Home Civil Society Voices Penebatan banjir kilat: Perancangan bandar perlu ditambahbaik (Malay/English)

Penebatan banjir kilat: Perancangan bandar perlu ditambahbaik (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Banjir kilat di Putrajaya pada 8 Disember disebabkan oleh hujan lebat selama satu jam sehingga menyebabkan air Sungai Anak Gajah melimpah telah mengakibatkan kerosakan besar dengan 20 kenderaan tenggelam.

Insiden ini menonjolkan keperluan mendesak untuk meningkatkan langkah-langkah penebatan banjir dan infrastruktur bandar terhadap cabaran akibat perubahan iklim.

Walaupun Putrajaya terkenal sebagai bandar yang dirancang dengan teliti dengan kawasan hijau yang luas dan sistem saliran yang sistematik, hujan lebat selama satu jam telah menyebabkan banjir teruk.

Ini menimbulkan persoalan kritikal mengenai keberkesanan perancangan bandar dan infrastruktur semasa untuk menangani cuaca ekstrem.

Data terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan bahawa intensiti hujan telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh lima tahun lalu akibat pemanasan global dan perubahan iklim.

Kenaikan suhu laut mempercepatkan proses penyejatan, menghasilkan hujan lebat dalam jangka masa pendek yang membawa kesan buruk kepada kawasan bandar.

Namun, hujan lebat bukanlah satu-satunya punca banjir kilat di kawasan bandar. Faktor penyumbang lain termasuk:

  • Pembandaran tidak terkawal – Pembangunan pesat dengan konkrit menggantikan permukaan semula jadi yang dapat menyerap air, yang seterusnya  membebankan sistem saliran
  • Isu pengurusan sisa – Pembuangan sisa yang tidak terkawal menyebabkan longkang tersumbat, meningkatkan banjir di kawasan perumahan dan komersial.
  • Infrastruktur lama – Sistem saliran yang usang tidak memadai untuk menangani peningkatan jumlah hujan, memburukkan lagi risiko banjir
  • Penebangan hutan dan kehilangan tumbuhan – Penebangan pokok mengurangkan pengekalan air, mempercepatkan aliran air ke kawasan bandar
  • Kehilangan laluan air semula jadi – Pencerobohan kawasan sungai dan alur air mengurangkan kapasiti badan air tersebut untuk membawa lebihan air hujan dan sering mengalihkan air ke kawasan bandar

Putrajaya, dengan infrastruktur hijaunya seperti Tasik Putrajaya buatan seluas 600 hektar, sepatutnya menjadi model keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam sekitar.

READ MORE:  International cross-border response to Typhoon Yagi urgently needed

Namun, pembangunan bandar yang tidak terkawal dan pengurusan sisa yang tidak sempurna telah membebankan sistem ini, menjadikan bandar ini semakin rentan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan segera dari semua pihak berkepentingan, termasuk pihak berkuasa tempatan, perancang bandar dan masyarakat awam untuk menangani banjir kilat.

Pendekatan holistik adalah penting:

  • Memperkukuhkan perancangan bandar – Utamakan pembangunan mampan dengan mengintegrasikan kawasan lapang dan infrastruktur hijau seperti bumbung hijau dan permukaan boleh telap untuk menyerap lebihan air hujan
  • Pengurusan sisa lebih baik – Laksanakan amalan pengurusan sisa yang lebih baik dan tingkatkan kesedaran awam mengenai akibat pembuangan sampah yang tidak terkawal terhadap sistem saliran.
  • Menaik taraf sistem saliran – Tambahbaik sistem saliran dan selenggara infrastruktur saliran secara berkala untuk menguruskan peningkatan jumlah air dengan berkesan serta membersihkan longkang yang tersumbat
  • Pemulihan laluan air semula jadi – Mengelakkan pencerobohan di dataran banjir semula jadi dan rizab sungai dan memulihkan sungai serta alur air untuk meningkatkan keupayaan mereka menguruskan air berlebihan
  • Program penghutanan semula dan penanaman pokok – Lindungi hutan dan kawasan lapang hijau yang sedia ada berhampiran bandar. Menanam pokok dan mewujudkan kawasan hijau bandar untuk meningkatkan penyerapan air.

Dasar teknologi hijau negara (2009) menyediakan asas bagi tujuan ini, tetapi pelaksanaannya perlu diperluas untuk merangkumi lebih banyak kawasan bandar dan menangani cabaran pembandaran dan perubahan iklim.

Banjir kilat bukan lagi insiden terpencil tetapi amaran tentang perubahan iklim yang tidak boleh kita abaikan lagi. Tindakan tegas adalah penting untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya.

Kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti adalah penting untuk membina bandar yang berdaya tahan dan mampu menahan kesan perubahan iklim. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

English version

Mitigating flash floods: Better urban planning needed

READ MORE:  The LA fires are exposing the predatory nature of for-profit insurance

The flash flood in Putrajaya on 8 December, caused by an hour of heavy rain that led to water rising in the Anak Gajah River, resulted in significant damage, with 20 vehicles submerged.

This incident highlights the urgent need to enhance flood mitigation measures and urban infrastructure against climate-induced challenges.

Despite Putrajaya’s reputation as a meticulously planned city with extensive green spaces and a systematic drainage system, an hour-long downpour led to severe flooding.

This raises critical questions about the adequacy of current urban planning and infrastructure to handle extreme weather.

Recent data from the Malaysian Meteorological Department indicates that rainfall intensity has surged by 40% over the past five years due to global warming and climate change.

Rising sea temperatures accelerate evaporation, leading to intense, short-duration rainfall with devastating consequences for urban areas.

However, heavy rainfall is not the sole contributor to urban flash floods. Other contributing factors include:

  • Uncontrolled urbanisation – Rapid development replaces natural permeable surfaces with concrete, preventing water absorption and overloading drainage systems
  • Waste management issues – Improper waste disposal has led to clogged drains, intensifying flooding in residential and commercial areas
  • Ageing infrastructure – Outdated drainage systems are inadequate to handle the increased volume of rainfall, worsening the risk of flooding
  • Deforestation and vegetation loss – The removal of trees reduces water retention, accelerating runoff into urban areas.
  • Loss of natural waterways – Encroachment on rivers and streams reduces their capacity to carry excess rainwater, often diverting water to urban areas

Putrajaya, with its significant green infrastructure, such as the 600-hectare man-made Putrajaya Lake, should serve as a model for balancing development and environmental sustainability.

READ MORE:  Flooding in southern Thailand kills nine, displaces thousands more

However, urban sprawl and inadequate waste management have strained these systems, leaving the city increasingly vulnerable.

The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges immediate action from all stakeholders, including local authorities, urban planners and the public to address the root causes of flash floods. A holistic approach is crucial:

  • Strengthening urban planning – Prioritise sustainable development by integrating green spaces and infrastructure, such as green roofs and permeable pavements, to absorb excess rainwater
  • Enhanced waste management – Implement stricter waste management practices and raise public awareness about the consequences of improper waste disposal on drainage systems
  • Upgrading drainage systems – Improve and regularly maintain drainage infrastructure to manage increased water volumes effectively and clear blocked drains
  • Restoration of natural waterways – Prevent encroachment on natural flood plains, river reserves and rehabilitate rivers and streams to improve their capacity to manage excess water
  • Reforestation and vegetation programmes – Protect existing forests and vegetated areas near cities. Plant trees and create urban green spaces to increase water retention

The national green technology policy (2009) provides a foundation, but its implementation must expand to encompass more urban areas and address the challenges presented by urbanisation and climate change.

Flash floods are no longer isolated incidents but warnings of a changing climate that we can no longer ignore.

Decisive action is imperative to prevent further damage. Collaborative efforts between the government, private sector and communities are essential to building resilient cities capable of withstanding the effects of climate change. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x