Home Civil Society Voices Pihak polis harus menjamin keselamatan perserta perhimpunan aman

Pihak polis harus menjamin keselamatan perserta perhimpunan aman

freedom of assembly

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Mandiri difahamkan bahawa pihak polis yang hadir ketika perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 pada 21 Jun telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memudahkan perjalanan acara, meskipun notis perhimpunan telah dihantar dan disahkan penerimaanya lebih awal.

Ini bukan kecuaian kecil, ini adalah pengabaian tanggungjawab yang boleh membahayakan nyawa. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, pihak polis harus memikul tanggungjawab sepenuhnya.

Turut dimaklumkan juga bahawa pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah bertindak menghalau dan mengarahkan untuk menurunkan kain rentang, meskipun lokasi perhimpunan dijalankan di kawasan ruang awam.

Ini menunjukkan kejahilan atau keengganan DBKK untuk memahami perkembangan undang-undang, khususnya moratorium ke atas Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Februari.

Moratorium tersebut menangguh keperluan mendapat keizinan pemunya tempat untuk mengadakan perhimpunan – satu langkah progresif demi menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Tapi pihak agensi penguatkuasaan sendiri masih enggan akur.

Mandiri juga dimaklumkan bahawa kenderaan milik seorang mahasiswa telah disimbah cecair dipercayai sejenis bahan kimia berhampiran tapak perhimpunan.

Mandiri menuntut agar:

  • Siasatan segera terhadap tindakan provokasi serta sabotaj terhadap peserta
  • Pihak berkuasa memastikan keselamatan dan hak demokratik peserta dalam sebarang himpunan rakyat di masa hadapan

Mandiri bersolidariti penuh bersama semua peserta #GempurRasuahSabah2.0 yang telah berani bersuara menentang rasuah, menuntut akauntabiliti dan memperjuangkan masa depan yang lebih adil.

Semakin ditekan, semakin melawan!
Panjang umur perjuangan, nafas panjang perlawanan!

Sabah maju jaya.

Wong KuKui ialah penyelaras projek di Mandiri.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x