[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, NGO-NGO yang tersenarai di bawah, mengambil perhatian bahawa kerajaan telah memberi pengecualian kepada beberapa firma luar negara yang kebanyakannya adalah dari Amerika Syarikat, daripada mematuhi Akta Keselamatan Siber 2024.
Kami juga difahamkan bahawa firma-firma tempatan, termasuk syarikat telekom negara, tidak mendapat pengecualian dan diwajibkan mematuhi akta tersebut.
Pengecualian daripada Akta Keselamatan Siber bererti firma-firma tersebut tidak tertakluk kepada kewajipan undang-undang yang dikenakan ke atas syarikat tempatan.
Mereka tidak perlu melaporkan sebarang serangan atau kebocoran data, tidak diwajibkan menjalani audit keselamatan siber, dan tidak tertakluk kepada penguatkuasaan atau penalti di bawah akta tersebut.
Dalam erti kata yang lain, mereka bebas daripada kawalan serta tanggungjawab undang-undang yang tetap dikenakan ke atas syarikat lain.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Malah menurut beberapa sumber media, di bawah negosiasi tarif dengan pentadbiran Presiden Donald Trump, syarikat teknologi AS juga dikecualikan daripada cukai digital dan Universal Service Provision Fund, manakala cukai tersebut masih tetap dikenakan kepada syarikat tempatan.
Pengecualian ini pastinya membuka ruang yang sangat luas kepada ancaman keselamatan nasional dan keselamatan data-data kerajaan dalam negara, memandangkan ada daripada kalangan firma-firma tersebut telah diberikan kontrak oleh kerajaan untuk mengendalikan data-data milik negara.
Apa yang lebih mengecewakan ialah kebanyakan syarikat yang mendapat pengecualian ini seperti Amazon Web Services, Google dan Microsoft adalah termasuk di dalam senarai firma yang membantu Israel dalam melakukan jenayah genosid terhadap warga Palestin di Gaza.
Syarikat-syarikat tersebut telah terlibat secara langsung dalam jenayah berkenaan kerana membekalkan pelbagai perkhidmatan kepada tentera Israel.
Perkara ini telah disahkan oleh satu laporan yang diterbitkan oleh Francesca Albanese, pelapor PBB (UN special rapporteur) di wilayah Palestin yang diduduki oleh Israel pada bulan Julai 2025 yang bertajuk The Economy of Genocide.
Ekoran daripada pendedahan itu, Francesca Albanese telah menyeru agar kerajaan-kerajaan di dunia untuk tidak mengadakan hubungan komersial dengan syarikat-syarikat tersebut bagi memastikan jenayah genosid yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin dapat dihentikan serta merta.
Oleh itu, kami menyeru kerajaan Malaysia supaya menarik balik pengecualian terhadap firma-firma tersebut atas dasar keselamatan negara serta sebagai langkah penegasan bahawa selagi mereka membantu tentera Israel melakukan jenayah genosid terhadap warga Palestin, mereka tidak akan memperolehi sebarang projek perniagaan daripada kerajaan Malaysia.
English version
US firms dodge cyber rules
We, the NGOs listed below, note that the Malaysian government has granted exemptions to several foreign firms, primarily from the US, from complying with the Cyber Security Act 2024.
We also understand that local firms, including the telecoms companies, are not exempt from and are required to comply with the act.
The exemption from the Cyber Security Act means these foreign firms are not subject to the legal obligations imposed on local companies.
They do not have to report any cyber attacks or data leaks, are not required to undergo cyber-security audits, and are not subject to enforcement or penalties under the act. In other words, they are free from the controls and legal responsibilities that are imposed on local companies.
In fact, according to several media sources, under the tariff negotiations with the Donald Trump administration, US technology companies are also exempted from the digital tax and from contributing to the Universal Service Provision Fund. In contrast, these are still imposed on local companies.
This exemption certainly introduces a significant vulnerability to threats to national security and the security of government data in the country, as some of these firms have been awarded government contracts to handle state-owned data.
It is also very unconscionable that most of the companies that received this exemption, such as Amazon Web Services, Google and Microsoft, are included in the list of firms that aid Israel in committing the crime of genocide against Palestinians in Gaza.
These companies have been profiting from the crime by supplying various services to the Israeli army. This was confirmed by The Economy of Genocide report published by Francesca Albanese, the UN special rapporteur for the Occupied Palestinian Territories in July 2025.
Following the revelation, Francesca Albanese has called on governments around the world not to have commercial relations with these companies to ensure the genocide being committed by Israel against Palestinians can be stopped immediately.
Therefore, we urge the Malaysian government to revoke the exemptions granted to these firms on the grounds of national security and as a firm stance that, as long as they assist the Israeli military in committing genocidal crimes against the Palestinian people, they will not be awarded any business projects by the Malaysian government.
- BDS Malaysia
- Ikram
- Citizens Internasional
- Ikram Muda
- Muslim Care Malaysia
- Palestine Centre of Excellence (Pace)
- Mapim
- Accin
- Mahar
- Haluan
- GSPP
- Pertubuhan Mawaddah Malaysia
- Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (Agenda)
- Centhra Malaysia
- Palestine Solidarity, Penang (PSP)
- Owl Centre for Peace, Penang
- Dunia Palestin
- Gerak
- Muslim Professionals Forum
- Viva Palestina Malaysia
- Persatuan Mantan Profesor Universiti Malaya
- Aliran
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

