Home Civil Society Voices Pertahankan demokrasi, tolak ketidakstabilan

Pertahankan demokrasi, tolak ketidakstabilan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (Hikam) memandang serius perkembangan politik mutakhir yang memperlihatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan selain daripada proses pilihan raya yang sah.

Sebagai gabungan NGO gerakan Islam yang berpegang kepada prinsip maqasid syariah dan keadilan dalam siasah, Hikam menyatakan pendirian seperti berikut:

Empat seruan tegas Hikam:

  • Menolak sebarang bentuk cubaan merampas kuasa secara tidak demokratik: Hikam dengan tegas menolak usaha menjatuhkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’, tekanan politik yang tidak sah atau perancangan seumpama Langkah Sheraton 2.0. Peralihan kuasa hanya wajar berlaku melalui pilihan raya yang adil dan bebas, selari dengan prinsip syura dan suara rakyat.
  • Menegaskan pentingnya kestabilan demi kemajuan rakyat dan negara: Usaha-usaha menggugat kestabilan politik hanya akan mengundang krisis keyakinan, menjejaskan ekonomi dan menambah penderitaan rakyat. Islam mengajar agar mengutamakan maslahat ummah dan menolak kerosakan (mafsadah) yang timbul daripada perebutan kuasa tanpa asas demokratik.
  • Menyeru semua pihak untuk kembali kepada adab siasah dan jalan rundingan: Hikam menyeru semua parti politik, termasuk pembangkang, untuk memainkan peranan kawal dan imbang secara beradab dan bertanggungjawab. Sekiranya terdapat kelemahan dalam kerajaan, ia harus ditegur secara hikmah melalui dialog dan mekanisme perundangan yang sah, bukan melalui hasutan atau manipulasi kuasa.
  • Fokus kepada usaha memulihkan dan mereformasi negara: Hikam menyeru semua pihak untuk bersama-sama fokus kepada usaha memulihkan dan mereformasi negara daripada rasuah wang dan kuasa, daripada pengayaan elit tertentu kepada pengagihan kekayaan negara yang saksama kepada rakyat, bagi memacu negara yang lebih sejahtera.

Oleh itu, kami menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia untuk bersatu mempertahankan kedaulatan demokrasi, menolak ketidakstabilan politik dan terus menyokong agenda pembangunan negara berteraskan prinsip keadilan, perpaduan dan keamanan yang menjadi teras Malaysia Madani.

READ MORE:  Can Malaysia emerge as a mature democracy?

“Politik Islam adalah menjunjung amanah, bukan merebut kuasa dengan tipu daya.”

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (Hikam):

  • Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
  • Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  • Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan)

Sekretariat Hikam

  • Azizuddin Ahmad, setiausaha agung, Wadah
  • Mohd Hafiz Abd Hamid, setiausaha agung, Ikram
  • Muhammad Aliemran Norasid, setiausaha agung, Abim
  • Mohd Sabbri Md Yudin, setiausaha agung, Haluan
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x