[ENGLISH VERSION BELOW] Badan Peguam Malaysia mengambil maklum kenyataan terkini yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, bahawa tiada kematian dalam tahanan direkodkan di pusat tahanan imigresen dan polis yang berpunca daripada pihak berkuasa semenjak beliau mengambil alih jawatan ini.
Susulan daripada kenyataan beliau, kami ingin menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap perkara ini, dan menegaskan beberapa perkara kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.
Adalah amat penting untuk menekankan bahawa penentuan punca kematian dalam tahanan terletak sepenuhnya pada koroner, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah. Ini mewajibkan siasatan ke atas kematian yang berlaku dalam tahanan polis. Sebarang pengesahan punca kematian ini mesti dilakukan setelah siasatan yang menyeluruh dan bebas dilakukan oleh koroner untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan.
Menurut kenyataan menteri dalam negeri, kematian dalam tahanan baru-baru ini dikaitkan dengan sebab-sebab kesihatan, termasuk Covid, tuberkulosis dan masalah jantung. Ini menimbulkan beberapa kebimbangan kritikal yang perlu ditangani dengan segera.
Pertama, adalah penting untuk menentukan sama ada tahanan-tahanan ini meninggal dunia di dalam kemudahan tahanan ataupun di kawasan hospital. Lokasi kematian mereka adalah signifikan dalam memahami keadaan dan penjagaan yang diberikan di dalam persekitaran tahanan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain itu, kita juga harus meneliti kecukupan dan ketepatan masa rawatan perubatan yang diterima oleh individu-individu ini. Adakah mereka dirawat dengan segera oleh profesional perubatan yang berkelayakan, dan adakah rawatan yang mereka perlukan diberikan tanpa kelewatan?
Kesihatan dan keselamatan tahanan haruslah menjadi keutamaan, dan sebarang kelemahan dalam penjagaan kesihatan mesti dikenal pasti dan diperbaiki.
Seterusnya, adalah mustahak untuk menyiasat sama ada kematian-kematian ini boleh dielakkan. Adakah berlakunya kecuaian oleh pihak berkuasa dalam menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan?
Kegagalan dalam mengelakkan berlakunya kematian-kematian yang disebabkan oleh masalah kesihatan yang boleh dirawat menunjukkan adanya pelanggaran tugas yang serius dan ini menegaskan bahawa perlunya ada pembaharuan sistemik bagi memastikan kesejahteraan tahanan-tahanan.
Badan Peguam Malaysia telah meluluskan satu resolusi pada mesyuarat agung tahunan ke-76 pada tahun 2022, yang menekankan perlunya ada langkah-langkah tegas dalam menangani kematian dalam tahanan.
Resolusi ini menyatakan bahawa pemakluman mengenai kematian dalam tahanan haruslah dilaporkan dengan segera kepada koroner, yang hendaklah melawat lokasi, melihat mayat dan memulakan siasatan awal secara bebas.
Resolusi ini menegaskan bahawa koroner harus menjadi penentu tunggal punca kematian, dan polis serta pegawai-pegawai awam yang lain tidak harus membuat pengumuman terbuka mengenai punca kematian.
Resolusi ini turut menyeru penggubalan suatu akta mahkamah koroner (coroners’ courts act), dan hakim Mahkamah Sesyen bertindak sebagai koroner; di samping penubuhan suatu jabatan koroner untuk memastikan operasi yang bebas dan efektif.
Selain itu, resolusi ini mengesyorkan pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah untuk mencerminkan penambahbaikan dan penjelasan sistem kehakiman, mendidik pegawai awam tentang keperluan undang-undang untuk melaporkan dan menyiasat kematian dalam tahanan, dan merujuk kes kematian dalam tahanan yang belum selesai kepada koroner untuk diadakan inkues.
Resolusi ini seterusnya mendesak agar kerajaan Malaysia membuat pendedahan tahunan mengenai jumlah kematian yang mencurigakan, kematian dalam tahanan, dan penemuan koroner.
Pihak berkuasa dan kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk semua tahanan. Ini bukan sahaja dapat mencegah kecederaan fizikal malah memastikan akses kepada rawatan perubatan yang sesuai. Keadaan semasa kematian dalam tahanan menunjukkan kegagalan dalam memenuhi tanggungjawab asas ini.
Tiada siapa yang patut berbangga dengan ketiadaan kes bunuh diri atau serangan sedangkan kematian dalam tahanan terus berlaku akibat masalah kesihatan. Matlamat yang harus dicapai adalah sifar kematian dalam tahanan.
Kami menyeru pihak berkuasa untuk mengambil langkah segera dan berkesan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua tahanan dan untuk menghalang sebarang kehilangan nyawa.
Dengan ini, Badan Peguam Malaysia menegaskan bahawa satu kematian dalam tahanan adalah terlalu banyak. Siasatan menyeluruh perlu dijalankan dan kebertanggungjawapan perlu ditegakkan untuk mengelakkan berlakunya lebih tragedi.
Kami menggesa kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan – termasuk Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) – untuk mengambil tindakan yang tegas bagi melindungi nyawa dan hak semua individu dalam tahanan.
Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia
English version
Malaysian Bar calls for accountability for custodial deaths
The Malaysian Bar takes note of the recent statements made by the Minister of Home Affairs, Saifuddin Nasution Ismail, that there have been no custodial deaths in immigration and police detention centres that were attributed to the authorities since he took over office.
In response to his statements, we wish to express our grave concerns and emphasise several critical points that need immediate attention and action.
It is paramount to underscore that the determination of the cause of deaths in custody lies exclusively with the coroner, as stipulated in Section 334 of the Criminal Procedure Code. This mandates an inquest into deaths occurring in police custody. Any assertions regarding the causes of these deaths must be made following a thorough and independent investigation by the coroner to ensure transparency and accountability.
The minister stated that the recent deaths in custody were all attributed to health reasons, including Covid, tuberculosis and heart problems. This raises several critical concerns that need to be addressed promptly.
First, it is essential to determine whether these detainees passed away within the detention facilities or in a hospital setting. The location of their deaths is significant in understanding the conditions and care provided within the detention environment.
Furthermore, we must scrutinise the adequacy and timeliness of the medical attention these individuals received. Were they promptly attended to by qualified medical professionals and was the necessary treatment administered without delay?
The health and safety of detainees should be a priority, and any lapses in medical care must be identified and rectified.
It is crucial to investigate whether these deaths could have been prevented. Was there any negligence on the part of the authorities in providing the necessary medical care?
The failure to prevent deaths that result from treatable health conditions points to a serious breach of duty and highlights the urgent need for systemic reforms to ensure the wellbeing of all detainees.
The Malaysian Bar adopted a resolution at its 76th annual general meeting in 2022, which highlighted the need for stringent measures to address custodial deaths.
The resolution states that the immediate reporting of deaths in custody must be made to the coroner, who should then visit the site, view the body and commence independent preliminary inquiries.
The resolution asserts that the coroner shall be the sole determiner of the cause of death, with the police and other public officers refraining from making public announcements regarding the cause of death.
The resolution also calls for the enactment of a coroners’ courts act, with Sessions Court judges presiding as coroners, and for the establishment of a coroners department to ensure independent and effective operations.
Additionally, the resolution recommends amending the Criminal Procedure Code to reflect judicial improvements and clarifications, educating public officers about the legal requirements for reporting and inquiring into custodial deaths, and referring the remaining unresolved cases of custodial deaths to the coroner for inquests.
The resolution further calls for the Malaysian government to annually disclose the number of suspicious deaths, deaths in custody, and the findings of the coroner.
The authorities and the government have a duty and responsibility to provide a safe environment for all detainees. This includes not only preventing physical harm but also ensuring access to appropriate medical care. The current state of custodial deaths indicates a failure in fulfilling this fundamental responsibility.
No one should take pride in the absence of suicides or assaults when deaths in custody continue to occur due to health issues. The goal must be to achieve zero deaths in custody.
We call upon the authorities to take immediate and effective measures to ensure the safety and wellbeing of all detainees and to prevent any further loss of life.
The Malaysian Bar asserts that one death in custody is one too many. It is imperative that thorough investigations are conducted, and accountability is established to prevent further tragedies.
We urge the Malaysian government and the relevant authorities – including the Independent Police Conduct Commission (IPCC) and the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) – to take decisive action to safeguard the lives and rights of all individuals in custody.
Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme