK13, iaitu tadbir urus yang baik, daya tahan ekonomi melalui kepelbagaian, serta pembangunan inklusif dan responsif.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perarakan dari Taman Tugu ke Parlimen melambangkan seruan lebih besar untuk keadilan, pengiktirafan dan akauntabiliti terhadap krisis iklim.
Komuniti Orang Asli dan Asal, yang telah lama mempertahankan hutan Malaysia, masih diketepikan daripada proses pembangunan dasar nasional, walaupun mereka berada di barisan hadapan dalam usaha pemuliharaan hutan.
Antara Ahli Parlimen dan menteri yang menerima memorandum termasuk Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin, wakil Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, serta wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Greenpeace Malaysia juga dijadualkan bertemu pemangku menteri NRES dan Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani untuk menyerahkan memorandum ini.
Juru kempen kanan Greenpeace Malaysia, Tharma Pillai berkata: “Ini bukan sekadar soal mendapatkan pembiayaan. Ini adalah tentang membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju iklim yang melindungi hutan serta barisan hadapan yang telah menjaganya sejak turun-temurun.
“Dengan COP30 yang semakin hampir, RMK13 merupakan peluang untuk menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi, tanggungjawab alam sekitar dan penyertaan masyarakat Orang Asal boleh bergerak seiring – asalkan disokong oleh akauntabiliti dan ketelusan yang sebenar dalam tadbir urus hutan.”
Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam – Kuasa Perak, Siti Hawa Abd Wahid berkata: “Kebimbangan utama dalam usaha pemuliharaan ialah kita tidak mempunyai pembiayaan yang mencukupi untuk melindungi hutan dan barisan hadapan kita.
“Tetapi peluang di luar sana memang banyak. Apa yang kita perlukan ialah sebuah kerajaan yang proaktif dalam mencari pembiayaan. Kita sendiri juga perlu bersikap proaktif.”
Aktivis dan seniman Orang Asli Temuan Shaq Koyok berkata: “Sebagai wakil masyarakat Orang Asli, saya ingin menegaskan bahawa kami memerlukan sokongan kewangan yang bermakna untuk melindungi hutan kami.
“Kita perlu menubuhkan badan-badan bebas yang boleh menyumbang kepada pemantauan hutan, dan kita perlukan pembiayaan jangka panjang yang kukuh supaya kerja-kerja kami menjadi lebih berkesan. Sokongan yang nyata dan langsung amat penting, bukan sekadar janji jika kita benar-benar serius mahu melindungi hutan yang menjadi sumber kehidupan kami.”
Organisasi masyarakat sivil yang terlibat dalam penyerahan memorandum ini ialah Greenpeace Malaysia, Save Rivers, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), RimbaWatch, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi), Kolektif Iklim, Parti Sosialis Malaysia, Youths United For Earth (YUFE), dan The Artivist Network.
English version
Civil society groups demand real funding, real protection and real accountability for forests in 13th Malaysia Plan
Malaysia stands to lose potentially billions in forest finance, a coalition of civil society organisations led by Greenpeace Malaysia warned during a peaceful march to Parliament to deliver a memorandum of demands for the 13th Malaysia Plan.
The memorandum delivered ahead of International Indigenous Peoples Day on 9 August calls for bold commitments in the plan, outlining five actionable steps to urgently close policy gaps in forest governance and uphold Indigenous rights.
Without these reforms, Malaysia could risk jeopardising its chances of accessing long-term international climate funding under the Tropical Forest Forever Facility (TFFF) mechanism, set to officially launch at the COP30 climate summit this November.
Five key demands:
- A unified forest map and protected forest registry agreed to by all states
- A satellite-based national forest monitoring hub with civil society access
- A direct access fund for Indigenous peoples and local communities
- A transparent oversight mechanism for forest finance under existing government structures
- A clear public commitment for Malaysia to join the TFFF
These five demands align the three foundational pillars guiding the 13th Malaysia Plan, namely good governance, economic resilience through diversification, as well as inclusive and responsive development.
The march from Taman Tugu to Parliament, symbolises a broader call for justice, recognition and climate accountability.
Indigenous communities, who have long defended Malaysia’s forests, remain largely excluded from national policymaking, despite being on the frontlines of conservation.
Among the MPs and ministers who received the memorandum were Bakri MP Tan Hong Pin, Masjid Tanah MP Mas Ermieyati Samsudin’s representative, and a representative from the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES).
Greenpeace Malaysia was also scheduled to meet the acting NRES minister and Plantation Industries and Commodities Minister Johari Abdul Ghani to hand over the memorandum.
Greenpeace Malaysia forest finance senior campaign consultant Tharma Pillai said: “This is not just about securing funding. It is about demonstrating Malaysia’s credibility as a climate leader that protects forests and the frontliners who have safeguarded them for generations.
“With COP30 approaching, RMK13 is an opportunity to show that economic development, environmental responsibility and Indigenous inclusion can go hand in hand, when backed by real accountability and transparency in forest governance.”
Persatuan Aktivis Sahabat Alam-Kuasa Perak president Siti Hawa Abd Wahid said: “The concern with conservation is we don’t have enough funding to protect forests and our forest frontliners, but there are plenty of opportunities out there, what we need is a proactive government looking for funding – we need to be proactive.”
Temuan Orang Asli activist and artist Shaq Koyok said: “As a representative of the Indigenous community, I want to stress that we need meaningful financial support to protect our forests.
“We need to establish independent bodies that can contribute to forest monitoring, and we need secure, long-term funding that makes our work more efficient. Tangible, direct support is essential – not just promises – if we are serious about protecting the forests we depend on.”
Participating civil society groups for the memorandum handover were Greenpeace Malaysia, Save Rivers, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), RimbaWatch, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi), Kolektif Iklim, Parti Sosialis Malaysia, Youths United For Earth (YUFE) and The Artivist Network.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

