[ENGLISH VERSION BELOW] Centre for Independent Journalism (CIJ), Article 19, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan individu-individu yang menurunkan tandatangan di bawah ini menyatakan rasa kecewa yang amat mendalam terhadap versi Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (RUU FOI) yang dijangka dibentangkan pada 13 Julai sewaktu bacaan pertama di Dewan Rakyat.
Kami memaklumi bahawa usaha kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat di peringkat persekutuan. Namun begitu, rang undang-undang ini bukanlah mercu tanda reformasi yang dijanjikan kepada orang awam di Malaysia.
Perundangan ini sangat bermasalah, regresif serta mewujudkan prosedur pentadbiran yang menyekat serta tidak selaras dengan standard undang-undang hak asasi antarabangsa, di samping menjejaskan prinsip asas hak untuk mendapatkan maklumat.
Rang undang-undang yang dirangka ini akan berfungsi dengan cara yang sangat tidak berkesan bagi orang awam melaksanakan hak mendapatkan maklumat yang dijamin di bawah Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Bahkan, rang undang-undang ini seolah-olah diwujudkan untuk mempromosi budaya kerahsiaan berbanding keterbukaan dan ketelusan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain itu, rang undang-undang ini mengetepikan prinsip utama yang menjadi asas dalam rangka kerja kebebasan maklumat yang menyeluruh iaitu gagal untuk mengenal pasti keutamaan hak mendapatkan maklumat, dan menggugurkan prinsip pendedahan maksimum.
Malah, perundangan ini mewujudkan prosedur pentadbiran yang dikawal secara ketat untuk permohonan maklumat sementara memelihara setiap halangan untuk pendedahan maklumat yang sedia ada.
Di bahagian mukadimah dan pernyataan penjelasan menyatakan secara terang-terangan bahawa rang undang-undang ini “sepenuhnya bersifat prosedur semata-mata”, serta tidak mewujudkan hak mendapatkan maklumat secara substantif, memelihara keagungan semua undang-udang kerahsiaan, terutamanya Akta Rahsia Rasmi 1972, serta menafikan akses mendapat maklumat sebagai kebebasan asasi. Hal ini menjadikan rang undang-undang ini bertindih.
Sebuah perundangan mengenai kebebasan maklumat bermula dengan prinsip yang jelas: semua maklumat yang dipegang oleh badan awam adalah milik orang awam secara semula jadi melainkan terdapat kemudaratan nyata dan kepentingan awam yang mendesak untuk merahsiakannya.
Berbanding meluaskan kebebasan demokratik, rang undang-undang ini berfungsi untuk mengekangnya. Ini adalah satu penggubalan yang tidak kompeten sejak dari awal lagi!
Versi yang dibentang kini telah menjejaskan teras objektif dan tujuan undang-undang kebebasan maklumat. Kami menekankan beberapa isu yang timbul seperti berikut:
Daripada mewujudkan hak untuk mengakses dan prinsip pendedahan maksimum, rang undang-undang ini memelihara Akta Rahsia Rasmi secara keseluruhan dan mengecualikan daripada operasinya mana-mana dokumen atau kategori maklumat yang dilindungi dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Kerajaan telah bertindak untuk memberi keabsahan dan menyuburkan budaya kerahsiaan yang berlebihan berbanding memansuhkannya (Lihat fasal 2(3) dan pernyataan penjelasan).
Pengecualian adalah terlalu meluas dan kekurangan kawal selia yang wajar. Sementara semua undang-undang maklumat mengiktiraf pengecualian yang sah, pengecualian yang terkandung dalam rang undang-undang ini haruslah ditafsir secara khusus dan diberikan alasan yang boleh menunjukkan mudarat yang nyata.
Pengecualian sedia ada adalah meluas, kabur, dan berupaya untuk melindungi sebahagian besar kategori maklumat kerajaan daripada penilitian awam, termasuk nasihat dalaman, pertimbangan, kepentingan komersil dan maklumat yang dibekalkan pihak ketiga.
Apa yang lebih penting adalah ketiadaan ujian kemudaratan (harm test) yang menyeluruh yang memerlukan pihak berkuasa untuk menunjukkan bahawa pendedahan akan menyebabkan kemudaratan yang sebenar, nyata dan terbukti sebelum sesebuah maklumat dirahsiakan.
Pada masa yang sama, tiada juga peruntukan untuk mengatasinya demi kepentingan awam (public interest test) iaitu pendedahan yang dibuat atas nama kepentingan awam iaitu ketelusan yang melangkaui mana-mana mudarat yang berpotensi untuk terjadi.
Oleh itu, maklumat adalah penting untuk mendedahkan rasuah, salah guna kuasa, mudarat alam sekitar, serta ancaman terhadap kesihatan atau penyalahgunaan dana awam yang kekal tersembunyi kerana dilindungi di bawah salah satu pengecualian yang meluas, sekali pun pendedahan ini dibuat untuk kepentingan awam.
Rang undang-undang ini menghadkan akses kepada maklumat, berteraskan tujuan, dan mengancam dengan sekatan yang keterlaluan. Akses yang dinyatakan dalam rang undang-undang dihadkan kepada warganegara 18 tahun ke atas, serta tertakluk pada verifikasi identiti dan memerlukan justifikasi daripada pemohon untuk menyatakan mengapa mereka mahukan maklumat tersebut.
Rang undang-undang ini mengehadkan akses untuk tujuan yang ditetapkan dan, dalam banyak perkara, memerlukan pemohon untuk menunjukkan “kepentingan yang wajar dan nyata”.
Perundangan ini turut diburukkan dengan peruntukkan liabiliti jenayah untuk pemohon yang menggunakan maklumat selain daripada tujuan yang dinyatakan dalam permohonan awal mereka.
Hal ini mewujudkan sekatan yang tidak sepadan serta menghalang wartawan, penyelidik, pemberi maklumat (whistleblower), pertubuhan masyarakat sivil, dan orang awam daripada memohon maklumat kerana takut didakwa.
Maklumat yang diperolehi sering kali mendedahkan isu-isu baharu yang tidak mungkin dapat dijangka secara munasabah semasa permohonan tersebut mula-mula dikemukakan.
Menjenayahkan penggunaan maklumat yang diperolehi orang awam akan menjejaskan akses yang bermakna, mengurangkan galakan mengenai penilitian awam yang sah, serta tidak selaras dengan prinsip kerajaan terbuka dan hak untuk bersuara.
Peruntukan yang membimbangkan adalah fasal 22, yang mengisytiharkan bahawa tiada apa-apa dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai membentuk suatu kebebasan asasi di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.
Fasal ini secara nyata bertujuan untuk menghalang perundangan tersebut daripada digunakan bagi menyokong tafsiran perlembagaan mengenai kebebasan hak asasi, termasuk hak terhadap kebebasan bersuara dan hak mendapatkan maklumat.
Dengan itu, fasal 22 menimbulkan kebimbingan mengenai pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman dengan mengehadkan kemampuan mahkamah untuk menafsirkan hak perlembagaan berkaitan rang undang-undang ini.
Mana-mana perundangan kebebasan maklumat yang progresif harus menguatkan demokrasi berperlembagaan dengan mengiktiraf bahawa hak mendapatkan maklumat adalah komponen penting yang tidak boleh dipisahkan daripada kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan, terutamanya hak untuk bersuara di bawah Artikel 10(1)(a).
Tafsiran perlembagaan yang progresif dalam menegakkan kebebasan bersuara adalah mustahil untuk dilaksanakan tanpa hak untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat yang dipegang pihak berkuasa, serta penting untuk wacana awam, tadbir urus yang baik, dan penglibatan dalam demokrasi.
