Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil (CSO) yang menandatangani kenyataan ini, menggesa kerajaan dan pembangkang untuk memeterai satu perjanjian merentas parti yang melibatkan kesemua 218 Ahli Parlimen, bagi melengkapkan lapan reformasi utama dalam baki tempoh penggal parlimen ke-15.
Tanpa perjanjian sedemikian, reformasi-reformasi penting ini berisiko tergendala akibat ketidaktentuan politik dan terdedah kepada pengaruh pihak-pihak tanpa mandat pilihan raya yang tidak mahu reformasi-reformasi ini memperkasakan pengundi Malaysia.
Perjanjian ini bertujuan merintis jalan ke arah pengukuhan demokrasi berparlimen sebelum dan selepas pilihan raya umum akan datang, dan memulihkan keyakinan awam dan antarabangsa terhadap kestabilan politik serta akauntabiliti di Malaysia.
Justeru, ia mesti merangkumi kepentingan kerajaan ‘Madani’ mahupun Perikatan Nasional.
Kredit bagi kejayaan reformasi ini wajar diberikan kepada setiap daripada 218 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Kami menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk berhubung secara terus dengan kepimpinan tertinggi PN demi memperdalam demokrasi dan memperkukuh kestabilan negara.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Melangkah ke tahun terakhir penggal pentadbirannya, ini merupakan saat berharga buat beliau sebagai seorang negarawan untuk menyatukan semua parti bagi membawa perubahan yang berimpak tinggi.
Ini juga merupakan peluang keemasan buat PN untuk mengemukakan tawaran komprehensif kepada kerajaan Madani, seterusnya membuktikan kepimpinan berwawasan dan komitmen demokratik mereka untuk Malaysia selepas pilihan raya umum.
Berdasarkan pertimbangan di atas, kami mengesyorkan lapan reformasi berikut untuk dimasukkan ke dalam perjanjian tersebut:
- Had tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun
- Pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya
- Akta kebebasan maklumat
- Akta ombudsman
- Akta peruntukan pembangunan kawasan yang saksama
- Akta pendanaan politik, berserta dana awam untuk parti-parti politik
- Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertanggungjawab kepada Parlimen, bukannya kepada perdana menteri
- Notis tiga bulan untuk pembubaran Parlimen, sekiranya tiada konsensus untuk Parlimen ke-15 berkhidmat penuh sehingga 18 Disember 2027
Empat reformasi pertama merupakan janji awal Perdana Menteri Anwar pada permulaan penggal beliau, di mana dua reformasi yang pertama memerlukan majoriti dua pertiga (148 undi) bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.
Had tempoh jawatan PM selama 10 tahun akan membolehkan pembaharuan dan penyegaran semula kepimpinan, di samping mencegah penyalahgunaan kuasa dan politik dinasti.
Pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya pula amat penting bagi mengelakkan pendakwaan terpilih, kekebalan terpilih dan kewujudan amalan masyarakat dua darjat.
Akta kebebasan maklumat dan akta ombudsman bakal memperkasa rakyat Malaysia, memupuk ketelusan dan akauntabiliti, serta memberi insentif kepada penjawat awam untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang lebih baik.
Reformasi-reformasi ini sudah tentu menghadapi tentangan daripada pihak tertentu. Justeru, mana-mana parti yang berhasrat untuk memimpin atau menyertai kerajaan akan datang sepatutnya membantu merealisasikannya dalam penggal kerajaan sedia ada.
Empat reformasi seterusnya adalah penting bagi menjamin medan persaingan yang adil dan saksama. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangkang hari ini, malah kepada mana-mana parti – termasuk yang berada dalam kerajaan sekarang – yang mungkin satu hari nanti duduk di bangku pembangkang.
Reformasi-reformasi ini berfungsi sebagai jaminan tambahan untuk memastikan kelangsungan pembangkang yang sihat, sekali gus menggalakkan persaingan secara konstruktif.
Kelima, peruntukan pembangunan kawasan yang saksama – berdasarkan apa jua formula objektif yang dipersetujui berserta jaminan ketelusan dan akauntabiliti – hendaklah disalurkan secara adil kepada semua Ahli Parlimen dan, di peringkat negeri, kepada semua ahli dewan undangan negeri. Peruntukan pembangunan kawasan tidak sepatutnya dimonopoli oleh kerajaan atau dijadikan syarat untuk menyokong kerajaan.
Keenam, akta pendanaan politik amat diperlukan bagi mencegah penyelewengan dana awam dan penguasaan oleh penderma luar negara, seperti yang disaksikan dalam skandal 1MDB.
Dana awam kepada parti-parti politik berdasarkan bahagian undi (vote share) dan kriteria objektif yang lain, termasuk pencalonan wanita, adalah penting untuk mempromosikan medan persaingan yang adil dan saksama serta mengurangkan pengaruh pendana swasta.
Ketujuh, SPR mestilah diwujudkan secara bebas, berkecuali dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan bukannya kepada perdana menteri. SPR juga perlu diberi kuasa yang lebih luas, termasuk kuasa atas pendaftaran parti-parti politik.
Langkah ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap proses dan sistem pilihan raya kita, sekali gus mengelakkan ketidakstabilan akibat pertikaian pilihan raya.
Akhir sekali, rakyat Malaysia berhak mengetahui jadual kerja kerajaan, bukannya diheret dalam teka-teki tarikh pilihan raya.
Sekiranya kerajaan dan pembangkang tidak dapat bersetuju agar kerajaan berkhidmat sehingga 18 Disember 2027 apabila Parlimen terbubar secara automatik, perdana menteri sepatutnya berkomitmen untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran awal tiga bulan sebelum tarikh tersebut.
Ini akan memberikan tempoh yang mencukupi kepada SPR, semua parti dan orang ramai untuk membuat perancangan sewajarnya. Langkah ini bakal menjadi teladan yang baik untuk pilihan raya umum dan pilihan raya negeri pada masa hadapan.
Sudah masanya amalan lapuk perdana menteri menyerang hendap Pembangkang dengan pilihan raya kilat dikuburkan.
Kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan 13 Ahli Parlimen (tujuh daripada Bersatu, seorang daripada Muda dan enam bekas ahli Bersatu) atas pemeteraian perjanjian kepercayaan dan perbekalan pada 29 Oktober 2026.
Walaupun perjanjian ini meletakkan kerajaan pada posisi yang lebih kukuh untuk mengusulkan dua pindaan perlembagaan tersebut, ia terlalu sempit skopnya dan tetap transaksi sifatnya, memandangkan pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kekal menjadi barang dagangan rundingan dan bukannya mandat undang-undang.
Kami menyokong gesaan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said agar PN memeterai satu lagi perjanjian kepercayaan dan pembekalan dengan kerajaan Madani.
Namun, kami berpandangan bahawa skop perjanjian tersebut mestilah lebih luas, dengan merangkumi kepentingan sah pembangkang melebihi sekadar akses bersyarat kepada peruntukan pembangunan kawasan yang saksama.
Kami menyeru kepimpinan tertinggi PN untuk mempertimbangkan cadangan perjanjian merentas parti yang merangkumi lapan reformasi ini. Kami mengambil maklum pendirian PN bahawa tujuh AP dari Bersatu tidak mewakili pembangkang.
Kerana PN berada di posisi yang jauh lebih perkasa untuk menuntut perjanjian sebenar yang memberi manfaat kepada negara dan pembangkang, kini adalah masa yang paling sesuai untuk PN membuktikan kepimpinan dan kesediaannya untuk memimpin negara selepas pilihan raya umum kelak.
Kejayaan politik yang dicapai oleh kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pembangkang ketika itu, Pakatan Harapan, dalam membawa reformasi dan kestabilan selama 13 bulan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangani pada 13 September 2021 – iaitu tepat lima tahun lalu – sepatutnya menjadi teladan bagaimana kancah politik tanah air boleh dijadikan lebih profesional dan produktif.
Initiated by Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama), Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih), Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) and Rasuah Busters.
Endorsed by 47 civil society organisations:
- Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
- Aliran
- All Women’s Action Society (Awam)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
- Cahaya Society
- Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
- Daya Nurani Sdn Bhd
- Filsufi & Co
- G25 Malaysia
- Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
- Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
- Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
- Justice for Sisters (JFS)
- Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- Lawyer Kamek
- LLG Cultural Development Centre
- Movement for Change Sarawak
- National Human Rights Society (Hakam)
- North South Initiative
- Oriental Hearts and Mind Study Institute (Ohmsi)
- Partners of Community Organisations (Pacos)
- People Like Us Hang Out! (Pluho)
- Persatuan Bertindak Pilihan Raya Bebas dan Saksama (Tindak)
- Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (Association of Family Support and Welfare Selangor & KL (Family Frontiers)
- Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya (MPJ)
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat
- Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
- Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti (Jejaka)
- Pertubuhan Solidaritas
- Rasuah Busters
- Roots of Borneo (RoB)
- Sabmoz Inc
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- SIS Forum (Malaysia)
- Society for Equality, Respect and Trust for All Sabah
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
- The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
- The OKU Rights Matter Project
- The Sarawak Initiative (TSI)
- Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)
- University of Malaya Association of New Youth (Umany
- Workers Unmuted
- Women’s Aid Organisation (WAO)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











