Home Civil Society Voices Penjara Seberang Perai tetap perlu bebaskan tahanan jika sudah tamat tempoh hukuman

Penjara Seberang Perai tetap perlu bebaskan tahanan jika sudah tamat tempoh hukuman

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah Penjara Seberang Prai Zulkifli Abdul Manah seperti yang dilaporkan oleh portal berita malaymail.com bertarikh 2 November 2020.

Menurut beliau, pihak penjara akan kekal menahan kesemua tahanan yang didapati positif Covid-19 di penjara walaupun mereka sepatutnya sudah dibebaskan.

Edict mahu mengingatkan bahawa hanya mahkamah yang boleh memerintahkan seseorang itu untuk dilanjutkan tempoh penahanan mereka.

Edict ingin menegaskan, penahanan selepas berakhir tempoh hukuman adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Alasan pihak penjara bahawa tindakan melanjutkan penahanan untuk membendung penularan Covid-19 adalah sama sekali tidak boleh diterima.

Pihak penjara hendaklah menyerahkan tahanan yang telah dijadualkan bebas kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk menerima rawatan di hospital atau dikuarantin.

Tahanan yang telah bebas sepatutnya diberi jaminan untuk hidup bebas seperti orang awam lain. Mereka berhak untuk memilih makanan dan tempat tinggal yang lebih selesa.

Edict ingin memberi peringatan kepada pihak penjara bahawa tindakan menahan individu yang telah tamat tempoh hukuman adalah satu kesalahan melainkan terdapat perintah daripada mahkamah untuk melanjutkan hukuman.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x