Home Civil Society Voices Perwakilan wanita yang rendah di Parlimen dan dewan negeri/Women’s under-representation in Parliament...

Perwakilan wanita yang rendah di Parlimen dan dewan negeri/Women’s under-representation in Parliament and state assemblies

PATRIZIA KRAMER/FLICKR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Menyaksikan keputusan pilihan raya Sabah pada 29 November, nyata bahawa dominasi lelaki yang begitu ketara dalam Dewan Undangan Sabah, dan seterusnya dalam pelantikan jawatankuasa majlis Sabahi yang dilantik, masih kekal berterusan di Negeri di Bawah Bayu.

Hanya lima daripada 73 wakil dewan (iaitu 6.8%) yang dipilih adalah wanita (menurun daripada tujuh pada dewan terdahulu). Apabila melibatkan penamaan calon, hanya 71 daripada 596 calon atau 11.9% adalah wanita manakala 88.1% adalah lelaki.

Di sebuah negeri di mana wanita dan kanak-kanak perempuan membentuk hampir separuh daripada populasi serta separuh pengundi, angka-angka ini amat tidak wajar.

Namun, ini bukan fenomena yang terhad kepada Borneo sahaja. Terdapat 13.5% wakil wanita di Dewan Rakyat dan 11.9% secara keseluruhan di semua 13 dewan undangan negeri di Malaysia.

Oleh itu, jelas bahawa kekurangan wakil wanita di peringkat persekutuan dan negeri merupakan satu fenomena nasional.

Kewakilan wanita bukan isu remeh. Walaupun sumbangan dan peranan mereka penting dalam semua aspek masyarakat, termasuk dalam keluarga, kejiranan, sekolah, universiti, profesion, sukan dan perniagaan, wanita dan perempuan sering dinafikan hak dan keistimewaan yang sama sebagai warganegara sepenuhnya di Malaysia.

Wanita kerap diabaikan, dipinggirkan dalam perbincangan, didiskriminasi, didera dan menjadi sasaran gangguan, pemerdagangan serta keganasan, yang kesemuanya kini dipergiatkan dan dipercepatkan oleh teknologi.

Keganasan berasaskan gender dan diskriminasi

Jadual di bawah menunjukkan data mengenai keganasan berasaskan gender dan pembuangan bayi antara 2021–23 daripada polis. Data 2024 masih belum diterbikan.

Malaysia menunjukkan tren yang tidak menggalakkan bagi kebanyakan jenis keganasan berasaskan gender dan pembuangan bayi; sementara keganasan rumah tangga dan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak kekal pada tahap yang membimbangkan.

Sabah mencatatkan peratusan yang agak tinggi berbanding dengan saiz populasinya, khususnya bagi bahan penderaan seksual kanak-kanak, pendandanan (grooming) serta serangan fizikal dan bukan fizikal terhadap kanak-kanak (29%), rogol dan serangan seksual terhadap kanak-kanak (12%) dan pembuangan bayi (16%).

Data nasional di atas menunjukkan wujudnya budaya misogini yang berbahaya dan membimbangkan di negara kita, walaupun ia sering terselindung.

Di peringkat nasional, terdapat lebih banyak lagi:

  • Purata gaji wanita adalah 8% lebih rendah berbanding lelaki untuk kerja yang sama, setelah diselaraskan mengikut umur, kawasan, industri dan faktor demografi lain, menurut Khazanah Research Institute Working Paper (01/24, 4 Oktober 2024).
  • Wanita menghadapi cabaran besar dalam kesihatan seksual dan reproduktif, termasuk kemiskinan haid, kadar penggunaan kontraseptif yang rendah dan statik sekitar 55%; ketersediaan pengguguran yang selamat dan mampu milik yang terhad; kegagalan program pendidikan seksual di bawah Pekerti (rujuk laporan UNFPA 2022 mengenai Malaysia); peningkatan kes dan risiko terdedah kepada STI/HIV Aids serta risiko ketara kanser serviks yang boleh dicegah. Terdapat 1,740 kes kanser serviks dengan 991 kematian pada 2023.
  • Purata 1,500 perkahwinan kanak-kanak setahun berdasarkan anggaran Unicef.
  • Perwakilan wanita yang rendah dalam bidang Stem dan pendidikan vokasional teknikal. Pada 2017 (data terkini tidak diterbit), bagi setiap 100 pelajar, kanak-kanak lelaki mengatasi perempuan muda dengan nisbah 74 berbanding 26 dalam bidang elektrik dan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.
  • Kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja adalah 5%, berbanding lelaki 83%. Namun, golongan wanita muda mengatasi lelaki muda dalam pendidikan tinggi dengan nisbah kira-kira 60 berbanding 40 bagi setiap 100 pelajar.

