Home Civil Society Voices Perak tidak boleh memberi ganjaran kepada perkahwinan kanak-kanak / Perak must not...

Perak tidak boleh memberi ganjaran kepada perkahwinan kanak-kanak / Perak must not reward child marriage

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] PelajarBukanPengantin melihat dengan penuh kebimbangan ketetapan sebulat suara Perhimpunan Belia Perak untuk memberikan ‘insentif perkahwinan kali pertama’ bernilai bagi individu berusia 15 hingga 35 tahun, yang dilaporkan sedang dipertimbangkan di bawah Bajet 2027.

Kami mengakui niat untuk meringankan beban kewangan pasangan muda yang memulakan kehidupan berkeluarga – namun menetapkan kelayakan serendah usia 15 tahun menyampaikan mesej yang tidak wajar mengenai zaman kanak-kanak, pendidikan dan perkahwinan.

Kami menyeru kerajaan negeri Perak dengan setegas-tegasnya supaya mengecualikan kanak-kanak (semua individu di bawah 18 tahun) daripada skim insentif perkahwinan ini atau mana-mana skim perkahwinan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak bukanlah bakal pengantin – sama ada perempuan mahupun lelaki.

Tiada peruntukan bajet negeri, walau sebaik mana niatnya, wajar meletakkan harga ke atas hari perkahwinan seorang kanak-kanak.

Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Malaysia, seseorang yang berusia bawah 18 tahun adalah, tanpa sebarang syarat, seorang kanak-kanak – pengelasan teknikal sebagai ‘belia’ bagi tujuan dasar pembangunan belia tidak boleh, dan tidak seharusnya, mengatasi perlindungan yang menjadi hak seorang kanak-kanak.

Seperti mana yang dinyatakan dengan tepat oleh pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam dalam kenyataan mereka bertarikh 30 Ogos, menggelar seorang remaja berusia 15 tahun sebagai ‘belia’ tidak, dan tidak boleh, melucutkan kanak-kanak itu daripada perlindungan yang menjadi haknya. Kami menyokong sepenuhnya pendirian ini.

Kemiskinan perlu ditangani, bukan dijadikan alasan untuk mengahwinkan kanak-kanak

Kebimbangan utama kami ialah kesukaran ekonomi mungkin dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan kanak-kanak.

Kemiskinan adalah penderitaan yang nyata, tetapi penyelesaiannya bukanlah RM500 yang diberikan kepada kanak-kanak di pejabat pendaftaran perkahwinan.

Sebaliknya, ia terletak pada akses pendidikan yang lebih kukuh, perlindungan sosial yang diperluas, sokongan mata pencarian, dan bantuan ekonomi yang lebih besar kepada keluarga.

Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Punca Perkahwinan Kanak-Kanak sendiri mengiktiraf kemiskinan sebagai punca perkahwinan kanak-kanak. Namun pendekatan yang digariskannya ialah tindakan bersepadu merangkumi perundangan, pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan penglibatan masyarakat – bukan memudahkan perkahwinan.

Seorang kanak-kanak tidak sepatutnya perlu menjadi pasangan perkahwinan demi keselamatan ekonomi keluarganya. Perkahwinan tidak boleh menjadi pengganti kepada perlindungan sosial.

Kanak-kanak adalah tempatnya di bilik darjah, bukan dalam kontrak perkahwinan

Malaysia baru sahaja memperluaskan persekolahan wajib ke peringkat menengah, khusus untuk memastikan kanak-kanak (sehingga umur 18) kekal di bangku sekolah.

Perak tidak wajar, pada masa yang sama, menawarkan insentif yang memikat kanak-kanak yang sama meninggalkan bilik darjah demi perkahwinan.

Cadangan ini bukan sekadar persoalan bantuan kewangan. Ia adalah persoalan tentang jenis masa depan yang dipilih oleh negeri ini untuk dilaburkan bagi kanak-kanaknya.

READ MORE:  Eight years after an 11-year-old became a bride, why are we still here?

