Home Civil Society Voices Pengungkaian ordinan-ordinan darurat mesti dibentang dan diundi segera (Malay/English)

Pengungkaian ordinan-ordinan darurat mesti dibentang dan diundi segera (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, menyeru kerajaan dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengizinkan Ahli-ahli Parlimen mengemukakan, berdebat dan mengundi usul untuk membatalkan enam ordinan darurat sebelum persidangan berakhir pada 2 Ogos (Isnin) supaya Dewan Negara boleh menyempurnakan pengungkaian dalam persidangannya dari 3 Ogos (Selasa) hingga 5 Ogos (Khamis).

Dalam teguran langsung yang belum pernah terjadi sebelum ini oleh Istana Negara, pembatalan ordinan darurat yang didakwa pada 21 Julai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan pada hari Isnin, 26 Julai, yang kini disahkan sebagai “tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat” oleh Istana Negara.

Kini terungkap bahawa majlis menghadap maya pada Sabtu, 24 Julai, yang diperkenankan kepada menteri dan Peguam Negara Idrus Harun, istana tidak memperkenan pembatalan tersebut tetapi mengesyorkan agar ordinan darurat dibentang dan dibahaskan untuk diungkaikan.

Yang di-Pertua Azhar Azizan Harun, atau mana-mana timbalannya yang mempengerusikan mesyuarat itu, mesti memakai Peraturan Mesyuarat 90 dan 100 bersama-sama dengan Peraturan Mesyuarat 26(1)(m) bagi menegaskan kuasa dan kawalan Dewan Rakyat ke atas urusannya, supaya usul untuk mengungkai ordinan darurat dapat dibentang, dibahas dan diundi dengan segera. Keputusan Yang di-Pertua sebelum ini terhadap Takiyuddin Hassan bagi menjelaskan mengenai perkara ini kini tidak lagi relevan melihatkan keadaan semasa.

Tidak kira apa-apa perubahan kepada kerajaan dan mana-mana jemaah menterinya serta pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengungkaian ordinan darurat mesti dijadikan agenda utama sekarang. Ordinan darurat harus diungkaikan sehingga tiada lagi keraguan bahawa ordinan darurat tidak akan terus berkuatkuasa sehingga 1 Februari 2022, selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat pada 1 Ogos seperti dinyatakan Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan.

READ MORE:  'Cyber-bullying' of Parliament? MCMC's absurd crackdown on critics

Antaranya, Ordinan Darurat No. 6 memperuntukkan kompaun berjumlah RM10,000 dan RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard, sementara Ordinan Darurat No. 2 memperuntukkan hukuman maksimum enam tahun penjara dan denda RM500,000 kerana kesalahan berkaitan berita tidak benar. Semua ordinan darurat ini, serta proklamasi darurat itu sendiri, dibuat ketika Parlimen tidak bersidang dan mesti dibahas dan diungkai dalam persidangan ini dan tidak ditangguhkan ke persidangan berikutnya pada bulan September.

Kami juga menyokong usul oleh Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, untuk merujuk Menteri Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana dakwaannya yang tidak berasas mengenai pembatalan ordinan darurat. Yang di-Pertua, atau timbalannya yang mempengerusikan mesyuarat itu, tidak boleh mencemari Dewan dengan keputusan yang bersifat kepartian dan tidak profesional. Tingkah laku Yang di-Pertua dalam empat hari ini telah menunjukkan pada tahap yang sangat rendah bahkan dengan penurunan standard Dewan sejak Julai yang lalu.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
  2. Engage
  3. Bait Al-Amanah
  4. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
  5. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  6. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)

English version

Annulment of emergency ordinances must be tabled and voted upon immediately

We, the undersigned civil society groups, call upon the government and the Speaker of the House of Representatives to allow MPs to present, debate and vote on a motion to annul the six emergency ordinances before the sitting ends on Monday, 2 August, so that the Senate may complete the annulment in its sitting from Tuesday, 3 August to Thursday, 5 August.

READ MORE:  Parliament or wet market? MPs' lack of decorum during debates must end

In the unprecedentedly direct rebuke by the Palace, the alleged revocation of emergency ordinances on 21 July by Minister in the Prime Minister’s Department Takiyuddin Hassan on Monday, 26 July is now confirmed to be “inaccurate and misleading to the Members of Dewan Rakyat” by the palace. It is now revealed that in the online audience on Saturday, 24 July granted to both the minister and Attorney General Idrus Harun, the palace did not consent to the revocation but recommended that the emergency ordinances be tabled and debated for annulment.

The Speaker, Azhar Azizan Harun, or whichever of his deputies who presides over the meeting, must invoke Standing Orders 90 and 100 together with Standing Order 26(1)(m) to assert the House’s overriding authority and control over its own business, so that a motion to annul the emergency ordinances may be presented, debated and voted on immediately. The Speaker’s earlier ruling for Takiyuddin Hassan to explain the matter is now invalid by circumstance.

Regardless of any change to the government and any of its ministers and senior officials, the annulment of emergency ordinances must be made the first item of the agenda from now on. The emergency ordinances must be annulled so that there is no doubt they will not remain in force until 1 February 2022, for six more months after the lapse of the emergency proclamation on 1 August under Article 150(7) of the Federal Constitution.

Amongst them, Emergency Ordinance No. 6 carries compounds of RM10,000 and RM50,000 for a violation of the standard operating procedure, while Emergency Ordinance No. 2 carries a maximum penalty of six years’ imprisonment and a fine of RM500,000 for a fake-news-related offence. These emergency ordinances, as the emergency proclamation itself, were made when the Parliament was not in session. The emergency ordinances must be debated and annulled in this sitting and not postponed to the next sitting in September.

READ MORE:  Shame on MPs who 'ponteng'!

We also support the motion by Puchong MP Gobind Singh Deo to refer Minister Takiyuddin Hassan to the Committee of Privileges for his unfounded claim of the revocation of the emergency ordinances. The Speaker, or his deputies who preside over the meeting, must not taint the august House with more partisan and unprofessional rulings. The Speaker’s conduct in these four days has marked a phenomenally low point even by the diminished standards of the House since last July.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Signed by:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
  2. Engage
  3. Bait Al-Amanah
  4. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
  5. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  6. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x