Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah diluluskan di Dewan Rakyat.
Rang undang-undang telah memasukkan pembaharuan penting yang akan memberi kesan yang positif kepada berjuta-juta pekerja dan keluarga di seluruh negara.
Namun begitu, masih banyak isu yang perlu ditangani. Yang amat mendesak ialah perintah menteri untuk meminda Jadual Pertama (yang mentakrifkan siapa pekerja, dan kepada siapa akta itu terpakai) mesti disegerakan tanpa berlengah.
- 98-hari cuti bersalin: Pada mulanya rang undang-undang ini meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari. Semasa perbahasan, Dewan Rakyat telah menambah kepada 98 hari – selaras dengan piawaian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Ini akan membantu memastikan ibu yang bekerja mempunyai masa yang mencukupi untuk pulih dan menjaga bayi yang baru lahir
- Tujuh-hari cuti paterniti: Rang undang-undang pada mulanya memperkenalkan tiga hari cuti paterniti. Semasa perbahasan, Dewan Rakyat menambah lagi kepada tujuh hari. Mewujudkan cuti paterniti merupakan satu pembangunan dasar yang penting dan tujuh hari adalah satu langkah awal yang baik. Cuti paterniti akan membantu bapa-bapa memainkan peranan penting semasa hari pertama selepas bersalin, dan ini juga akan membantu untuk mengubah norma bahawa lelaki memainkan peranan yang sama di rumah
- Kepada siapa akta terpakai (upah siling): Seksyen 44A dan 81G – yang melanjutkan faedah bersalin dan perlindungan gangguan seksual kepada semua pekerja tanpa mengira pendapatan – telah dipadamkan. Pernyataan penjelasan rang undang-undang menyatakan ini adalah kerana had gaji menyeluruh sedang disemak atau ditarik balik. Dalam ucapannya di Parlimen, timbalan menteri sumber manusia menyatakan had gaji akan dihapuskan melalui perintah menteri. Sekiranya perintah itu tidak dilaksanakan, akta ini tidak akan terpakai kepada pekerja yang berpendapatan melebihi RM2,000. Oleh itu, pihak kementerian mesti mengeluarkan perintah untuk penelitian dan penggubalan tanpa berlengah
- Perlindungan dari pemberhentian semasa kehamilan: Rang undang-undang melarang majikan daripada memberhentikan pekerja apabila hamil, kecuali dalam keadaan tertentu. Malah, menjadi tanggungjawab majikan untuk membuktikan bahawa pemberhentian itu bukan disebabkan oleh kehamilan. Ini sangat dialu-alukan, walaupun rang undang-undang ini masih tidak melindungi daripada diskriminasi semasa pengambilan kerja
- Memansuhkan sekatan ke atas kerja wanita: Rang undang-undang telah memadamkan peruntukan untuk menyekat wanita untuk bekerja pada waktu malam dan kerja ‘underground’. Walaupun ini dialu-alukan – kerana menyekat kerja wanita menjejaskan hak ekonomi wanita – kita mesti memastikan dasar dapat dilaksanakan untuk memastikan ruang yang selamat untuk wanita – sebagai contoh majikan dikehendaki menyediakan pengangkutan yang selamat untuk pekerja wanita
- Proses untuk melaporkan diskriminasi: Rang undang-undang ini telah memberi kuasa kepada ketua pengarah Jabatan Buruh untuk menyiasat pertikaian di antara majikan-pekerja mengenai diskriminasi. Walau bagaimanapun:
- Rang undang-undang ini tidak melarang diskriminasi: Majikan boleh dihukum kerana gagal mematuhi arahan ketua pengarah, selepas siasatan dijalankan. Namun majikan tidak akan dihukum kerana melakukan diskriminasi
- Terma diskriminasi tidak ditakrifkan: Diskriminasi perlu ditakrifkan untuk memasukkan diskriminasi langsung dan tidak langsung – dan alasan kepada diskriminasi (termasuk gender, agama, kaum atau ketidakupayaan) perlu dinyatakan
- Rang undang-undang tidak memasukkan perlindungan terhadap diskriminasi ke atas pencari kerja: Ini bermakna majikan boleh mendiskriminasi semasa proses pengambilan kerja – sama ada atas dasar gender, kaum, agama, ketidakupayaan atau status yang lain
- Kembali bekerja semasa cuti bersalin: Seksyen 37aa sedang disemak. Seksyen 37aa membenarkan wanita yang tidak layak mendapat gaji cuti bersalin untuk kembali bekerja semasa tempoh bersalin (untuk mencari pendapatan), sekiranya dirasakan sesuai. Cadangan baru dalam Seksyen 37aa akan membenarkan mana-mana wanita (termasuk wanita yang layak mendapat gaji cuti bersalin) untuk kembali bekerja semasa tempoh cuti bersalin. Walaupun ini memberi wanita pilihan di atas kertas, kami menggesa agar kerajaan mengambil langkah untuk memastikan bahawa pekerja wanita tidak dipaksa untuk kembali bekerja awal
- Gangguan seksual: Rang undang-undang ini memerlukan majikan menyiarkan notis bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual, meningkatkan denda bagi majikan yang tidak mematuhi peruntukan gangguan seksual seperti dalam akta. Peruntukan gangguan seksual dalam AKta Kerja kekal lemah dan skop yang terhad. Untuk menangani gangguan seksual, Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual 2021 mesti ditambah baik dan diluluskan dengan segera
Pindaan dalam rang undang-undang ini telah dijalankan sejak tahun 2016. WAO bersama rakan kongsi telah menjalankan beberapa inisiatif untuk menambah baik undang-undang ke arah meningkatkan kesamarataan gender di Malaysia. Rang undang-undang ini kini beralih ke Dewan Negara.
Kami berharap untuk terus bekerjasan dengan lebih ramai lagi pemegang taruh yang telah membangunkan usaha ini – termasuk menteri, kementerian, ahli parlimen, pertubuhan buruh, kumpulan wanita, kumpulan masyarakat sivil, orang yang terjejas, media, influencer, orang ramai dan lain-lain – ke arah menambah baik lagi keadaan pekerjaan untuk wanita dan semua orang. – WAO
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
English version
Employment Act amendments: Progress but gaps remain
The Employment (Amendment) Bill 2021 was passed in the Dewan Rakyat on 23 March.
The bill includes significant reforms that will positively affect millions of workers and families throughout the country.
Nonetheless, many issues still need to be addressed. Of particular urgency, the minister’s order amending the First Schedule (which defines who an employee is and who the act applies to) must be published without delay.
- 98-day maternity leave: The bill initially increased maternity leave from 60 days to 90 days. During the debate yesterday, the Dewan Rakyat further increased this to 98 days – in line with international labour standards. This will help ensure working mothers have adequate time to care for their newborns and recuperate
- Seven-day paternity leave: The bill initially introduced three days of paternity leave. During the debate, the Dewan Rakyat further increased this to seven days. The creation of paternity leave is a milestone policy development, and seven days is a good first step. Paternity leave will help fathers play their part during the first days following childbirth and help change norms towards men playing more equal roles at home
- Who the act applies to (wage ceiling): Sections 44A and 81G – which extend maternity benefits and sexual harassment protection to all workers regardless of income – have been deleted. The explanatory statement of the bill notes this is because the blanket wage cap is being lifted. In his speech in Parliament [the previous day], the human resources deputy minister stated that the wage cap would be removed through a minister’s order. If the order is not made, the act would not apply to workers earning above RM2,000. Thus, the ministry must produce the order for scrutiny and enactment without delay
- Protection from termination during pregnancy: The bill prohibits employers from terminating an employee when she is pregnant, except under specific circumstances. Further, it will be incumbent on employers to prove that the termination was not due to pregnancy. This is welcomed, although the bill does not protect against discrimination during recruitment
- Removal of restrictions on women’s work: The bill deletes provisions that restrict women’s employment at night and in underground work. While this is a welcomed amendment – as restricting women’s work undermines women’s economic rights – we must ensure policies are in place to ensure spaces are safe for women; for example, employers must be required to ensure safe transport for women workers
- Process to report discrimination: The bill empowers the Labour Department director general to investigate employer-employee disputes on discrimination. However:
- The bill does not prohibit discrimination: Employers can be penalised for failing to comply with the director general’s order, following an investigation. But the employer will not be penalised for the discrimination itself
- Discrimination is not defined: Discrimination must be defined to include direct and indirect discrimination – and grounds for discrimination (includinng gender, religion, race or disabilities) should be spelt out
- The bill also does not include protection against discrimination for jobseekers: This means employers can continue to discriminate against persons looking for jobs – whether on the basis of gender, race, religion, disability or other status
- Returning to work during maternity leave: Section 37aa has been revised. Section 37aa had permitted women who were not entitled to maternity leave pay to return to work during her maternity period (to earn income), if declared fit. The amended new Section 37aa permits any woman (including women entitled to maternity leave pay) to return to work during the maternity leave period. While this gives women a choice on paper, we urge the government to take steps to ensure women are not coerced to return to work early
- Sexual harassment: The bill requires employers to post up a notice to raise awareness of sexual harassment and increases the fine for employers who do not comply with sexual harassment provisions. The sexual harassment provisions in the Employment Act remain weak and limited in scope. To better address sexual harassment, the Anti-Sexual Harassment Bill 2021 must be improved and passed
The bill has been in development since 2016. The WAO with partners had undertaken several initiatives to improve this law towards improving gender equality in the country. The bill now moves to the Dewan Negara (the Senate).
We look forward to continuing to work with the many stakeholders who have worked on this effort – including ministers, ministries, members of parliament, labour organisations, women’s groups, civil society groups, affected persons, media, influencers, the public, and others – towards further improving employment conditions for women and all persons. – WAO
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme