
[ENGLISH VERSION BELOW] Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Fadhil Kasim, seorang aktivis mahasiswa serta koordinator bagi perhimpunan Gempur Rasuah Sabah.
Tindakan ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim dua minggu lalu berkenaan moratorium bagi segala siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) yang masih berjalan.
Namun, pertuduhan terhadap Fadhil pada awalnya tidak patut berlaku. Perdana menteri dengan jelas menyatakan perhimpunan anti-rasuah yang melibatkan mahasiswa adalah antara siasatan di bawah APA yang perlu dihentikan serta-merta.
Di samping menyatakan bahawa Seksyen 11 akan dipinda, Anwar mengakui bahawa syarat meminta keizinan pemilik tempat wujud di dalam beberapa peruntukan APA. Justeru, tujuan moratorium seharusnya mencakupi segala peruntukan yang menyatakan tentang syarat berkenaan.
Penggunaan Seksyen 9(5) terhadap Fadhil bercanggah dengan niat moratorium yang bukan sahaja menjadikan syarat berkenaan tidak relevan, malah mengiktiraf hak untuk berhimpun secara aman di ruang awam tidak seharusnya bergantung kepada ‘keizinan’ pihak berkuasa tempatan yang hanya bertindak sebagai penjaga ruang tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Penguatkuasaan selektif di bawah APA dapat dilihat semasa perhimpunan anti-rasuah di Kuala Lumpur – yang dianjurkan dalam keadaan yang hampir sama, namun tiada sebarang tindakan.
Seperti yang ditegaskan oleh timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), segala bentuk advokasi aman harus digalakkan bukan disekat. Ini memerlukan prinsip fasilitasi ditegakkan dimana pihak berkuasa tidak memintas kerangka perundangan APA dengan salah guna undang-undang lain bagi mengekang aktivisme aman.
Walau bagaimanapun, pengurus program Suaram Azura Nasron, salah seorang ahli keluarga tahanan Sosma dan saya kini berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 5 Akta Kawasan Larang dan Tempat Larangan.
Kehadiran kami di Kementerian Dalam Negeri hanyalah untuk fasilitasi serahan memorandum oleh keluarga tahanan Sosma terhadap isu yang dihadapi oleh tahanan kepada wakil KDN.
Berbeza dengan dakwaan bahawa kami menceroboh kompleks KDN tanpa ‘pas yang sah’, kami sebenarnya telah dinafikan untuk masuk walaupun mempunyai janji temu yang telah dijadualkan dan terpaksa menunggu di luar selama 2.5 jam tanpa alasan yang munasabah.
Kami telah membuat beberapa permohonan untuk mendapatkan pas masuk, namun semuanya diabaikan.
Walaupun pertuduhan ini ditangguhkan buat sementara waktu pada 24 Februari lalu, kewujudannya sahaja sudah mencetuskan kebimbangan terhadap usaha menyekat hak untuk berhimpun secara aman di luar bangunan kerajaan – satu saluran kritikal bagi menyuarakan isu, advokasi dasar dan ekspresi demokrasi.
Suaram menggesa agar semua pihak berkuasa mematuhi moratorium ini dengan penuh kejujuran dan menghentikan semua siasatan serta pendakwaan yang tidak adil terhadap penganjur perhimpunan.
Reformasi APA mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten, selaras dengan jaminan perdana menteri bahawa undang-undang ini akan beralih ke arah fasilitasi, bukannya penindasan. – Suaram
Sevan Doraisamy ialah pengarah eksekutif Suaram.
English version
Authorities must fully uphold Peaceful Assembly Act moratorium
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) welcomes the Attorney General’s Chambers’ decision to drop charges against student activist and Gempur Rasuah Sabah rally coordinator Fadhil Kasim – a move that aligns with the moratorium on ongoing Peaceful Assembly Act (PAA) investigations announced by Prime Minister Anwar Ibrahim two weeks ago.
However, this charge should never have happened in the first place. The anti-corruption rallies involving university students were explicitly mentioned by Prime Minister Anwar Ibrahim as among the investigations under the Peaceful Assembly Act (PAA) that would be immediately halted due to the moratorium.
Furthermore, whilst mentioning that Section 11 will be removed, Anwar also acknowledged that the owner’s permission requirement appears in multiple provisions of the PAA – signalling that the moratorium was thus intended to cover all such provisions.
The weaponisation of Section 9(5) against Fadhil over the owner permission requirement contradicts the moratorium’s intent, which was not only to render the requirement obsolete but also to recognise that the right to peaceful assembly in public spaces should not be contingent on the ‘permission’ of local authorities who are merely stewards of these spaces.
The selective enforcement of the PAA is further evident in the fact that the anti-corruption rally in Kuala Lumpur, held under similar circumstances, commendably faced no repercussions.
As the deputy minister in the Prime Minister’s Department for law and institutional reform has reiterated, all forms of peaceful advocacy should be “encouraged, not stifled”.
This requires fully upholding the spirit of facilitation, which also means that authorities do not circumvent the PAA’s legal framework by misusing other laws to suppress peaceful activism.
Yet, Suaram programme manager Azura Nasron, a family member of a Sosma detainee and I are currently facing charges under Section 5 of the Protected Areas and Protected Places Act, despite being present at the Ministry of Home Affairs (MoHA) solely to facilitate the Sosma detainees’ families handover of a memorandum on issues faced by the detainees to ministry representatives.
Contrary to allegations made that we trespassed into the MoHA complex without a ‘valid pass’, we were denied entry despite a scheduled appointment and forced to wait outside for 2.5 hours without justification. We made multiple requests for an entry pass, which were all ignored.
While the charges are temporarily postponed as of 24 February, their mere existence sets a concerning precedent for restricting the right to peaceful assembly outside government buildings – a critical avenue for redress on issues faced, policy advocacy and democratic expression.
Suaram urges for all authorities to uphold the moratorium in good faith and cease all unjust investigations and prosecutions against assembly organisers.
The PAA reforms must be fully and consistently implemented, in line with the prime minister’s assurances that the law will shift toward facilitation, not suppression. – Suaram
Sevan Doraisamy is the executive director of Suaram.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme