Home Civil Society Voices Rang Undang-undang Pendanaan Politik perlu dibentangkan segera di Parlimen (Malay/English)

Rang Undang-undang Pendanaan Politik perlu dibentangkan segera di Parlimen (Malay/English)

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik telah membentangkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik secara lengkap kepada umum pada 5 August.

Rang undang-undang ini telah dikemukakan sebagai rang undang-undang persendirian kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 13 Julai.

“Kami merasa gembira mendengar perkembangan terbaharu yang menyokong pembentangan satu Rang Undang-Undang Pendanaan Politik. Pengumuman oleh Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa jawatankuasa khas kabinet mengenai anti-rasuah sedang merangka satu skop dasar untuk RUU sebegini mengisyaratkan komitmen positif daripada kerajaan berkenaan hal ini.

“Tanda-tanda sokongan terkini daripada setiausaha agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan setiausaha agung DAP Anthony Loke juga amat memberangsangkan. Kami berharap dengan pendedahan RUU ini, satu perbincangan yang lebih bermakna akan dapat dicetuskan dalam kalangan masyarakat awam mengenai keperluan ketelusan dalam pendanaan politik.

“Malah, kami berharap kerajaan juga akan mendedahkan kepada awam apa-apa dokumen yang berkaitan dengan RUU pendanaan politik dan/atau RUU itu sendiri jika ia telah pun dirangka,” ulas Ahmad Fadhli Shaari, pengerusi KRPPM mengenai Pendanaan Politik.

“Kami amat percaya bahawa adalah demi kepentingan semua parti politik di Malaysia Rang Undang-undang Persendirian ini dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Kami juga menggesa kepimpinan kanan semua parti untuk menerajui perbincangan mengenai cara ketelusan yang lebih besar dapat diperkenalkan dalam pengurusan kewangan parti.

“Akhirnya, satu RUU pendanaan politik akan memberikan satu pentas politik yang adil, memprofesionalkan politik serta membawa kematangan dalam budaya politik kita. Kami merasa gembira dengan sikap dwipartisan yang ditunjukkan secara positif baru-baru ini yang telah membawa kepada RUU Anti Lompat Parti.

“Kami juga ingin menggesa tindakan dan sikap yang sama daripada semua parti politik untuk memperkenalkan akta pendanaan politik demi kebaikan semua pihak,” kata Dr Tricia Yeoh, ketua pegawai eksekutif Ideas. – Ideas

READ MORE:  When farmers and fisherfolk have to march to Parliament, leaders have failed

Muat turun proposal di sini

English version

Table political financing bill in Parliament now

The All-Party Parliamentary Group (APPG) on Political Financing has just released the complete Bill on Political Financing on 5 August.

The bill was submitted as a private member’s bill to the secretary of the House of Representatives on 13 July 2022.

“We are encouraged to learn of the recent developments that support the tabling of a Political Financing Act. The announcement by Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar that the special cabinet committee on corruption is drafting a policy scope for such a bill signals a positive commitment from the government on this matter.

“Recent indications of support from BN secretary general Datuk Seri Zambry Abdul Kadir and DAP secretary general Anthony Loke are also encouraging. We hope that with the release of this bill, a more meaningful discussion can be generated among the public on the need for transparency in political financing.

“Furthermore, we hope that the government will also make public any documents relating to a political financing bill and/or the bill itself if it exists,” Ahmad Fadhli Shaari, chair of the APPG on Political Financing said.

“We strongly believe that it is in the best interest of all political parties in Malaysia for this private member’s bill to be tabled and debated in Parliament. We also urge senior leadership in all political parties to lead the conversation on how greater transparency can be introduced in managing their party’s finances.

“Ultimately, a political financing act will level the playing field, professionalise politics and bring maturity to our political culture. We are encouraged by the recent positive demonstration of bipartisanship that has resulted in the anti-party hopping law, and we would like to urge similar actions from all political parties to introduce a political financing act to the benefit of all parties alike,” Ideas CEO Dr Tricia Yeoh said. – Ideas

READ MORE:  Semakan menyeluruh dan inklusif terhadap Rang Undang-undang Pendanaan Politik diperlu (Malay/English)

Download the proposal here

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x