
Sahabat Alam Malaysia berpendapat laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang baharu diperlukan untuk projek penambatan laut di selatan Pulau Pinang (PSI) memandangkan terdapat perubahan dalam konsep pembangunan, baik dalam reka bentuk dan pernyataan keperluan.
Malah, salah satu daripada 71 syarat yang dikenakan terhadap kerajaan negeri berhubung penilaian impak yang diluluskan pada 11 April ialah, jika terdapat sebarang perubahan dalam konsep pembangunan, kelulusan baharu daripada ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar diperlukan. Justeru, kelulusan daripada jabatan ini mestilah diperolehi semula.
Ia adalah pandangan kami, memandangkan projek itu hanya melibatkan satu pulau sekarang, maka perlu ada penilaian impak yang baharu dibuat.
Contohnya, perlu ada penilaian impak hidraulik dan hidrologi yang baharu meliputi aliran semasa, paras air, keadaan ombak, pemendapan dan hakisan, dan lain-lain lagi. Ini akan berubah kerana daripada satu pulau sekarang dan bukannya tiga pulau seperti yang dirancang sebelum ini.
Selain itu, kajian penghijrahan udang yang perlu dilakukan lebih awal di bawah penilaian impak alam sekitar yang baharu diluluskan itu masih belum selesai. Komponen penting ini perlu dinilai memandangkan penambakan pulau A melibatkan kawasan seluas 2,300 ekar, yang masih sangat ketara dari segi kesannya kepada hidupan marin, penghijrahan udang, keterjaminan makanan dan sebagainya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih-lebih lagi, kenyataan keperluan untuk projek itu juga telah berubah memandangkan kini kerajaan persekutuan menyediakan dana yang diperlukan untuk menangani masalah pengangkutan negeri Pulau Pinang.
Dengan itu, kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada bulan April dan meneruskan pelan pengurusan alam sekitar itu, memandangkan kepada perubahan yang telah berlaku. – SAM
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme