Home Civil Society Voices Pertandingan agung – Antara kemanfaatan dan kemungkaran menjelang 19 November

Pertandingan agung – Antara kemanfaatan dan kemungkaran menjelang 19 November

Wipe out corruption in Malaysia - BENEDICT LOPEZ/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persepsi umum melihat pilihan raya umum 2022 sebagai pertandingan agung – persaingan sengit antara kemanfaatan dan kemungkaran di mana kemanfaatan disamakan dengan pihak pembangkang manakala kemungkaran disamakan dengan Umno-Barisan Nasional.

Hakikat yang perlu Umno-BN terima, punca persepsi umum ini adalah disebabkan kesilapan pimpinan mereka sendiri. Disebabkan kebergantungan tinggi oleh politikus muda kepada pimpinan tertinggi yang mengharapkan ‘gula-gula’ dan projek mega, Umno-BN banyak dikaitkan dengan projek-projek monopoli yang mencemarkan nama baik parti.

Tuntasnya, di dalam pertembungan agung ini, persepsi umum di media sosial dan kedai-kedai kopi adalah, Umno-BN adalah parti yang diselubungi oleh korupsi dan salah guna kuasa.

Pada pemerhatian saya, ini bukan sekadar persepsi. Walaupun politikus Umno-BN pantas mengatakan ini adalah persepsi yang tidak berasas, Patriot mempunyai justifikasi yang berlainan. Sebagai contoh, bekas presiden Umno-BN dan juga mantan perdana menteri ke-enam telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dan dikenakan tempoh 12 tahun penjara.

Hukuman penjara terhadap mantan perdana menteri yang disabitkan kesalahan rasuah adalah yang pertama di dalam sejarah negara. Dan ianya bukanlah satu sejarah yang membanggakan kita. Bukan sahaja ini satu penghinaan, tetapi hakikatnya, ini membuktikan barah yang sudah lama membara di dalam struktur parti yang berkenaan.

Tambahan pula, terdapat beberapa ahli Umno-BN lain yang juga sedang mengikuti perbicaraan, menanti keputusan dan juga sedang menanti pertuduhan.

Ucapan presiden Umno di dalam acara rasmi parti politik baru-baru ini memberi gambaran kepada kita, akan banyak lagi pertuduhan yang akan dibuat terhadap pimpinan Umno-BN sekiranya perikatan ini kalah di dalam pilihan raya umum kali ini.

Ini adalah pengakuan yang jelas daripada presiden Umno sendiri pada acara tersebut. Ia memalitkan nama buruk bukan sahaja pada empunya badan tetapi pada BN secara keseluruhan.

READ MORE:  India's surprising election results and the verdict on the media

Mungkin ini adalah gurauan semata-mata untuk lawak jenaka, tetapi adakah pengucapan sebegini layak diperkatakan pada perhimpunan parti yang dihadiri oleh ahli dan pimpinan tertinggi?

Pelajar sekolah juga tahu membezakan antara jenaka dan pengucapan rasmi.

Menjelang pilihan raya umum, pengucapan pimpinan parti politik haruslah memberi mesej yang membina dan konstruktif kepada ahli-ahli parti. Mesej kepimpinan adalah perlu untuk memberi hala tuju kepada ahli pada masa yang sama, bersama mendepani cabaran politik.

Apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bukanlah satu bahan jenaka. Semestinya ia telah mengaibkan individu-individu yang namanya disebutkan, juga kepada pemimpin lain yang sedang dan akan berhadapan dengan perbicaraan rasuah sekiranya Umno-BN kalah di dalam pilihan raya umum.

Bahasa tubuh badan mereka jelas menunjukkan ketidakselesaan apabila nama mereka disebut oleh Zahid.

Masyarakat tidak boleh diperbodohkan. Persepsi umum terbina dengan pendedahan media dan juga fakta yang kuat seperti insiden di yang disebutkan di atas.

Oleh itu, kecenderungan persepsi umum dan orang ramai percaya bahawa Umno-BN mempunyai pemimpin yang korup dan menunggu masa untuk menghadapi perbicaraan mahkamah.

Baru-baru ini, kedua baginda Sultan Perak dan Selangor telah bertitah – menyeru kepada rakyat untuk menolak amalan rasuah dan pemimpin yang haloba. Persoalannya, apakah yang menyebabkan kedua baginda sultan bertitah sedemikian?

Patriot percaya, titah baginda sultan adalah kerana kebobrokan dan salah laku yang begitu parah dilakukan oleh ahli politik kita. Ketamakan dan amalan korupsi mereka telah melebihi batas.

Sehubungan itu, Patriot menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi undi dengan rasa tanggungjawab dan penuh kesedaran.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum harus menyahut baik titah diraja ini dan mana individu yang waras juga harus menolak calon yang korup ataupun calon telah dibuktikan bersalah dan dikaitkan dengan skandal rasuah.

READ MORE:  Umno sliding to oblivion!

Sekiranya kita tidak mengundi individu yang tidak bertanggungjawab seperti mereka, raja, negara dan rakyat Malaysia akan melihat permulaan kepada negara yang bersih dan kerajaan yang bertanggungjawab.

Tanahair kita sudah tepu dengan ahli politik yang korup dan tidak amanah. Enam dekad adalah tempoh yang terlalu lama dengan amalan korupsi dan ini perlu ditamatkan pada pilihan raya umum kali ini.

Kita sebagai rakyat memerlukan ahli politik yang berkelayakan, kerana itu adalah hak kita sebagai warganegara yang berdaulat.

Brigadier General Dato’ Mohamed Arshad Raji (Bersara) ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x