Dengan dewan eksekutif dan legislatif yang didominasi lelaki, isu-isu ini seringkali tidak disuarakan dan lebih kerap disenyapkan tanpa kita sedari. Kemajuan yang perlahan dalam perkara ini menjadi bukti nyata.

Pada masa ini, Indeks Jurang Jantina Global (GGGI) dalam pemerkasaan politik oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) meletakkan Malaysia pada kedudukan yang mengecewakan, iaitu 128 daripada 148 negara – 20 tangga daripada kedudukan terbawah.

Pada kadar ‘kemajuan’ sekarang, dianggarkan ia akan mengambil masa 135.6 tahun untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% wakil wanita di Dewan Rakyat!

READ MORE:  Why educated women keep leaving Malaysia's workforce

Obligasi antarabangsa

Tiga puluah tahun yang lalu, pada 1995, Malaysia bukan sahaja meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw), malah turut menandatangani Deklarasi Beijing, di mana antara resolusi yang dipersetujui, sekurang-kurangnya 30% wakil wanita dalam semua platform membuat keputusan turut disokong.

Sejak itu, usaha kita untuk mencapai 30% perwakilan wanita dalam bidang politik bergantung kepada kenyataan dasar kerajaan yang kurang meyakinkan (Dasar Wanita Negara 1989, 2009 dan 2025, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009, 2025) serta tindakan sukarela yang tidak konsisten daripada parti-parti politik (Iltizam Khusus untuk Wanita oleh Pakatan Harapan dalam manifesto 2018 mereka).

Penyelesaiannya bukanlah sesuatu yang rumit: lebih daripada 70 negara di seluruh dunia mempunyai beberapa bentuk kuota calon yang digazetkan melalui undang-undang. Ia terbukti sebagai intervensi yang diperlukan untuk membetulkan norma struktur dan budaya yang telah mengukuhkan patriarki dalam tadbir urus politik kita.

Di bawah ialah contoh beberapa negara yang mempunyai undang- undang sedemikian dan kesannya yang terhasil.

NegaraSebelum: % wanita di dewan rendahUndang-undang kuota calon digazetkan dan sasaran minimaSelepas: % wanita di dewan rendah
INDONESIA1999: 8%2003 & dikukuhkan 2017: 30%2024: 21%
VIETNAM2007: 26%2021: 35%2021: 31%
TIMOR LESTE2001: 25%2011: 33%2023: 34%
S. KOREA1996: 6%2000: 50%2024: 20%
MEXICO2012: 23%2014: 50%2024: 50%
IRELAND2011: 15%2012: 40%2023: 25%
FRANCE1997: 11%2000:50%2024: 36%

Cadangan kami: akta projek30%

Kempen Projek30% mencadangkan akta pariti jantina dalam perwakilan politik untuk dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang. Elemen utama dalam cadangan kami adalah:

  • Satu akta tersendiri yang menggunakan struktur sedia ada dan melengkapi undang-undang pilihan raya serta undang-undang berkaitan yang lain
  • Menetapkan sasaran aspirasi sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai calon dalam pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan semua dewan undangan negeri
  • Menubuhkan dana (dana Projek30%), iaitu skim insentif kewangan berperingkat untuk:
    • menyokong perbelanjaan kempen bagi calon wanita dalam parti yang menamakan sekurang-kurangnya 30% wanita
    • menyokong program pembangunan kapasiti politik wanita untuk ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri wanita yang terpilih
    • memberi insentif kewangan bonus berperingkat kepada parti politik yang mencapai 30% atau lebih wakil wanita di Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri masing-masing
  • Setiap parti politik menghantar laporan berkala ke Parlimen yang memperincikan metrik kesaksamaan gender dan inisiatif yang mereka jalankan untuk mewujudkan persaingan yang setara dalam parti, serta penggunaan dana Projek30% yang diperuntukkan
  • Mewajibkan parti politik hadir di hadapan forum wakil khas sekiranya, menurut pendapat forum tersebut, parti politik tidak membuat pembaikan yang mencukupi, dengan tujuan untuk membantu dan mempercepatkan kemajuan tersebut

Seruan untuk bertindak

Masa untuk menggubal dan meluluskan satu akta Projek30% adalah sekarang, menjelang pilihan raya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pilihan raya Sabah menunjukkan bahawa perwakilan wanita tidak boleh dibiarkan sahaja kepada nasib.

Dengan adanya lebih ramai wanita bertanding, ia akan secara nyata meningkatkan bilangan wanita dalam badan perundangan.

Dengan sekurang-kurangnya 30% wanita sebagai calon, kita dapat mencapai massa kritikal yang diperlukan untuk memberi lebih perhatian kepada isu-isu yang penting bukan sahaja bagi wanita dan kanak-kanak perempuan, tetapi juga dalam bidang kesihatan, pendidikan, penjagaan kanak-kanak, gaji dan pekerjaan, kebajikan dan banyak lagi, yang memberi kesan kepada semua.

English version

Women’s under-representation in Parliament and state assemblies

As the Sabah election results unfolded on 29 November, it was hard to escape the harsh reality that overwhelming male hegemony in the Sabah assembly – and, by extension, its soon-to-be-appointed executive councillors – continues to perpetuate in the Land Below the Wind.

READ MORE:  The hidden barrier in Malaysia keeping women out of Stem careers

Only five out of the 73 (ie 6.8%) elected Sabah assembly representatives were women (down from seven in the last Sabah assembly). When it came to fielding candidates, only 71 out of the 596 candidates or 11.9% were women and 88.1% men. In a territory where women and girls make up roughly half the population and also roughly half the voters, these are unacceptable numbers.

However, this is no isolated Borneo phenomenon. There are 13.5% women in the House of Representatives and 11.9% on aggregate in all our 13 state assemblies. So, to be sure, this under-representation of women in national and state assemblies is a national phenomenon.

Women’s representation is no trivial issue. Despite their contribution and value in all aspects of society, including in families, neighbourhoods, schools, universities, professions, sports and businesses, women and girls are deprived of the same rights and privileges as full citizens in Malaysia.

Women are often ignored, talked over, discriminated against, abused and often the subject of harassment, trafficking and violence, all of which is now amplified and sped up with technology.

Gender-based violence and discrimination

The table below shows data on gender-based violence and infant disposals between 2021 and 2023 from the police. The 2024 data is not yet publicly available.

Malaysia is trending the wrong way on most types of gender-based violence (and baby dumping) while domestic violence and the physical abuse of children remain significant.

Sabah shows a somewhat higher proportion relative to its population, for child sexual abuse materials, grooming and physical and non-physical assault on children (29%), rape and sexual assault of children (12%) and baby dumping (16%).

The above snapshot of historical national data all point to a dangerous and concerning below-the-surface culture of misogyny in our country.

Nationally, there is more.

  • Women are paid 17.8% less than men on average for the same work, adjusting for age, region, industry and other demographic factors, according to a Khazanah Research Institute Working Paper (01/24, 4 October 2024)
  • They face major challenges in their sexual and reproductive health viz period poverty; low and stagnant contraceptive prevalence rate of about 55%; poor availability of safe and affordable abortions; an unsuccessful sexuality education programme under Pekerti (see 2022 UNFPA report on Malaysia); the growing cases and heightened exposure risk to STI/HIV Aids and a significant risk of preventable cervical cancer. There were 1,740 cervical cancer cases with 991 deaths in 2023.
  • 1,500 child marriages a year on average, based on Unicef estimates
  • Under-representation of women in science, technology, engineering and maths (Stem) and technical vocational education. In 2017 (again, current data is lacking) for every 100 students, young boys out-number young girls 74 to 26 in electrical and electronics, and mechanical engineering
  • Women’s labour force participation rate 56.5%, with men at 83%. But young women outnumber young men in tertiary education about 60 to 40 for every 100 students;

With executive and legislative chambers dominated by men, these issues often remain invisible and are more frequently silenced than we care to admit; the slow progress on these matters being testament to that.

As it stands, the World Economic Forum’s Global Gender Gap Index on political empowerment ranks Malaysia a dismal 128 out of 148 countries, ie 20 places from the bottom.

At the current rate of ‘progress’, it’s been estimated that it would take us 135.6 years to achieve at least 30% women in the House of Representatives!

International obligations

Thirty years ago, in 1995, Malaysia not only ratified the Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination Against Women (Cedaw) but also signed up to the Beijing Declaration, where among many resolutions, the minimum 30% women in all decision-making platforms was endorsed.

READ MORE:  Why educated women keep leaving Malaysia's workforce

Since then, our efforts at delivering on the 30% in political representation has relied on unconvincing government policy pronouncements (national women’s policies for 1989, 2009 and 2025; women’s development action plans for 2009 and 2025) and haphazard volunteerism from the political parties (Pakatan Harapan’s Iltizam Khusus untuk Wanita in their 2018 manifesto).

The solution is not rocket science. More than 70 countries around the world have some form of legislated candidates quota. It’s proven as a necessary intervention to correct structural and cultural norms that have cemented patriarchy into our political governance.

Below is a sample of countries that have such laws in place and the resultant impact.

Country

Before: % women in lower house

Legislated candidate quota law enacted and minimum target

After: % women in lower house

INDONESIA

1999: 8%

2003 & reaffirmed 2017: 30%

2024: 21%

VIETNAM

2007: 26%

2021: 35%

2021: 31%

TIMOR LESTE

2001: 25%

2011: 33%

2023: 34%

S. KOREA

1996: 6%

2000: 50%

2024: 20%

MEXICO

2012: 23%

2014: 50%

2024: 50%

IRELAND

2011: 15%

2012: 40%

2023: 25%

FRANCE

1997: 11%

2000:50%

2024: 36%

Our proposal: akta Projek30%

The Projek30% Campaign proposes a gender parity in political representation act (or akta Projek30%) to be put in place before the next general election. Key elements of our proposal are:

  • A standalone act that uses the existing structures and complements existing election and other relevant laws
  • sets an aspirational floor of at least 30% women as candidates in elections for the House of Representatives and all the state assemblies
  • Establishes a fund (dana Projek30%), a multi-tiered scheme of financial payouts to:
  • support campaign expenses for women candidates in parties that field at least 30% women
  • support women’s political capacity-building programmes for elected women MPs or state assembly members
  • provide a tiered bonus payout to political parties that have achieved 30% or more women representatives in the House of Representatives and state assemblies
  • Each political party submits a regular report to Parliament detailing gender equality metrics and initiatives they are undertaking to level the playing field within their party and their utilisation of the allocated dana Projek30% funds
  • Requires that a political party appear before a representative special forum if in the latter’s opinion, the political party is not making adequate progress, with a view to assist and expedite such progress

Call to action

The time is now to put akta Projek30% in the statute books with the general election around the corner.

The Sabah election shows that women’s representation cannot simply be left to chance.

It would assure us that with more women in contests, more women would actually end up in legislatures.

Having women make up at least 30% of candidates would help us reach the critical mass needed to bring more attention to issues that matter not only to women and girls but also to heath, education, child are, pay and jobs, welfare and more, that matter to all.

It would pave the way for fairer and more inclusive debates on these issues in the national arena, creating a political landscape that is sustainable and equitable for the future of the nation. – The PROJEK30% Campaign

Endorsed by:

  1. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Women’s Centre for Change, Penang (WCC)
  4. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  5. Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  6. ⁠SIS Forum (Malaysia)
  7. Penang Women’s Development Corporation (PWDC)
  8. ⁠Family Frontiers
  9. Tenaganita
  10. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x