Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) hari ini mengambil maklum berkenaan kehadiran anggota-anggota polis ke rumah aktivis-aktivis yang turut serta dalam perhimpunan #Lawan pada Sabtu, 31 Julai yang lepas.
Tindakan polis menghantar anggota-anggotanya untuk datang ke rumah aktivis-aktivis untuk menangkap gambar dan menyoal siasat ahli keluarga aktivis adalah satu bentuk ugutan yang tidak beretika dan menceroboh hak privasi keluarga-keluarga aktivis yang berada di dalam rumah.
Sekretariat Solidariti Rakyat mengecam sekeras-kerasnya keperluan untuk anggota-anggota polis dikerah ke rumah aktivis-aktivis walhal setiap daripada mereka telah pun memberi kerjasama yang baik ketika dipanggil ketika soal siasat di ibu pejabat Polis Dang Wangi sebelum ini.
Tindakan polis ini merupakan satu taktik mengugut rakyat yang terlibat dengan gerakan #Lawan untuk berdiam diri dan hanya patuh kepada pemerintah yang zalim, kejam dan gagal ini.
Kami ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk intimidasi terhadap keluarga aktivis-aktivis yang turun ketika perhimpunan #Lawan tempoh hari adalah satu bentuk ugutan yang jijik dan seharusnya dibantah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sekretariat Solidariti Rakyat akan bersama-sama melawan sebarang bentuk tekanan yang diberikan kepada rakyat yang hanya bersuara menentang kebobrokan dan penindasan.
Kami menuntut agar pihak polis menghentikan intimidasi yang mampu menjurus kepada ugutan, kepada rakyat yang turun dan #Lawan untuk mengekspresikan kemarahan mereka terhadap kerajaan gagal yang memerintah sambil menghancurkan negara ini. – Sekretariat Solidariti Rakyat
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme