Home Civil Society Voices Pilihan raya 2022: Deklarasi bersama KLSCAH, Ikram dan Pusat LLG (Malay/English)

Pilihan raya 2022: Deklarasi bersama KLSCAH, Ikram dan Pusat LLG (Malay/English)

VONYAGLOBAL.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Pertubuhan Ikram Malaysia dan Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Pusat LLG) menyeru semua warganegara Malaysia agar keluar mengundi dalam pilihan raya umum kali ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memilih wakil rakyat terbaik untuk Malaysia tercinta.

Pilihan raya umum kali ini adalah tempat untuk rakyat memilih pemimpin yang berkemampuan, jujur dan amanah. Ia juga tempat untuk menolak calon yang mementingkan diri sendiri, menyalah guna kuasa dan mengamalkan rasuah.

Jika anda tidak keluar mengundi, bermaksud anda memilih orang yang tidak layak dan tidak mampu memimpin negara.

Rakyat harus melihat kelayakan dan kemampuan calon secara teliti, berdasarkan latar belakang dan rekod prestasi mereka selama ini.

Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan tanah air untuk mengutamakan tiga ciri ini apabila membuang undi nanti:

  1. Berkemampuan

Seorang pemimpin perlu mempunyai kemampuan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dengan cemerlang dan terkehadapan. Pemimpin yang berkemampuan dan berpengaruh akan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin lain di bawah bimbingannya.

  1. Amanah dan berintegriti

Mustahak bagi seorang pemimpin dipercayai atas kata-katanya. Kata-katanya pula mestilah seiring dengan perlakuan dan tindak-tanduknya. Kepercayaan ini tidak boleh diminta tetapi ia dibina dan dimenangi setelah dibuktikan oleh track record kerja dan usahanya yang lepas.

Sejarah keterlibatan seseorang calon dengan rasuah, pengkhianatan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan harta perlu dinilai dengan penuh bertanggungjawab oleh rakyat.

  1. Jujur

Sifat jujur penting untuk membina keyakinan orang terhadap seseorang pemimpin. Tiada kata-kata yang memfitnah, tiada janji-janji yang tidak dikotakan, tiada muslihat untuk kepentingan peribadi, dusta dan pembohongan daripada seorang pemimpin yang jujur. Pemimpin yang jujur akan disenangi dan dipercayai seluruh rakyat.

READ MORE:  Auditing professorial integrity

Hanya pemimpin yang berkemampuan, amanah dan jujur dapat memacu Malaysia menjadi negara yang harmoni, maju dan disegani. Di belakang pemimpin seperti ini, rakyat akan bersatu padu menyokong dan mendukung gagasan kepimpinannya.

Buktikan kuasa rakyat!

Keluar mengundi!

Pilih pemimpin yang mampu, amanah dan jujur!

Semua parti politik dan calon diminta untuk mematuhi prinsip pilihan raya yang adil dan bersih, mengemukan pandangan politik yang memanfaatkan pembangunan negara serta mengelakkan ulas isu sensitif agama dan menghasut sentimen kaum.

  • Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
  • Pertubuhan Ikram Malaysia
  • Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

English version

Election 2022: KLSCAH, Ikram and LLG Centre joint declaration

The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Pertubuhan Ikram Malaysia and the LLG Cultural Development Centre call on all Malaysian citizens to come out and vote in the upcoming general election.

It is our shared responsibility to elect the best representatives for the sake of our beloved country.

The upcoming general election is a platform for the people to choose leaders who are competent, honest and trustworthy. It is also a place where we remove candidates who are selfish, who abuse power and who are corrupt.

If you choose not to vote, you choose to let the unqualified and incompetent lead the country.

The people should scrutinise the qualifications and capability of the candidates based on their backgrounds and track records.

We call on the people of Malaysia who love this nation to prioritise these three qualities when casting their votes:

  1. Capability

A leader must possess the ability to carry out his or her duty well and with calibre. A leader who is capable and influential will be able to produce even more leaders under his or her stewardship.

  1. Trustworthiness and accountability
READ MORE:  UK general election: Labour wins massive majority on low vote share, Gaza costs Starmer

It is of utmost importance that a leader can be held to his or her word. His or her words must be in line with his or her behaviour and actions. Trust is not demanded but built and earned by one’s track record and past efforts.

A candidate’s involvement with corruption, treachery, abuse of power and misappropriation of funds must be duly deliberated by the people.

  1. Honesty

Honesty is essential for building people’s confidence in a leader. Slander, unfulfilled promises, self-serving ploys and deceit are not befitting of an honest leader. An honest leader will be endeared and trusted by the people.

Only capable, trustworthy and honest individuals can lead Malaysia to become a country which is harmonious, developed and well-respected by others. The people will unite behind such figures and support and share their leadership’s ideas and aspirations.

Show the people’s power!

Come out and vote!

Choose capable, trustworthy and honest leaders!

All candidates and political parties are asked to adhere to principles which ensure a fair and clean election, to convey opinions which are beneficial to the country’s development and to avoid commenting on sensitive religious issues and inciting racist sentiments.

  • The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
  • Pertubuhan Ikram Malaysia
  • LLG Cultural Development Centre
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x