Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mengecam tindakan polis menahan aktivis mahasiswa University of Malaysia Association of New Youth (Umany), Wong Yan Ke, hanya kerana tindakan beliau merakam anggota polis yang sedang menggeledah kediaman beliau.
Polis mendakwa atas sebab Wong merakam anggotanya yang sedang menggeledah rumah beliau, polis terpaksa menahan Wong dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Edict menegaskan bahawa tindakan merakam video anggota polis yang sedang bertugas adalah bukan satu jenayah.
Pihak polis sendiri telah bersetuju dengan penggunaan kamera badan bagi merekodkan aktiviti anggota mereka ketika bertugas. Perkara ini telah disebut oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataannya yang bertarikh 20 September 2019. Beliau turut menyatakan tindakan merekod aktiviti anggota polis itu dapat membantu mengurangkan penyelewengan dalam tugasan anggotanya (lihat pautan).
Sekiranya anggota polis berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah undang-undang, mengapa pihak polis bimbang dengan tindakan orang awam yang merekodkan video anggota mereka?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Edict juga difahamkan pihak polis akan membawa Wong ke mahkamah untuk permohonan reman. Apakah keperluan pihak polis untuk menahan reman Wong? Bukankah cukup sekadar mengambil keterangan di balai polis?
Edict menggesa polis agar segera membebaskan Wong.
Edict juga melihat tindakan menahan orang awam hanya kerana satu kesalahan ringan di musim pandemik ini hanya akan menambahkan lagi risiko penularan virus korona.
Tindakan polis memohon perintah reman ke atas Wong jelas satu tindakan yang tidak munasabah berlandaskan keadaan semasa pandemik ini.
Edict ingin mengulangi gesaan terhadap polis bahawa tindakan menahan reman aktivis mahasiswa tersebut jelas tiada asas dan tidak ada sebarang keperluan.
8 November 2020
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme