Home Civil Society Voices Penduduk bantah projek tambak Karpal Singh/Residents reject Karpal Singh reclamation project

Penduduk bantah projek tambak Karpal Singh/Residents reject Karpal Singh reclamation project

Penduduk Bandar Sri Pinang menyerahkan memorandum mendesak penolakan projek penambakan dan kitar semula sisa yang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan awam dan ekosistem marin

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Penduduk Bandar Sri Pinang dan kawasan kejiranan sekitarnya, bersama jawatankuasa bertindak Protect Karpal Singh Drive (ProtectKarpal), telah menyerahkan satu memorandum rasmi kepada ketua menteri Pulau Pinang dan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Memorandum ini mendesak penolakan cadangan projek penambakan dan kitar semula sisa tapak pelupusan di perairan hadapan Persiaran Karpal Singh. Ia diserahkan selepas satu himpunan aman di luar pintu masuk utama dewan negeri.

Penduduk, keluarga dan para penyokong berhimpun untuk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap projek itu. Projek itu dipercayai akan membawa kesan serius dan jangka panjang kepada kesihatan awam, ekosistem laut yang berkait dengan Middle Bank, serta identiti Persiaran Karpal Singh sebagai satu ruang awam yang bermakna.

“Kami berada di sini kerana projek ini akan memusnahkan pantai dan komuniti kami sepanjang 20 hingga 30 tahun akan datang,” kata Dr K Ganesh, jurucakap ProtectKarpal.

“Kami tidak menentang pemulihan tapak pelupusan Jelutong yang dilakukan secara betul dan selamat. Apa yang kami tolak ialah penggunaan keperluan pemulihan itu sebagai alasan untuk penambakan baharu dan menjadikan depan rumah kami satu zon kitar semula terbuka berskala industri yang bising dan tercemar, betul-betul di hadapan rumah kami dan sekolah anak-anak kami.”

Penduduk berhujah bahawa projek yang menggabungkan penambakan laut dengan pengorekan sisa terbuka dan kitar semula sisa tapak pelupusan lama ini akan membawa risiko yang tidak boleh diterima ke atas:

  • Kesihatan awam, khususnya kanak-kanak dan warga emas, akibat habuk, bunyi bising dan kemungkinan pelepasan gas beracun daripada bahan tapak pelupusan yang diganggu
  • Ekosistem pesisir dan marin yang berkait dengan Middle Bank, yang telah dikenal pasti oleh para saintis sebagai kawasan penting bagi rumpai laut (seagrass) dan habitat ikan
  • Kualiti hidup dan keselamatan kejiranan, berikutan jangkaan peningkatan trafik berat, aktiviti pembinaan dan kesesakan jangka panjang
  • Legasi simbolik Persiaran Karpal Singh, yang dinamakan sempena mendiang Karpal Singh, sebagai ruang awam untuk rekreasi dan kehidupan komuniti
READ MORE:  Karpal Singh Drive: Laut yang hilang, suara yang tenggelam

“Persiaran Karpal Singh bukan sekadar sebidang hartanah di atas pelan,” tambah Ganesh, yang juga seorang bapa dan penduduk lama. “Di sinilah anak-anak kita bermain, keluarga bersiar-siar dan perniagaan kecil berniaga.

“Jika penambakan ini diteruskan, anak-anak kita akan membesar dengan menghidu bukannya angin laut, tetapi gas beracun dan debu pembinaan,.”

Tuntutan utama

Dalam memorandum tersebut, penduduk dan ProtectKarpal menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang dan pihak pembangkang supaya:

  • Menolak cadangan projek penambakan dan kitar semula sisa tapak pelupusan secara terbuka di perairan hadapan Persiaran Karpal Singh dan di koridor saluran dalam Middle Bank
  • Mengguna pakai pendekatan selamat pemulihan tanpa penambakan (rehabilitation without reclamation), dengan menghadkan kerja pemulihan tapak pelupusan dalam kawasan tapak pelupusan Jelutong sedia ada, serta menggunakan langkah perlindungan alam sekitar dan kesihatan berasaskan amalan terbaik
  • Memperkukuh perlindungan Middle Bank, dengan bergerak ke arah pengiktirafan undang-undang sebagai kawasan pemuliharaan taman laut
  • Memastikan proses membuat keputusan yang telus dan berasaskan sains – termasuk pendedahan penuh kepada orang awam ke atas kajian teknikal seperti laporan penilaian kesan alam sekitar yang disemak semula dan penilaian kesan kesihatan (health impact assessment) – serta libat urus yang bermakna dengan penduduk, komuniti nelayan, sekolah dan perniagaan kecil sebelum sebarang projek pesisir utama diluluskan

Penduduk menegaskan bahawa ini bukan isu kepartian, tetapi satu soal kepentingan awam, keadilan alam sekitar dan tanggungjawab antara generasi.

“Kami merayu kepada kerajaan dan pembangkang untuk berdiri bersama rakyat dalam isu ini,” kata Dr K Ganesh. “Apa pun perbezaan politik kita, kita semua bergantung kepada udara yang bersih, kejiranan yang selamat dan alam sekitar yang dipelihara.

“Apabila laut sudah dipenuhi bahan buangan yang dikitar semula dan ekosistemnya rosak, bukan mudah untuk kita berpatah balik.”

ProtectKarpal dan para penduduk telah memohon maklum balas rasmi daripada pimpinan negeri dan berikrar untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa, pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai berhubung isu ini. — ProtectKarpal

READ MORE:  Promised a park. Got something else. Karpal Singh Drive scammed

English version

Reject reclamation off Karpal Singh Drive – residents

Residents of Bandar Sri Pinang and the surrounding neighbourhoods, together with the Protect Karpal Singh Drive action committee (ProtectKarpal), recently submitted a formal memorandum to both the Penang chief minister and the opposition leader at the Penang Legislative Assembly.

The memorandum called for the rejection of the proposed reclamation and landfill recycling project off Karpal Singh Drive. It was handed over following a peaceful gathering outside the main entrance of the assembly.

Residents, families and supporters stood together to voice their concerns over a project they believe will have serious and long-term impacts on public health, the coastal ecosystem linked to Middle Bank, and the identity of Karpal Singh Drive as a meaningful public space.

“We are here because this project will destroy our coastline and our community for the next 20 to 30 years,” said Dr K Ganesh, the spokesperson for ProtectKarpal.

“We are not against proper rehabilitation of the Jelutong landfill. What we reject is using that as a pretext for new reclamation and turning our seafront into a noisy, polluted, open-air, industrial scale recycling zone right in front of our homes and our children’s school.”

Residents argue that the project, which combines land reclamation with open-air excavation and recycling of old landfill waste, poses unacceptable risks to:

  • Public health, especially children and the elderly, due to dust, noise and potential emissions of toxic gases from disturbed landfill materials
  • The coastal and marine ecosystem connected to Middle Bank, which scientists have identified as an important seagrass and fish habitat area
  • The liveability and safety of the neighbourhood, given expected increases in heavy traffic, construction activity and long-term urban congestion
  • The symbolic legacy of Karpal Singh Drive, named after the late Karpal Singh, as a people’s space for recreation and community life
READ MORE:  Middle Bank: Janji 'bermain' di mulut, undang-undang jadi penentu

“Karpal Singh Drive is not just a piece of real estate on a drawing board. It is where our children play, where families walk, where small businesses survive,” added Ganesh, who is also a parent and long-time resident.

“If this reclamation goes ahead, our kids will grow up breathing toxic gases, construction dust instead of sea breeze.”

Key demands

In the memorandum, residents and ProtectKarpal urge the Penang state government and the opposition to:

  • Reject the proposed reclamation and open-air landfill recycling project off Karpal Singh Drive and in the Middle Bank deep-channel corridor
  • Adopt a safe rehabilitation-without-reclamation approach, by containing landfill rehabilitation within the existing Jelutong landfill footprint, using best-practice environmental and health safeguards
  • Strengthen protection for Middle Bank, moving towards legal recognition as a marine conservation area
  • Ensure transparent, science-based decision-making – including full public disclosure of technical studies such as the revised environmental impact assessment and health impact assessment – and meaningful engagement with residents, fisherfolk, schools and small businesses before any major coastal project is approved

The residents stress that this is not a partisan issue, but a matter of public interest, environmental justice and intergenerational responsibility.

“We are appealing to both the government and the opposition to stand with the people on this,” said Dr K Ganesh. “Whatever our political differences, we all depend on clean air, a safe neighbourhood and a sustainable environment.

“Once the sea is filled with recycled waste and the ecosystem is damaged, there is no easy way back.”

ProtectKarpal and residents have requested a formal response from the state leadership and have pledged to continue engaging the authorities, civil society groups and the wider public on this issue. – Protect Karpal Singh Drive Action Committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x