
[ENGLISH VERSION BELOW] Sempena sambutan Hari Bumi 2025, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Malaysia, sektor industri, institusi pendidikan dan seluruh isi rumah untuk mengambil tindakan yang tabah dan segera dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga negara, meminimumkan pembaziran tenaga elektrik serta mempercepat peralihan daripada pergantungan kepada bahan api fosil kepada sumber tenaga boleh diperbaharui yang bersih, selamat dan mampan.
Tema Hari Bumi tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita”, memperingatkan kita bahawa kuasa untuk melindungi bumi bukan sahaja terletak di tangan kerajaan dan syarikat korporat, tetapi juga dalam tangan setiap individu. Cara kita menggunakan tenaga dan dasar yang kita sokong akan menentukan masa depan planet ini.
Bahan api fosil: Ancaman kepada iklim dan komuniti
Insiden kebakaran paip gas baru-baru ini di Putra Heights pada 1 April, yang memusnahkan rumah dan kenderaan, dan mengganggu kehidupan penduduk, menyerlahkan bahaya tersembunyi akibat pergantungan kita terhadap infrastruktur bahan api fosil.
Walaupun gas asli sering dipromosikan sebagai alternatif yang “lebih bersih” berbanding arang batu, ia tetap membawa risiko serius terhadap keselamatan, kesihatan awam dan alam sekitar. Metana, iaitu komponen utama gas asli, adalah lebih 80 kali ganda lebih kuat (potent) daripada karbon dioksida sebagai gas rumah hijau.
Walaupun penyiasatan masih dijalankan, tragedi ini harus menjadi peringatan: pergantungan berterusan kita terhadap bahan api fosil mengancam keselamatan manusia dan kelestarian planet ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Malaysia tidak boleh menganggap insiden ini sebagai kemalangan terpencil semata-mata, sebaliknya ia harus dijadikan satu amaran serius untuk mempercepatkan peralihan ke arah sistem tenaga yang lebih bersih, selamat dan mampan.
Mengapa kecekapan tenaga penting
Kecekapan tenaga merupakan antara penyelesaian paling berkesan dari segi kos dan boleh dilaksanakan serta-merta untuk menangani krisis iklim. Ia membolehkan kita mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, menjimatkan kos dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api yang mencemarkan – semuanya tanpa menjejaskan kualiti hidup kita.
Di Malaysia, sebahagian besar tenaga elektrik masih dijana daripada bahan api fosil, terutamanya arang batu, minyak dan gas asli. Peningkatan kecekapan bukan sahaja membantu mengelakkan keperluan membina lebih banyak loji jana kuasa, malah mengurangkan tekanan terhadap grid nasional dan menyokong komitmen negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam tindakan bagi menangani perubahan iklim.
Malangnya, pembaziran tenaga masih berleluasa di bangunan-bangunan, kediaman, kilang dan kemudahan awam. Pendingin hawa sering dipasang pada suhu yang terlalu rendah, lampu dibiarkan menyala walaupun tidak perlu dan peralatan elektrik yang tidak cekap tenaga masih digunakan secara meluas.
Menangani isu ini memerlukan bukan sahaja peningkatan dari segi teknologi, tetapi juga perubahan dalam minda dan tingkah laku masyarakat secara menyeluruh.
Penyelesaian palsu: Insinerasi sisa-kepada-tenaga
Salah satu contoh penyelesaian palsu ialah insinerasi sisa-kepada-tenaga, yang sering dipromosikan sebagai kaedah lestari untuk menguruskan sisa sambil menjana elektrik.
Namun begitu, kaedah ini menimbulkan bahan pencemar toksik seperti dioksin, furan, logam berat dan partikel halus. Bahan-bahan ini dikaitkan dengan masalah kesihatan serius termasuk kanser, penyakit pernafasan, kecacatan kelahiran dan gangguan perkembangan kanak-kanak.
