[ENGLISH VERSION BELOW] 28 September disambut sebagai Hari Akses Kepada Maklumat Sejagat Antarabangsa, dengan tema antarabangsa bagi tahun 2020 “Kecerdasan buatan, e-tadbir urus dan akses kepada maklumat”.
Tema ini menekankan kepentingan akses kepada maklumat tatkala dunia kini berdepan dengan perubahan disebabkan kecerdasan buatan (AI) dan pemerintah mula menekankan hal digitalisasi dalam dasar-dasar awam mereka.
Centre for Independent Journalism, sebagai organisasi yang menerajui agenda mempromosi hak untuk bermaklumat di Malaysia, bersama rakan-rakan masyarakat sivil, ahli akademik dan media, berharap pihak kerajaan mempergiat lagi usaha mereka untuk menggubal akta hak untuk bermaklumat di peringkat persekutuan di Malaysia.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di bawah Jabatan Perdana Menteri kini mengepalai usaha dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan penggubalan undang-undang persekutuan akta hak untuk bermaklumat yang terbaharu. BHEUU juga telah memulakan proses perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihakpihak berkepentingan bagi mengkaji kebolehlaksanaan penggubalan undang-undang hak untuk bermaklumat tersebut.
Sejak 2019 CIJ telah bekerjasama dengan BHEUU melalui forum yang menjalinkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan, Suhakam, ahli-ahli parlimen, pakar-pakar antarabangsa, organisasi masyarakat sivil dan entiti media yang relevan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pengumuman Rangka Kerja Kercerdasan Buatan Kebangsaan 2021-2025 (AI-RMAP) pada bulan Mac 2021 menunjukkan bahawa Malaysia komited untuk memperkenalkan serta mengintegrasi kecerdasan buatan dalam kesemua sektor bagi manfaat ekonomi dan produktiviti termasuklah mempromosi penerapan digital di semua peringkat masyarakat untuk kebaikan awam.
Di samping mengguna pakai dan mengadaptasi teknologi untuk pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi, kerajaan juga telah menggariskan strategi untuk menjadi pencipta dalam bidang AI. Teras strategik rangka tindakan ekonomi digital yang merangkumi “transformasi digital sektor awam” dan “membina persekitaran digital yang dipercayai, selamat dan beretika” membuka jalan buat Malaysia untuk menjadi peneraju kandungan digital dan keselamatan siber di rantau ini mulai 2030.
Penerapan pengurusan AI memberi impak kepada hak orang awam, media, ahli akademik, dan masyarakat sivil untuk mendapat akses terhadap maklumat yang dipegang oleh badan-badan awam berkenaan isu-isu integriti maklumat, perlindungan peribadi, ketelusan, keselamatan, prinsip dan standard etika dalam pengurusan AI.
Masyarakat awam di Malaysia adalah pengguna internet yang tegar melalui platform digital awam dan peribadi, sekaligus memberi kuasa buat kerajaan dan sektor korporat untuk membentuk akses awam dan pengguna serta penglibatan mereka dalam ruang awam melalui dasar yang dilaksanakan.
Oleh sebab itu, wujud keperluan yang mustahal untuk menilai impak AI terhadap lanskap maklumat sekarang dan juga di masa hadapan.
Tandakan kalendar anda dan ikuti acara kemuncak bagi sambutan Hari Akses Kepada Maklumat Sejagat Antarabangsa di Malaysia! CIJ dengan kerjasama BHEUU dan Unesco bakal melangsungkan forum pada 20 Oktober 2022 di Dewan Konferens BHEUU, Putrajaya. Acara ini menyediakan ruang untuk membincangkan kerumitan yang tercetus daripada perubahan lanskap maklumat terkini, serta menilai semula trend terbaharu dan risiko yang berhubung dengan model pengurusan data intensif.
Tambahan lagi, tumpuan perbincangan turut menyentuh usaha mengenal pasti cara-cara baru dan inovatif bagi memastikan perlindungan yang mencukupi dilaksanakan apabila aplikasi AI mula terpakai dalam segenap aspek buat akses kepada maklumat. Hal ini termasuklah memastikan wujud ruang sivik dan penyertaan awam bagi penambahbaikan komitmen kerajaan terhadap Maltlamat 16.10.2 Pembangunan Mampan untuk menerap dan melaksana jaminan berperlembagaan untuk hak untuk bermaklumat.
Menjadi aspirasi kami untuk melihat setiap rakyat Malaysia mampu mengguna pakai hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang memberi kesan kepada kehidupan mereka, bagi mempertingkan penyertaan awam dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan umum.
Kami juga berharap pihak kerajaan akan meningkatkan usaha mereka bagi membentuk suasana yang membolehkan maklumat yang dimiliki badan-badan awam menjadi lebih mudah diakses oleh orang awam, sebagai langkah untuk membina kepercayaan awam, menggalakkan ketelusan dan kebertanggungajawaban serta memperkukuh tadbir urus yang baik.
Wathshlah G Naidu ialah pengarah eksekutif Centre for Independent Journalism
English version
Let’s celebrate International Day for Universal Access to Information 2022 together!
September 28 marks the International Day for Universal Access to Information, with the global theme for 2022 “Artificial intelligence, e-governance and access to information”.
The theme highlights the importance of access to information in a time when artificial intelligence is transforming the world and governments are moving towards prioritising digitalisation in their national policies.
The Centre for Independent Journalism (CIJ), as the organisation at the forefront of promoting the right to information in Malaysia, together with its partners in civil society, academia and media, hopes that the government will expedite its efforts in legislating the federal right to information act in Malaysia.
The Legal Affairs Division (BHEUU), under the Prime Minister’s Department is spearheading the government’s commitment in moving forward with the legislation of a new federal right to information law. BHEUU has initiated a process of deliberation and consultations with various stakeholders in studying the feasibility of drafting new right to information legislation.
Since 2019 CIJ has collaborated with BHEUU on forums that have initiated partnerships between government agencies, Suhakam, parliamentarians, international experts, civil society organisations and relevant media entities, among others.
The recent unveiling of the Malaysia National Artificial Intelligence Roadmap 2021-2025 (AIRMAP) in March 2021 demonstrates that Malaysia is committed to introducing and integrating artificial intelligence in all sectors for economic and productivity gains as well as promoting digital adoption at all levels of society for the public’s benefit.
Aside from using and adopting technology for economic growth and resiliency, the government has outlined strategies to also become innovators in the AI field. The Malaysia digital economy blueprint, with strategic thrusts that include “digital transformation in the public sector” as well as building “trusted secure and ethical digital environment”, paves the way towards making Malaysia a leader in digital content and cyber security in the region by 2030.
The adoption of AI in governance will affect the rights of the public, media, academics and civil society actors in accessing information held by public bodies on issues related to information integrity, privacy protection, transparency, safety, principles and ethical standards on AI governance.
The Malaysian public are highly connected to the internet, using both public and private digital platforms, thus giving both the government and the corporate sector the power to shape public and user access and participation in the public sphere through policies.
Thus, there is a critical need to assess the impact of AI within the current and future information landscape. Mark your calendars and check out highlights for the celebration of the International Day for Universal Access to Information in in Malaysia! The CIJ in collaboration with BHEUU and Unesco will be organising a forum on 20 October 2022 at the BHEUU Conference Hall, Putrajaya. This event will provide an opportunity to discuss the complexities arising from the changing information landscape and review emerging trends and related risks linked to data intensive governance models.
Furthermore, discussions will focus on identifying collaborative and innovative ways to ensure adequate protections are in place when moving forward with an inclusive application of AI for all areas in accessing information. This includes ensuring that there is civic space and public participation on the progress of the state in their commitment to sustainable development goal 16.10.2 on adopting and implementing constitutional guarantees for right to information.
It is our sincere aspiration that every person in Malaysia would be able to exercise their right to access information that affects their lives and livelihood, for better public participation in matters of public interest.
We also hope that the government steps up measures to facilitate an enabling environment for making information held by public bodies more accessible to the public, in an effort to restore public trust, promote transparency and accountability as well as strengthen good governance.
Wathshlah G Naidu is the executive director of the Centre for Independent Journalism
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme