Home Civil Society Voices Pendedahan ketua polis tentang penglibatan JIPS dalam kartel jenayah bukti kerajaan perlu...

Pendedahan ketua polis tentang penglibatan JIPS dalam kartel jenayah bukti kerajaan perlu bertindak segera

Tindakan segera, serius dan tegas perlu diambil bagi memastikan imej dan integiriti polis terjaga

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pendedahan ketua polis negara pada 15 April mengenai penglibatan pegawai-pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) polis dalam bersekongkol dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat dengan jenayah dan salahlaku bukanlah satu perkara yang mengejutkan buat kami.

Peguam dari Eliiminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) yang telah mengendalikan banyak kes berkaitan kematian dan penderaan dalam tahanan yang berpunca dari tindakan dan salah laku anggota polis, telah menyaksikan bagaimana para anggota yang terlibat langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh JIPS, malah ada sebahagian daripada mereka ditawarkan kenaikan pangkat setelah menyebabkan kematian tahanan.

Berdasarkan laporan berita Free Malaysia Today “IGP turns guns on his own integrity dept over cover-ups”, Hamid Bador menyatakan sebahagian pegawai JIPS telah “melepaskan” anggota-anggota yang telah disiasat oleh JIPS daripada dikenakan tindakan seperti didakwa di mahkamah atau ditukar tempat kerja.

Ini menjadi sebab yang paling kuat mengapa kita memerlukan sebuah badan bebas seperti suruhanjaya bebas aduan salah laku polis (IPCMC) yang dianggotai oleh mereka yang terdiri dari kalangan bukan anggota polis untuk menyiasat dan mendakwa anggota polis yang terlibat dalam jenayah.

Penubuhan IPCMC ini sudah berulang kali digesa oleh Edict dan pertubuhan hak asasi manusia yang lain kepada kerajaan, namun sejak draf rang undang-undang IPCMC tersebut digubal pada tahun 2005, kerajaan langsung tidak berusaha untuk menjadikan ia realiti.

Lebih mengecewakan, pada zaman kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, Rang Undang-Undang IPCMC 2005 itu cuba digubal dan dipinda untuk menjadi sebuah institusi yang tidak bertaring dan tidak diberi kuasa untuk mendakwa anggota yang terlibat dengan jenayah.

Edict ingin mengingatkan kerajaan, usah dibiarkan lagi barah dalam pasukan polis ini melarat. Tindakan segera, serius dan tegas perlu diambil bagi memastikan imej dan integiriti polis terjaga. Sekiranya polis mula dikuasai para penjenayah dan kongsi gelap, maka ini akan melumpuhkan institusi keselamatan dan mengancam kedaulatan negara. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x