Kekurangan kebebasan dan autoriti dalam badan kawal selia – Walaupun rang undang-undang ini memperuntukan semakan oleh ombudsman, secara tidak langsung bidang kuasa ombudsman dilucutkan daripada memantau kategori maklumat yang sebahagian besar melibatkan kerahsiaan, termasuk makluamat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi dan undang-undang kerahsiaan lainnya.
Sebuah badan kawal selia yang tidak boleh meneliti penolakan yang kontroversi bukanlah penjaga ketelusan yang berkesan, atau mampu mewujudkan akauntabiliti yang bermakna.
Malah, rang undang-undang ini turut membuat rujukan pada badan ombudsman yang tidak wujud serta ditubuhkan di bawah undang-undang yang tidak wujud, serta bertentangan dengan kebiasaan draf perundangan.
Sifat peruntukan yang sukar difahami ini mengesahkan lagi bahawa rang undang-undang ini digubal secara leka dan sembrono, biarpun melalui tempoh pembangunan yang begitu lama.
Secara keseluruhannya, kami mendapati bahawa rang undang-undang ini telah mewujudkan ilusi keterbukaan serta memelihara budaya kerahsiaan.
Parlimen tidak seharusnya ditugaskan untuk meluluskan perundangan yang secara jelas gagal memenuhi prinsip-prinsip yang kononnya ingin ditegakkan oleh undang-undang itu sendiri.
Oleh itu, kami menyeru agar kerajaan menarik balik rang undang-undang ini dan merujuk kepada jawatankuasa pilihan khas untuk penelitian yang menyeluruh berdasarkan setiap fasal yang melibatkan pertubuhan masyarakat sivil, wakil wartawan, ahli akademik, profession perundangan, dan semua pemegang taruh yang wajar.
Malaysia layak mendapatkan perundangan yang mencerminkan standard antarabangsa dan amalan baik bagi memenuhi komitmen reformasi kerajaan.
English version
Freedom of Information Bill: A betrayal of the people’s right to know
The Centre for Independent Journalism (CIJ), Article 19, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) and the undersigned civil society organisations are profoundly disappointed with the version of the Freedom of Information bill that was expected to be tabled on 13 July for the first reading in the House of Representatives, the lower house of Parliament.
We acknowledge the Malaysian government’s efforts to implement dedicated federal Freedom of Information legislation.
However, this bill is not the landmark reform that people in Malaysia have long been promised.
It is a deeply flawed and regressive bill and creates a restrictive administrative procedure that falls far short of international human rights standards and further undermines the fundamental principles of the right to information.
As currently drafted, the bill would be ineffective in ensuring that all people in Malaysia have the right to information as guaranteed by Article 10(1)(a) of the Federal Constitution. On the contrary, the bill appears designed to promote secrecy rather than openness and transparency.
The bill excludes key principles essential to any comprehensive freedom-of-information framework: it fails to specify the primacy of the right to information, and omits the presumption of maximum disclosure.
Instead, it creates only a tightly controlled administrative procedure for requesting information while preserving virtually every existing barrier to disclosure.
The preamble, the explanatory statement and repeated clauses in the bill openly state that the bill is ‘purely procedural’, creates no substantive right to information, preserves the supremacy of all secrecy laws, specifically the Official Secrets Act 1972 (OSA) and expressly denies that access to information is a fundamental liberty. This makes the bill redundant.
A progressive freedom of information law begins with a straightforward principle: all information held by public bodies belongs to the people by default unless there is demonstrable harm and a compelling public interest in withholding it.
Rather than expanding democratic freedoms, this bill expressly restricts them. It is incompetent drafting in the first instance!
The bill, in its current form, undermines the very object and purpose of a freedom of information law. We highlight the following issues in particular.
Instead of creating a right of access and presumption of maximum disclosure, the bill preserves the OSA in its entirety and excludes from its operation every document or category of information protected under any other written law.
The government has therefore chosen to legitimise and perpetuate its decades of excessive culture of secrecy rather than dismantle it (see clause 2(3) and the explanatory statement).
The exemptions are excessively broad and lack essential safeguards. While all access to information laws recognise legitimate exemptions, those exemptions must be interpreted narrowly and be always justified by a demonstrable risk of harm.
The exemptions in the bill are sweeping, vague, and capable of shielding enormous categories of government information from public scrutiny, including internal advice, deliberations, commercial interests, and information supplied by third parties.
Most importantly, there is no comprehensive harm test requiring public authorities to demonstrate that disclosure would cause a real, substantial and demonstrable harm before information may be withheld.
Furthermore, there is no meaningful public interest override requiring disclosure when the public interest in transparency outweighs any potential harm.
Thus, information exposing corruption, abuse of power, environmental harm, threats to public health or the misuse of public funds may remain hidden simply because it falls within one of the broad exemptions, even where disclosure is overwhelmingly in the public interest.
The bill limits access to information, is purpose-driven and threatens overarching sanctions. Access, as stated in the bill, is limited to citizens over the age of 18, is subject to identity verification and requires justification from applicants as to why they want to access the information.
The bill limits access to prescribed purposes and, in many cases, requires applicants to demonstrate a “proper and tangible interest”.
The bill further compounds this by creating criminal liability for applicants who use information for a purpose different from the one originally stated in their request.
This is a disproportionate restriction that will deter journalists, researchers, whistleblowers, civil society organisations and the public from making requests for fear of prosecution.
Information often reveals new issues that could not reasonably have been anticipated when the request was originally lodged. Criminalising the subsequent use of lawfully obtained information undermines meaningful access, discourages legitimate public scrutiny, and is fundamentally incompatible with the principles of open government and freedom of expression.
The most alarming provision is clause 22, which declares that nothing in the act shall be construed as constituting a fundamental liberty under Part II of the Federal Constitution.
This clause expressly seeks to prevent the legislation from being relied upon to support the constitutional interpretation of fundamental liberties, including the right to freedom of expression and the right to information.
Clause 22 therefore raises concerns regarding the separation of powers and judicial independence by seeking to limit the courts’ ability to interpret constitutional rights in light of the act.
Any progressive freedom-of-information law should strengthen constitutional democracy by recognising that the right to information is an indispensable component of the freedoms guaranteed under the Federal Constitution, particularly freedom of expression under Article 10(1)(a).
A progressive and purposeful constitutional interpretation would hold that meaningful expression is impossible without the right to seek, receive and impart information held by public authorities, which is necessary for public discourse, good governance and participation in democracy.
The bill lacks independence and authority within the oversight body. Although the bill provides for review by the ombudsman, it simultaneously strips the ombudsman of jurisdiction over the very categories of information most likely to involve abuse of secrecy, including information protected under the OSA and other secrecy laws.
An oversight body that cannot review the most controversial refusals is not an effective guardian of transparency, nor able to provide meaningful accountability.
Worse, the bill itself makes reference to a non-existent ombudsman established under a non-existent law, contrary to all conventions of legal drafting.
The incomprehensible nature of these provisions reaffirms that this bill was drafted shoddily and carelessly, despite such a long period of development.
Overall, we find that the bill merely creates the illusion of openness while preserving the existing culture of secrecy.
Parliament must not be tasked with endorsing legislation that falls fundamentally short of the principles it purports to uphold.
We therefore call upon the government to withdraw the bill and to refer it instead to a parliamentary special select committee for comprehensive clause-by-clause scrutiny involving civil society organisations, media representatives, academics, the legal profession, and all relevant stakeholders.
Malaysia deserves legislation that reflects international standards and good practices and fulfils the government’s own reform commitments.
Issued by:
- Centre for Independent Journalism
- Article 19
- Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
Endorsed by:
- Gerakan Media Merdeka (Geramm)
- Justice for Sisters
- SIS Forum (Malaysia)
- Sinar Project
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Freedom Film Network
- Bersih
- Mandiri
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Sabah Reform Initiative (SARI)
- Consumer Association of Penang
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











