[ENGLISH VERSION BELOW] Bersempena dengan Hari Antarabangsa Untuk Akses Sejagat Kepada Maklumat pada 28 September, Centre for Independent Journalism dan Center to Combat Corruption and Cronyism ingin sekali lagi menekankan kepentingan hak untuk mendapatkan maklumat dan keperluan bagi perlindungan dan dukungan daripada pihak kerajaan dan kakitangannya sewaktu berdepan dengan krisis hari ini.
Dengan kekacauan dan kerumitan yang dicetuskan virus Covid, askes kepada maklumat yang dipercayai dan sahih menjadi lebih penting daripada biasa.
Hari antarabangsa ini diiktiraf buat pertama kalinya pada tahun 2002 dan 2015, apabila Unesco mengisytiharkan tanggal 28 September sebagai Hari Antarabangsa Untuk Akses Sejagat Kepada Maklumat.
Tema tahun ini adalah “Berhak Tahu – Membina Semula Penambahbaikan Melalui Akses kepada Maklumat” yang menekankan peranan perundangan akses kepada maklumat serta pelaksanaannya dalam membina institusi yang mapan untuk kebaikan masyarakat dan pembangunan yang lestari, dan juga mengukuhkan lagi kerjasama antarabangsa dalam mempromosi dan menerapkan hak untuk mendapatkan maklumat sebagai hak asasi manusia.
Pada waktu ini, di Malaysia, hanya Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mempunyai enakmen kebebasan maklumat yang mengiktiraf dan mendukung prinsip asasi hak untuk mendapatkan maklumat di peringkat negeri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Malaysia belum mempunyai sebarang perundangan yang menyeluruh bagi data simpanan kerajaan dan enakmen-enakmen negeri ini dibatasi Akta Rahsia Rasmi 1972 di peringkat persekutuan.
Perundangan ini, dan beberapa yang lain seperti Akta Bukti, Akta Hasutan dan peruntukan-peruntukan Kanun Keseksaan tertentu kerap digunakan secara sembarangan bagi menutup suara-suara yang membangkang dan memperjuangkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Perundangan hal-ehwal kerahsiaan ini juga menyekat pengetahuan umum dan pemantauan terhadap kerajaan, yang akhirnya menyebabkan kegiatan korupsi dan salah laku pengurusan berterusan tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Kami mengulangi semula pendirian untuk menggesa pemansuhan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan perundangan lain yang menyekat akses masyarakat terhadap data-data simpanan kerajaan. Tanpa pemansuhan undang-undang tersebut, kebebasan bermaklumat akan terus dikekang dan terhad di Malaysia.
Dalam usaha kita membanteras wabak Covid dan segala infodemik yang berkaitan, kita juga mengambil maklum beberapa isu alam sekitar baru-baru ini seperti tanah runtuh di Penampang di Sabah, Cameron Highlands di Pahang, nyahwarta hutan simpan (misalnya hutan simpan kekal Kuala Langat utara, hutan simpan kekal Bukit Cerakah 21 kali dinyahwarta) namun maklumat tentangnya masih berkurangan buat masyarakat umum.
Insiden-insiden ini bukan sahaja memberikan kesan kepada masyarakat setempat, bahkan rakyat Malaysia secara umumnya, apabila akses terhadap maklumat ini terhad. Tahun ini saja, terdapat beberapa kes pencabulan hak asasi rakyat bagimendapatkan maklumat seperti Majlis Bandar Shah Alam yang menafikan hak media untuk membuat liputan berkenaan rapat umum, penyembunyian maklumat berkaitan Covid, dan kegagalan untuk mendedahkan kos projek mega infrakstuktur.
Pendedahan maklumat pada waktu yang genting seperti ini boleh menggalakkan dan memulihkan semula kepercayaan umum. Hal ini membantu pihak awam untuk mendapat maklumat yang secukupnya dan mampu memberi pandangan berkenaan isu yang melibatkan mereka, termasuklah memastikan pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan bertanggungjawab atas segala tindak tanduk mereka.
Ianya juga menggalakkan penglibatan yang konstruktif dalam perdebatan dan perbincangan berkenaan dengan proses penentuan yang tertentu melibatkan kepentingan awam, lantas turut mendukung ketelusan dan memberdayakan demokrasi yang menyeluruh, tadbir urus yang baik dan pengkukuhan kedaulatan undang-undang.
Bagi membaik pulih keadaan sekarang, kami menggesa pihak kerajaan untuk menambah kakitangan kerajaan dan melatih pegawai maklumat ini secukupnya.
Kami turut mengingatkan bahawa sebarang tindakan untuk membanteras Covid yang berpotensi menyekat akses kepada maklumat mestilah berpandukan undang-undang, mustahak, berpatutan dan bersifat sementara, serta tujuan utamanya mestilah bagi menguruskan krisis kesihatan awam. Dalam hal ini, kerajaan harus berusaha memastikan akses buat organisasi media untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan krisis dan kepentingan awam diberikan secara adil dan saksama.
Tambahan lagi, prinsip pendedahan maksimum dokumen yang melibatkan kepentingan awam harus sentiasa dipatuhi oleh pemerintah dan pengujian bahaya harus dilaksanakan bagi memastikan ianya sah, mustahak dan berpatutan sebelum akses kepada maklumat tersebut disekat dan pendedahannya disabitkan sebagai jenayah.
Tiada siapa yang sewajarnya dihukum atas alasan keselamatan nasional sekiranya mereka mendedahkan maklumat yang tidak mendatangkan bahaya dan kepentingan awam terhadap maklumat tersebut jauh lebih tinggi daripada bahaya dari pendedahan yang dibuat.
CIJ dan Pusat C4 berharap pihak kerajaan akan terus komited bagi memansuhkan OSA dan menggubal perundangan hak untuk mendapatkan maklumat. Sudah tiba masanya untuk menggantikan budaya kerahsiaan di peringkat persekutuan ini dengan budaya yang berpaksikan keterbukaan bagi memenuhi permintaan umum yang mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban di kesemua peringkat pentadbiran. – CIJ/Pusat C4
#KitaBerhakTahu
English version
Right to information: Malaysians have the right to know!
In conjunction with the International Day for Universal Access to Information on 28 September, the Centre for Independent Journalism (CIJ) and the Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) wish to reiterate the importance of the right to information and the need for the protection and upholding of that right by the state and its actors in times of crisis.
With Covid causing chaos and complexity, access to reliable and verified information is more important than ever.
This international day was first recognised in 2002 and 2015, when Unesco declared 28 September as the International Day for Universal Access to Information.
This year’s theme “The Right to Know – Building Back Better with Access to Information” highlights the role of access to information laws and their implementation to build back strong institutions for the public good and sustainable development, and to strengthen international cooperation in promoting and implementing the right to information as a fundamental human right.
Currently, in Malaysia, only Selangor and Penang have freedom of information enactments, which recognise and uphold the fundamental right to information within state boundaries. Malaysia does not have any other overarching law for government-held data and these state-led enactments cannot override the federal-level Official Secrets Act 1972.
This law and other similar laws, such as the Evidence Act, the Sedition Act and specific Penal Code provisions have been arbitrarily used to silence dissidents and advocates of transparency and accountability. These secrecy laws also restrict public knowledge and government oversight, which allows corruption and mismanagement to continue without consequences.
We reiterate the numerous calls to abolish the Official Secrets Act, the Sedition Act, Section 203A of the Penal Code, and other secrecy laws that restrict the public’s access to government-held data. Without the repeal of these laws, freedom of information will continue to be severely limited in Malaysia.
As we continue to battle the Covid pandemic and related infodemic, we often hear about environmental issues such as landslides in Penampang in Sabah, Cameron Highlands in Pahang, the de-gazetting of forest reserves (eg the north Kuala Langat forest reserve, and the 21 times de-gazetting of the Bukit Cerakah forest reserve), and very little information is available publicly.
These incidents not only affected local communities but also Malaysians at large, where access to information is limited. This year alone, there have been several cases of violations of the people’s right to information, including the Shah Alam City Council denying media from covering its public hearing, concealing Covid-related information, and failing to disclose-mega infrastructure project costs.
Timely disclosure of information promotes and restores public confidence. This will facilitate the public in being rightly informed and allow them to offer opinions on issues that affect them, including holding the government and its related bodies and officials accountable. It promotes constructive participation in any debates or discussions related to specific decision-making processes of public interest, thus ensuring transparency, enhancing participatory democracy and good governance, and strengthening the rule of law.
To improve the current situation, we urge the government to increase its government personnel and provide adequate training for these information officers.
We reiterate that any measures to tackle Covid and which has the potential to restrict access to information must be legal, necessary, proportionate and temporary, with the sole aim of mitigating the immediate public health crisis. In this regard, the government must work towards ensuring fair and equal access for all media outlets to all timely information related to the crisis and public importance.
Furthermore, the principle of maximum disclosure of documents of public interest must be adhered to by the state and a harm test should always be administered to determine legitimacy, necessity and proportionality, before restricting access to information and criminalising its disclosure.
No one should be punished on national security grounds if their disclosure of information does not cause harm, and if the public interest in knowing this information outweighs the harm from its disclosure.
The CIJ and C4 Center hope the government will continue with the commitment to repeal the Official Secrets Act and enact right to information legislation. It is time to replace the culture of secrecy at the federal level with a culture of openness to meet the growing public demands for transparency and accountability at all levels of governance. – CIJ/C4 Center
#MyRightToKnow
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme