Home Civil Society Voices Perkembangan inkues kematian Mohd Fadzrin

Perkembangan inkues kematian Mohd Fadzrin

Tujuan inkues diadakan adalah untuk mencari punca dan sebab kematian, bukan untuk menentukan siapa salah atau benar

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hari 15 April merupakan sesi pendengaran ke atas permohonan semakan jenayah yang difailkan oleh peguam mewakili keluarga arwah Mohd Fadzrin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Semakan ini adalah berkenaan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan penyerahan dokumen berkaitan inkues itu kepada pihak peguam mewakili keluarga.

Keputusan hakim koroner itu dibuat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Koroner Pulau Pinang selepas pihak pegawai pengendali inkues daripada Pejabat Peguam Negara enggan membuat penyerahan dokumen kepada pihak peguam yang mewakili keluarga mangsa.

Dalam hujahan di Mahkamah Tinggi hari itu, pihak peguam, M Visvanathan, telah mengemukakan rujukan-rujukan kes dan keputusan-keputusan mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah koroner yang telah memutuskan agar pihak peguam yang mewakili keluarga dalam sesuatu inkues hendaklah diberikan dokumen seperti yang dikehendaki.

Peguam juga menegaskan tujuan dokumen itu diperlukan bukan untuk mencari sebarang kesalahan pihak tertentu sebaliknya untuk mencari keadilan buat si mati.

Kami, Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict), ingin mengingatkan pihak Jabatan Peguam Negara bahawa tujuan inkues diadakan adalah untuk mencari punca dan sebab kematian, bukan untuk menentukan siapa salah atau benar, siapa menang atau kalah.

Justeru itu, langkah yang diambil Pejabat Peguam Negara yang tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak keluarga adalah dilihat sebagai langkah yang tidak tepat dalam situasi sekarang.

Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Mei 2021 sebagai tarikh keputusan bagi semakan tersebut. Inkues yang dijadual bersambung pada 15 April ini pula telah ditunda kepada 7 Mei bagi menunggu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Keluarga diwakili oleh peguam M Visvanathan dan Sanjay Nathan. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x