Perak mesti bergerak ke hadapan, bukan ke belakang

Cadangan Majlis Belia tersebut tidak selaras dengan pendirian kerajaan Perak sendiri.

Pada tahun 2019, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu memaklumkan kepada Parlimen bahawa kerajaan-kerajaan negeri telah dirunding mengenai cadangan menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Perak merupakan antara enam buah negeri yang bersetuju meminda enakmen undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing bagi tujuan tersebut.

Tujuh tahun telah berlalu, namun pindaan itu masih belum dilaksanakan — sedangkan negeri Perak kini pula mempertimbangkan untuk membiayai perkahwinan kanak-kanak yang pernah dijanjikan perlindungan olehnya.

Sebuah negeri yang pernah komited untuk menaikkan umur minimum perkahwinan tidak sewajarnya kini menghantar isyarat yang bertentangan.

Malaysia mesti menunaikan komitmennya untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak

Malaysia telahpun memiliki komitmen kebangsaan untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak melalui Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Punca Perkahwinan Kanak-Kanak, yang dilancarkan pada Januari 2020.

Komitmen ini mesti terus menjadi asas kepada penggubalan dasar. Malaysia tidak seharusnya bertanya bagaimana untuk menjadikan perkahwinan kanak-kanak lebih mudah, lebih mampu dibiayai, atau lebih boleh diterima. Malaysia seharusnya bertanya bagaimana untuk menamatkannya sepenuhnya.

PelajarBukanPengantin menyeru kerajaan negeri Perak supaya:

  • Mengecualikan semua individu di bawah 18 tahun, tanpa sebarang pengecualian, daripada cadangan insentif perkahwinan kali pertama RM500 serta mana-mana skim insentif perkahwinan pada masa hadapan, tanpa menggunakan pengkategorian ‘belia’ sebagai jalan untuk memintas perlindungan kanak-kanak.
  • Menarik balik dan menyalurkan semula peruntukan RM500 yang dicadangkan, sementara skim tersebut dikaji semula, kepada pendidikan, pembangunan kemahiran, perlindungan sosial dan pemerkasaan ekonomi kanak-kanak serta golongan muda – pelaburan yang lebih bermakna dan berkekalan untuk masa depan mereka.
  • Menggubal undang-undang tanpa berlengah untuk menetapkan umur minimum perkahwinan secara seragam pada 18 tahun, bagi kedua-dua jantina, di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Perak) 2004, selaras dengan cadangan Suhakam dan komitmen Perak sendiri sejak 2019 – termasuk menutup peruntukan yang masih membenarkan kanak-kanak perempuan berkahwin pada usia 16 tahun.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu menyediakan penjelasan awam tentang kemajuan Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Punca Perkahwinan Kanak-Kanak, termasuk langkah yang telah diambil oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memenuhi komitmennya sendiri bagi menamatkan perkahwinan kanak-kanak.

Kanak-kanak berhak mendapat yang lebih baik: pendidikan, perlindungan, penjagaan kesihatan, keselamatan ekonomi, dan peluang untuk menentukan masa depan mereka sendiri – bukan perkahwinan yang dikemukakan sebagai jalan penyelesaian kepada kemiskinan, tekanan keluarga, kehamilan atau stigma sosial.

Kanak-kanak adalah tempatnya di bilik darjah, bukan dalam kontrak perkahwinan.

PelajarBukanPengantin berdiri bersama pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam dalam mendesak kerajaan negeri Perak dan kerajaan persekutuan supaya meletakkan kepentingan terbaik kanak-kanak melebihi segala pertimbangan lain.

READ MORE:  Perak marriage incentive must not reward child marriage

Kanak-kanak adalah pelajar, bukan pengantin. – Suhakam

English version

A price on childhood: Perak must not reward child marriage

PelajarBukanPengantin views with grave concern the Perak State Government’s proposal to introduce a RM500 ‘first-time marriage incentive’ for individuals aged 15 to 35, reportedly under consideration for Budget 2027.

We recognise the intention to ease the financial burden young couples face in starting a family – but setting eligibility as low as 15 sends an unacceptable message about childhood, education and marriage.

We call on the Perak state government, in the firmest terms, to exclude everyone below 18 from this or any marriage incentive scheme.

A child is not a bride, nor a bridegroom, in waiting. No state budget, however well-intentioned, should ever place a price on a child’s wedding day.

Under Malaysia’s own Child Act 2001, a person below 18 is, without qualification, a child. A technical label of ‘youth’ for the purposes of youth development policy cannot, and must not, override the protections a child is owed by right.

As the Suhakam children’s commissioners rightly observed in their statement of 30 August, calling a 15-year-old a ‘youth’ does not, and cannot, divest that child of the protections owed to them by right. We fully endorse that position.

Poverty demands solutions, not marriages

Our deepest concern is that economic hardship will be used to justify marrying off children.

Poverty is real. But its answer is not RM500 offered to a child at the marriage registrar’s office. It is stronger access to education, expanded social protection, livelihood support, and greater economic assistance to families.

Malaysia’s own National Strategic Plan on Addressing the Causes of Child Marriage recognises poverty as a driver of child marriage. Its prescribed response is coordinated action across legislation, education, health, social protection and community engagement – not the facilitation of marriage.

A child should never have to become a spouse for their family to achieve economic security. Marriage must never substitute for social protection.

Children belong in classrooms, not marriage contracts

Malaysia has only just extended compulsory schooling to the secondary level, precisely to keep those under 18 in the classroom.

Perak cannot, in the same breath, dangle an incentive that beckons those very children toward marriage instead.

This proposal is therefore not merely a question of financial assistance. It is a question of what future the state chooses to invest in for its children.

Perak must move forward, not backwards

READ MORE:  Eight years after an 11-year-old became a bride, why are we still here?

Nor is this consistent with Perak’s own record. In 2019, the then women, family and community development minister told Parliament that state governments had been consulted on raising the minimum age of marriage to 18. Perak was among six states that agreed to amend their state Islamic family law accordingly.

Seven years on, that amendment remains unmade – even as the state now considers subsidising marriage among the very children it once pledged to protect.

A state that has already committed to raising the minimum age of marriage should not now send the opposite signal.

Malaysia must honour its commitment to end child marriage

Malaysia already holds a national commitment to end child marriage through the National Strategic Plan on Addressing the Causes of Child Marriage, launched in January 2020. That commitment must remain the baseline for policymaking.

Malaysia should not be asking how to make child marriage easier, more affordable, or more acceptable. Malaysia should be asking how to end it altogether.

PelajarBukanPengantin calls upon the Perak state government to:

  • Exclude everyone below 18, without exception, from the proposed RM500 first-time marriage incentive and any future marriage incentive scheme, without recourse to ‘youth’ categorisation as a means of circumventing child protection.
  • Withdraw and redirect the proposed RM500, pending revision of the scheme, towards education, skills development, social protection and economic empowerment for children and young people – a more meaningful and lasting investment in their future.
  • Legislate without delay to fix the minimum age of marriage uniformly at 18, for both sexes, under the Islamic Family Law Enactment (Perak) 2004, in line with Suhakam’s recommendation and Perak’s own 2019 undertaking – closing the provision that still permits girls to marry at 16.
  • Provide a public account of progress under Malaysia’s National Strategic Plan on Addressing the Causes of Child Marriage, including the steps taken by the federal government to fulfil its own commitment to end child marriage.

Children deserve better: education, protection, healthcare, economic security and the chance to shape their own futures – not marriage offered as an answer to poverty, family pressure, pregnancy or stigma.

Children belong in classrooms, not in marriage contracts. PelajarBukanPengantin stands with Suhakam’s children’s commissioners in urging both the Perak state government and the federal government to place the best interests of the child above every other consideration.

Children are pelajar, bukan pengantin. – PelajarBukanPengantin

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x