Home Civil Society Voices Penyeludupan hidupan liar di KLIA: Memalukan negara (Malay/English)

Penyeludupan hidupan liar di KLIA: Memalukan negara (Malay/English)

Image: Wikipedia

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa amat bimbang dengan satu lagi kes penyeludupan hidupan liar yang melibatkan spesies eksotik melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang kekal sebagai pusat transit utama bagi penyeludup dalam perdagangan hidupan liar haram yang berkembang pesat.

Pada awal Mac, dua penyeludup menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Chennai dengan hidupan liar disembunyikan dalam beg pakaian, melaluinya tanpa dikesan di KLIA.

Haiwan yang dibawa itu termasuklah lapan spesies eksotik, yang diantaranya ialah eastern grey gibbons, marbled polecat, silvery lutung dan Sumatran white-bearded palm civet yang terancam. Malangnya, tiga anak ungka (siamang gibbon) ditemui mati.

Antara April 2024 dan Mac 2025, terdapat 11 kes penyeludupan hidupan liar yang diketahui melibatkan ungka, burung koel, penyu, iguana dan spesies lain yang jarang ditemui.

Destinasinya termasuklah Bengaluru, Surabaya, Chennai, Hanoi, Port Blair dan Mumbai. India menyumbang hampir 73% daripadanya, dengan empat kes dikesan di Lapangan Terbang Chennai sahaja.

KLIA telah lama dieksploitasi oleh penyeludup kerana jumlah penumpang dan kargo yang tinggi, lokasi yang strategik, dan kehadiran zon perdagangan bebas.

Malah pegawai Malaysia, termasuk Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi, mengakui KLIA sebagai pintu masuk yang berisiko tinggi.

Sindiket pemerdagangan terutamanya spesies yang bergerak dari Afrika dan Asia Tenggara terus mengeksploitasi pengelakan dan kelemahan penguatkuasaan di KLIA.

Walaupun usaha untuk meningkatkan keselamatan dan kerjasama antara agensi, agensi penguatkuasaan kekal selangkah di belakang penyeludup.

CAP berasa amat kesal dengan peningkatan bilangan haiwan eksotik yang diseludup masuk ke India dari Malaysia. Dalam satu kes pada November 2024, 40 haiwan yang jarang ditemui, termasuk rhinoceros iguanas, beaded lizards, kuru-kura dan ungka (agile gibbons) telah diseludup ke India.

Adalah amat membingungkan dan tidak boleh diterima bahawa penyeludup ini boleh menyelinap masuk melalui kawasan keselamatan lapangan terbang dengan begitu mudah sekali. Adakah ini disebabkan oleh kekurangan pengawasan, kegagalan teknikal atau kecuaian? Bagaimanakah keseluruhan beg pakaian yang mengandungi haiwan hidup ini dapat mengelak daripada dikesan?

READ MORE:  Konflik manusia-hidupan liar semakin meningkat: Pemuliharaan lebih mampan diperlukan (Malay/English)

Pada Jun 2024, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyumbangkan dua ekor anjing pengesan Belgian malinois kepada Jabatan Perhilitan untuk membantu penguatkuasaan di KLIA.

Bagaimanapun, lapangan terbang itu masih kekurangan teknologi pengesanan bio termaju seperti penderia degupan jantung atau karbon dioksida (CO2).

Walaupun MAHB telah berjanji untuk menaik taraf pengawasan, belum ada garis masa atau pelan tindakan yang jelas.

Memandangkan implikasi besar pemerdagangan hidupan liar, CAP menggesa MAHB untuk melabur segera dalam alat pengesanan moden. Rangka kerja undang-undang Malaysia, termasuk Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, memperuntukkan hukuman yang berat, dan sebagai penandatangan Cites, negara mestilah mematuhi piawaian global.

Pengangkutan udara kekal sebagai mod pilihan penyeludup kerana kepantasan, risiko rendah dan keuntungan yang tinggi. Faktor seperti saiz lapangan terbang, prosedur kastam dan kualiti penguatkuasaan mempengaruhi pilihan sebagai hab transit penyeludup. KLIA, dengan kelemahan semasa, kekal sebagai sasaran utama.

Walaupun lapangan terbang India juga menghadapi cabaran, penguatkuasaan mereka telah mendapat manfaat daripada profil kastam yang lebih tepat, pemeriksaan manual dan pendekatan yang diterajui oleh risikan.

India baru-baru ini telah meningkatkan tindak balasnya melalui program latihan yang diketuai oleh Traffic, WWF-India, dan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCCB), memfokuskan pada pengesanan, prosedur undang-undang dan kemahiran forensik.

Pendidikan awam adalah sama kritikal. Kesedaran yang lebih tinggi mengenai akibat daripada pemerdagangan hidupan liar terhadap kepelbagaian biologi, kesihatan awam dan keselamatan negara boleh membantu mengurangkan permintaan bagi haiwan peliharaan eksotik.

CAP mengalu-alukan kenyataan oleh menteri Nik Nazmi dan Anthony Loke baru-baru ini, yang telah berikrar untuk penguatkuasaan yang lebih tegas dan mengkritik MAHB kerana tidak bertindak. Kami menggesa langkah pantas dan tegas untuk merapatkan jurang penguatkuasaan.

Akhir sekali, CAP menggesa hukuman yang lebih berat bagi pemilik haiwan peliharaan eksotik untuk mengekang permintaan dan menghalang daripada melakukan kesalahan pada masa depan.

Tanpa tindakan tegas dan berterusan terhadap penyeludup, pendukung dan pengguna, jenayah transnasional ini akan berterusan. – CAP

READ MORE:  Pembangunan Tanjung Bungah: Ancaman alam sekitar dan hidupan liar (Malay/English)

English version

Wildlife smuggling at KLIA: A national embarrassment

The Consumers’ Association of Penang (CAP) is alarmed by yet another case of wildlife smuggling involving exotic species through Kuala Lumpur International Airport (KLIA), which remains a key transit point for traffickers in the booming illegal wildlife trade.

In early March, two smugglers boarded a Malaysia Airlines flight to Chennai with wildlife concealed in a suitcase, passing undetected through KLIA. The haul included eight exotic species, among them endangered eastern grey gibbons, marbled polecats, a silvery lutung, and a Sumatran white-bearded palm civet. Tragically, three baby siamang gibbons were found dead.

Between April 2024 and March 2025, there were 11 known wildlife smuggling cases involving gibbons, koel birds, turtles, iguanas and other rare species. Destinations included Bengaluru, Surabaya, Chennai, Hanoi, Port Blair and Mumbai. India accounted for nearly 73% of these, with four cases detected at Chennai Airport alone.

KLIA has long been exploited by traffickers due to its high volume of passengers and cargo, strategic location, and the presence of a free commercial zone. Even Malaysian officials, including Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi, acknowledge KLIA as a high-risk entry point.

Trafficking syndicates – especially those moving species from Africa and Southeast Asia – continue to exploit enforcement loopholes and weaknesses at KLIA. Despite efforts to improve security and inter-agency collaboration, enforcement agencies remain one step behind traffickers.

CAP is particularly disturbed by the rising number of exotic animals smuggled into India from Malaysia. In one case in November 2024, 40 rare animals, including juvenile rhinoceros iguanas, beaded lizards, tortoises and agile gibbons, were trafficked into India.

It is both baffling and unacceptable that traffickers can slip through airport security so easily. Was this due to a lack of surveillance, technical failures or negligence? How did entire suitcases of live animals evade detection?

In June 2024, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) donated two Belgian malinois detection dogs to the Department of Wildlife and National Parks to assist in enforcement at KLIA.

READ MORE:  Konflik manusia-hidupan liar semakin meningkat: Pemuliharaan lebih mampan diperlukan (Malay/English)

However, the airport still lacks advanced bio-detection technologies such as heartbeat or carbon dioxide (CO2) sensors. While MAHB has pledged to upgrade surveillance, there has been no clear timeline or action plan.

Given the immense implications of wildlife trafficking, CAP urges the MAHB to urgently invest in modern detection tools. Malaysia’s legal framework, including the Wildlife Conservation Act 2010, provides for harsh penalties, and as a signatory to the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flota (Cites), the country must uphold global standards.

Air transport remains the traffickers’ preferred mode due to its speed, low risk and high profits. Factors like airport size, customs procedures and enforcement quality influence smugglers’ choice of transit hubs. KLIA, with its current vulnerabilities, remains a prime target.

While Indian airports have also faced challenges, their enforcement has benefited from sharper customs profiling, manual screening and intelligence-led approaches.

India has recently stepped up its response through training programmes led by Traffic, the World Wildlife Fund-India and the Wildlife Crime Control Bureau (WCCB), focusing on detection, legal procedures and forensic skills.

Public education is equally critical. Greater awareness of the consequences of wildlife trafficking – on biodiversity, public health and national security – can help reduce demand for exotic pets.
CAP welcomes recent statements by ministers Nik Nazmi and Anthony Loke, who have pledged stronger enforcement and criticised the MAHB for inaction. We urge swift, decisive steps to close enforcement gaps.

Finally, CAP calls for harsher penalties for exotic pet owners to curb demand and deter future offences. Without strong and sustained action against traffickers, enablers and consumers alike, this transnational crime will persist. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x