Selain itu, pembakaran sisa menghalang usaha kitar semula dan pengurangan sisa, serta mengekalkan kita dalam sistem linear yang mencemar.
Daripada melabur dalam insinerasi, Malaysia seharusnya mengutamakan strategi sifar sisa seperti pengkomposan, sistem guna semula dan mereka bentuk semula produk ke arah ekonomi kitaran.
Inisiatif CAP dengan komuniti
Di CAP, kami percaya bahawa penyelesaian yang dipacu oleh komuniti serta pendidikan merupakan kaedah berkesan untuk membawa perubahan. Sempena Hari Bumi 2025, usaha kami tertumpu kepada meningkatkan kesedaran tentang tenaga dalam kalangan pelajar, guru dan isi rumah.
CAP telah memilih 12 buah sekolah di Pulau Pinang dan Seberang Perai untuk menyertai projek penjimatan dan kecekapan tenaga. Di setiap sekolah, pelajar telah dilantik sebagai pengawas tenaga untuk merekod dan memantau penggunaan elektrik di sekolah masing-masing.
Menerusi inisiatif seperti memadam suis lampu dan kipas yang tidak digunakan, mengurus penggunaan makmal komputer, serta menutup papan pintar selepas digunakan, para pemimpin muda ini telah mula memberi impak yang bermakna kepada persekitaran mereka.
Baru-baru ini, kami telah menganjurkan program latihan penjimatan dan kecekapan tenaga untuk guru-guru sekolah di Pulau Pinang di SJK(C) Union pada 17 April, yang melibatkan 94 orang guru. Program ini mendapat panduan praktikal daripada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai meter pintar, tenaga boleh diperbaharui dan petua penjimatan tenaga.
Sesi kedua akan diadakan pada bulan Mei untuk guru-guru di Seberang Perai. Bengkel-bengkel ini bertujuan untuk membantu guru-guru mengintegrasikan kesedaran tenaga ke dalam aktiviti kelas dan memperdayakan mereka untuk menjadi teladan dalam usaha pemuliharaan tenaga di persekitaran sekolah.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Bumi, CAP juga akan bekerjasama dengan Penang Green Council untuk menganjurkan dua ceramah informatif mengenai “Perubahan Iklim dan Penjimatan Tenaga” serta “Resipi Penyejukan Semula Jadi”. Acara ini diadakan pada 22 April…
Melalui inisiatif-inisiatif ini, CAP berharap dapat membentuk satu generasi rakyat Malaysia yang celik tenaga, yang akan terus membuat pilihan tepat dengan maklumat yang diperolehi dan bertanggungjawab sepanjang hayat mereka.
Kami menggesa kerajaan untuk mempercepatkan tindakan dalam menangani perubahan iklim, melaksanakan dasar tenaga boleh diperbaharui yang berdaya maju, dan secara berperingkat menghapuskan subsidi yang merugikan untuk bahan api fosil.
Pihak perniagaan perlu mengguna pakai teknologi penjimatan tenaga, mengurangkan pembaziran tenaga, dan mengambil langkah-langkah kecekapan sumber serta mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar.
Kuasa kita bergantung pada tindakan kita seterusnya
Tema “Kuasa Kita, Planet Kita” menekankan tanggungjawab yang kita semua kongsi dan peluang yang kita ada untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kuasa itu bukan hanya berada pada bekalan elektrik kita, tetapi juga pada suara kita, undian kita, tindakan kita dan tuntutan kita untuk dunia yang lebih adil dan lestari. – CAP
English version
CAP urges for just energy transition for a safer, greener future
In conjunction with Earth Day 2025, the Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the Malaysian government, industries, schools and households to take bold and urgent action to enhance energy efficiency, minimise electricity wastage and accelerate the transition from fossil fuels to safe, clean renewable energy sources.
This year’s Earth Day theme, “Our Power, Our Planet”, reminds us that the power to protect the planet lies not only with governments and corporations, but also in the hands of every individual. The way we use energy and the policies we support will shape our planet’s future.
Fossil fuels – risk to both climate and communities
The recent gas pipeline fire in Putra Heights on 1 April, which destroyed homes and vehicles and disrupted lives, underscores the hidden dangers of our ongoing dependence on fossil fuel infrastructure.
While natural gas is often promoted as a “cleaner” alternative to coal, it still poses serious safety, health and environmental risks. Methane, the main component of natural gas, is over 80 times more potent than CO2 as a greenhouse gas.
Although investigations are ongoing, this tragedy serves as a stark reminder: our continued dependence on fossil fuels endangers both people and the planet.
Malaysia must treat this incident not as an isolated accident, but as a wake-up call to transition urgently towards a cleaner, safer and more resilient energy system.
Why energy efficiency matters
Energy efficiency is one of the most cost-effective and immediate solutions to tackle the climate crisis. It allows us to reduce emissions, save costs and reduce dependence on polluting fuels – all without compromising our quality of life.
In Malaysia, the much of our electricity is still generated from fossil fuels, particularly coal, oil and natural gas. Improving efficiency helps us to avoid the need for more power plants, reduces strain on the national grid and supports our national and international climate commitments.
Unfortunately, energy wastage remains widespread in buildings, households, factories and public facilities. Air conditioning is often set too low, lights are left on unnecessarily, and inefficient appliances are still in use. Addressing this requires both technological upgrades and a shift in public mindset and behaviour.
False solution: waste-to-energy incineration
One example of a false solution is waste-to-energy incineration, which is often promoted as a sustainable way to manage waste while generating electricity.
However, this method poses significant environmental and health risks. Incinerators emit toxic pollutants such as dioxins, furans, heavy metals and fine particulate matter. These substances are linked to serious health issues, including cancer, respiratory illness, birth defects and developmental problems in children.
Moreover, burning waste discourages recycling and waste reduction efforts, locking us into a linear and polluting system. Instead of investing in incineration, Malaysia should prioritise zero-waste strategies, including composting, reuse systems and the redesigning of products for circularity.
Grassroots energy initiatives
At CAP, we believe that community-led solutions and education are powerful tools for change. Our Earth Day 2025 efforts focus on building energy awareness among students, teachers and families.
CAP has selected 12 schools from both Penang Island and the mainland to participate in our energy saving and efficiency project. At each school, student energy monitors were appointed to track electricity consumption in their school. Through initiatives such as switching off unused lights and fans, managing computer lab usage and turning off the smart board after use, these young leaders are already making a meaningful impact.
We recently organised an energy-saving-and-efficiency training programme for school teachers in Penang Island at SJK(C) Union on 17 April, reaching out to 94 teachers, with practical guidance from Tenaga Nasional Berhad (TNB) on smart meters, renewable energy and energy-saving tips. A second session will be held in May for teachers in the mainland.
These workshops aim to help teachers integrate energy awareness into classroom activities and empower them to lead by example in conserving electricity within school environments.
As part of the Earth Day celebration, CAP will also collaborate with the Penang Green Council (PGC) to deliver two informative talks on “Climate Change and Energy-Saving” and “Natural Cooling Recipes”. The event will take place on 22 April…
Through these initiatives, CAP hopes to cultivate a generation of energy-literate people in Malaysia who will continue to make informed and responsible choices throughout their lives.
We urge the government to show leadership by accelerating climate action, enacting strong renewable energy policies and phasing out harmful subsidies for fossil fuels.
Businesses must employ energy-saving technologies, waste reduction and resource efficiency measures and adhere to environmental regulations.
Our power lies in what we do next
The theme “Our Power, Our Planet” speaks to the responsibility we all share and the opportunity we have to build a better future.
The power is not just in our electricity supply. It is in our voices, our votes, our actions and our demands for a more just and sustainable world.
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme